@ jantung vs minum air


Fakta ini sangat bagus. Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung... Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan .

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.


Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

=> yang baik dijadikan teladan...
Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

3 Comments

  1. sakit dada kalo anak2 x dgr kata..hehehe

    ReplyDelete
  2. bukan sakit dado jo kak suze sakit kopalo pun ado..hahahha.

    tp ateh tngk kaisah ni dah cm bidan yg naik pangkat jadi dokterla pulak...hahahha

    ReplyDelete
  3. hihihihihi...

    => heze... memang sakit dado... mengah jadi ee...

    => ateh... doa-doakanlah kaisah jadik doktor...

    anak-anak ni memang kan... kalau kat umah orang or kalau ade orang datang baik la pulak... i mean, duduk diam elok jek kat sebelah kita... sabo jek la...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post