@ mendidik anak solehah

Kemudahan bagi ibubapa yang bekerja melalui perkhidmatan berikut:-
  • Pusat Asuhan dan Penjagaan
  • Pusat Pembelajaran dan Pendidikan
  • Pusat Permainan dan Perkembangan Minda
Pembelajaran Seawal Usia:
Kajian membuktikan pertumbuhan otak manusia berkembang pesat pada peringkat 0-8 tahun. Oleh itu, MyHadhari Al Faz menganjurkan pembelajaran terancang untuk merangsang perkembangan IQ kanak-kanak (yang peringkat umurnya sering diabaikan) iaitu 3-5 tahun dengan pendidikan awal mengenal Al-Quran kerana Nur Al-Quran lah yang akan mencerna ketajaman akalnya.

Tadika Sepanjang Hari:
MyHadhari Al Faz memperkenalkan konsep pembelajaran sepanjang hari. Oleh itu, ibubapa tidak perlu kepada pengasuh kerana MyHadhari Al Faz menyediakan penjagaan dan aktiviti pembelajaran dari jam 9am - 5pm.

Pendidikan Holistik:
Menyediakan proses pembelajaran yang seimbang dengan penekanan terhadap tahfiz Al-Quran, Iqra' Akademik dan Fardhu Ain.

Kurikulum:
  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Arab
  3. Bahasa Inggeris
  4. Bahasa Mandarin
  5. Hafazan Al-Quran
  6. Iqra' / Al-Quran
  7. Matematik
  8. Sains
  9. Thinking Skill / Kemahiran Berfikir
  10. Art & Craft
  11. Jawi
  12. Fardhu Ain (Aqidah & Ibadat)
Kaedah Pembelajaran:
  • Kemahiran berfikiran kreatif
  • Pengajaran bertema
  • Pembelajaran bermultimedia
  • One to One
Sabda Rasulullah SAW"Tanamkanlah kepada anak-anakmu tentang 3 perkara:
Mencintai Nabimu, mencintai keluarga nabi dan cinta terhadap Al-Quran.

Objektif:
1. Mengasuh anak-anak melalui suasana Islam dan berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
2. Mendidik anak-anak ke arah peribadi soleh/solehah dan berjiwa besar untuk menghadapi alaf baru.
3. Membina perkembangan IQ, EQ dan SQ yang seimbang.
4. Melahirkan generasi Al-Quran dan para Huffaz dalam bidang Al-Quran dan Al-Hadith.
5. Membina kemantapan sosio emosi, fizikal dan mental yang seimbang dengan tuntukan Islam.
6. Melahirkan pelajar bestari yang tinggi daya intelektualnya dan berketerampilan dalam era informasi.

=> nak hantar Kaisah kat sini aarrr... macam bagus jek...
=> tahfiz An Nur... kat Bandar Kinrara...

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

Post a Comment

Previous Post Next Post