@ begitukah cinta


Pelakon drama Begitukah Cinta ni ialah Nazim Othman, Ainul Ashah, Aida Khalida, Shahronizam, Ku Fridah, Wan Nor Azlin, Khairil Anwar, dan Ramona Zamzam.

Kisah ni diilhamkan dari Ibu Mertuaku (filem P Ramlee), cuma yang beza sebelah pihak lelaki yang kaya, Nazim Othman yang jadi anak orang kaya, dia jatuh cinta dengan rakan sekolej yang miskin bernama Riana... Ibu Nazril (Nazim Othman) lakonan Aida Khalida ni tak suka orang miskin... macam Antara Dua Darjat la pulak cuma kali ini yang kurang beradanya pihak perempuan...

Dalam drama ni ada kisah tentang gejala sosial dan keruntuhan moral, iaitu kisah pelajar kolej yang jadi GRO atau pelacur kelas atasan untuk mendapatkan wang tambahan dan hidup mewah... cereka ini mengetengahkan bahawa kita kena percaya kepada Qada' dan Qadar (in a way)... yang mana ramai orang yang lupa akan benda-benda seperti ini, yang sangat dipentingkan kini adalah darjat... but they themselves lupa darjat di sisi Allah yang paling penting...

=> kalau nak diikutkan memang ramai ibu-bapa yang macam ni... dok sibuk sangat pentingkan darjat... ada gak tu kadang-kadang tu, sibuk dok pentingkan berapa tinggi orang tu belajar... berapa banyak gaji orang tu...
=> moral of the story, percayalah kepada Qada' dan Qadar... buatla macam-macam manapun, kalau dah 'itu' jodoh mereka... tetapla mereka akan bertemu jua... wallahualam...

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

Post a Comment

Previous Post Next Post