STRONG WOMAN DO BONG SOON - REVIEW

Seperti yang dijanjikan, jom kita review sikit drama Korea yang comel nih... dilakonkan oleh Park Bo Young, Park Hyung Sik, Ji Soo, Jang Mi Kwan, Park Bo Mi,  An Woo Yeon, Seol In A, Lim Won Hee, Kim Won Hae dan ramai lagi... drama Strong Woman Do Bong Soon ini based on release date ialah pada 24 Februari 2017 dan tamat pada 15 April 2017... sebelum drama Strong Woman Do Bong Soon disiarkan, terlebih dahulu drama Solomon's Perjury telah dimainkan...


In view of mereka yang di belakang tabir, pengarah drama ini sebenarnya pernah mengarah drama-drama  popular seperti Bad Guy Orange Marmalade, Ms. Temper Nam Jung Gi dan banyak lagi... penulis skripnya pula pernah menulis skrip drama My Love Eun Dong amongst others... pelakon utamanya, Park Bo Young sebelum ini memang telah terkenal dan popular dengan filem-filem  lakonannya yang sentiasa berjaya dan box office... drama ini merupakan drama kedua lakonan Park Bo Young selepas drama Oh My Ghost... kalau nak diikutkan, Park Bo Young lebih banyak berlakon filem berbanding drama...

Bagi Park Hyuk Sik yang comel tu pula, drama Hwarang baru sahaja lepas disiarkan dan drama Strong Woman Do Bong Soon ini merupakan drama pertama Park Hyung Sik memegang watak utama sebagai hero berbanding drama-dramanya sebelum ini yang hanya memegang watak sebagai pelakon pembantu... Ji Soo pula merupakan pelakon baru yang semakin popular, kalau tak silap, drama Angry Mom merupakan antara drama lakonannya di awal kemunculannya dulu.. untuk watak cameo, Yoon Sang Hyun turut membuat kemunculan khas untuk drama ini...


Kalau nak diikutkan, biasa je drama ni... cumanya, adanya scene-scene lawak yang sweet telah mewarnai plot ceritanya... untuk permulaan, Do Bong Soon telah mengerjakan geng gangster yang telah membuli seorang pakcik pemandu bas kanak-kanak tadika... memang kaw-kaw Bong Soon belasah gangster-gangster tersebut... in between scene tu, An Min Hyuk telah melalui kawasan tersebut dan telah menjadi saksi kejadian... dia nampak di depan mata dia masa Bong Soon dok silambam geng jahat tu... so, lepas tu tentulah hal tu telah dibawa ke pengetahuan pihak polis yang mana Gook Doo bertugas sebagai detektif di situ...


Masa ni, An Min Hyuk memang dah rasa yang Bong Soon ni comel (seksi)... since beliau merupakan owner kepada syarikat Ainsoft, antara syarikat yang berjaya di Korea, si Min Hyuk pun minta la setiausaha dia untuk mengambil Bong Soon bekerja sebagai pengawal peribadi dia dek kekaguman terhadap ketangkasan Bong Soon sewaktu menewaskan geng gangster haritu...

Adegan kelakar dalam drama ini memang lawak terutamanya scene yang melibatkan Do Bong Soon yang salah faham mengenai majikannya iaitu An Min Hyuk yang mana Bong Soon tersalah anggap bahawa An Min Hyuk ini gay dan ingin mengorat lelaki yang disukainya iaitu Gook Doo lakonan Ji Soo... dek kerana salah-faham ini maka berlakulah beberapa adegan bromance yang nakal di fikiran Bong Soon antara Min Hyuk dan Gook Doo...


Park Bo Young selalu tampil berambut panjang sebab bila dia berambut panjang memang nampak ayu dan cantik... dalam drama ni, penampilannya diubah iaitu berambut pendek dan ini menampakkan dirinya comel dan muda... Park Hyung Sik pula memang nampak handsome dalam drama ini... seriously nampak lain compared to wataknya dalam Hwarang ataupun dalam drama lain... (Hyung Sik, you could utilize this cute image forever bae...)


Adegan-adegan seterusnya melibatkan scene day-to-day Min Hyuk dan Bong Soon di pejabat, ke rumah bapa Min Hyuk juga segala yang dilakukan oleh Bong Soon untuk memperoleh tempat di dalam jabatan rekaan (dia kan minat nak jadi pereka watak untuk permainan terbaru...)

Walaupun begitu, agak annoying juga bila terlalu  banyak scene-scene gangster dalam drama nih... aku rasa tak perlu sangat pun watak gangster nih but of course untuk menyeimbangkan skop cerita ni perlu ada lorrr... other than that, ada juga kisah cinta tiga segi antara Bong Soon, Min Hyuk dan Gook Doo... well, yang tu memang agak menggelikan hati juga kadang tuh sebab aksi ala-ala kucing nakal gitu...

Dalam kesemua scene yang agak comel nih, aku geram jugak sebenarnya dengan Gook Doo... ye lah, dia boleh tak sedar langsung yang dia sukakan Bong Soon okay... like seriously... memang ada wei lelaki yang macam ni... (pernah jumpa)... tak boleh blah dengan Gook Doo ni, siap boleh couple dengan perempuan lain lagi tapi dalam masa yang sama sangat mengambil berat pada Do Bong Soon... geram betul... bila Bong Soon dah sukakan Min Hyuk barulah Gook Doo sedar yang semuanya sudah terlambat... (25 minutes too late bebeh... MLTR)


Plot dan jalan cerita drama 16 episod ini kalau nak diikutkan sebenarnya agak lemah namun bagi aku, catchy scene yang sebenarnya berjaya menambat hati para penonton (macam aku)... rangka cerita ni sebenarnya, kalau nak diikutkan lebih menjurus kepada penculik dan pembunuh bersiri yang disusun dengan agak baik... one of the bestest part ialah apabila Do Bong Soon yang telah kehilangan kuasa memperoleh semula kuasanya semasa si penculik menyamar dan berjaya masuk ke pejabat An Min Hyuk untuk membalas dendam... ketulusan hati Do Bong Soon yang ingin menyelamatkan insan tersayang berjaya apabila secara tiba-tiba kuasanya kembali...

Last but not least, final episode memaparkan pakatan berjaya antara ketiga-tiga watak utama dalam memberkas si penculik... happy ending seperti yang diingini oleh Bong Soon untuk watak permainan video yang diidamkannya yang mana Putera Min Min berjaya diselamatkan dan seterusnya mereka berkahwin... Min Hyuk dan Bong Soon kemudiannya memperoleh anak kembar perempuan yang mempunyai kuasa seperti ibunya... untuk skala 1 hingga 10, aku bagi 7/10 untuk drama Strong Woman Do Bong Soon ini... okay, jom layan OST drama ni pulak... ada masa nanti kita review lagi...

xoxo
 

Post a Comment

Previous Post Next Post