MAKSUD DI SEBALIK WARNA BUNGA PEMBERIAN SI DIA

Tak usah ditanya
Mengapa kupilih
Bunga yang mewangi
Terliar berseri?

Yang tak akan nampak di mata pun
Berwarni dari lain-lain
Segan untuk aku sapa
Walau ada maksud yang kusembunyi

Pernah ku mencuba
T'rima seadanya
Sayang ia selalu
Calarkan sudut hatiku

Hingga lelah jiwaku dikecewa
Yang tak mungkin berpaling kembali
Namun kuyakinkan nanti
Tuhan pasti beri gantinya

Kumohonkan yang indah padamu
Untuk kutatap
Menawar resahku
Kekal aku di situ harungi cinta

Dan aku pohonkan yang baik
Bersantun kata-kata tentang cinta
Bicarakan rindu padaku
Mengharum selamanya

Kumohonkan yang indah padamu
Untuk kutatap
Menawar resahku
Kekal aku di situ harungi cinta

Dan aku pohonkan yang baik
Bersantun kata-kata tentang cinta
Bicarakan rindu padaku
Mengharum selamanya


Betapa bermaknanya bunga sehingga dijadikan judul lagu kan... siapa yang tak suka bunga? Makcik yang sempoi ni pun akan tersenyum sampai ke telinga apabila dapat bunga daripada my better half... hehehehe... rasanya semua orang sedia maklum yang bunga memberikan seribu satu makna bukan sahaja bagi si pemberi bunga malahan juga penerimanya... selalunya, bunga diberikan kepada isteri, pasangan kekasih, ibu dan juga teman... bunga turut dijadikan hadiah sebagai tanda terima kasih, dibawa semasa melawat seseorang, digunakan sebagai medium memujuk juga untuk memberikan ucapan tahniah semasa meraikan sesuatu hari yang bermakna...

Kalau nak diikutkan memanglah banyak je benda lain yang boleh diberikan kepada sang kekasih hati... namun begitu, bunga tetap mengungguli carta kerana ia merupakan antara teman rapat kaum hawa sedari kecil hingga dewasa... bunga tetap menjadi antara pemberian yang paling romantis dan menjentik hati sang penerima sehingga ke lubuk hati yang paling dalam... dari mula mengenali pasangan sehinggalah apabila memujuk rajuk di hatinya, bungalah yang menjadi pilihan... terdapat pelbagai jenis bunga di dunia ini, namun kali ini, makcik nak perihalkan mengenai bunga ros dulu okay...

BUNGA ROS

Jom kita kupas sikit perihal pemberian bunga ros yang sememangnya sinonim untuk melambangkan tanda cinta, kasih sayang dan penghargaan kepada si penerima... tapi, korang tau tak bahawasanya setiap warna bunga yang diberikan mempunyai maknanya yang tersendiri?...

MENARIK KAN!

1. Bunga Ros Merah

Membawa maksud cinta dan sayang... selalunya bunga ros merah diberikan untuk menyampaikan hasrat hati bahawa si pemberi menyintai si penerima... ala-ala Aku Cinta Padamu aka I Love You gitu... bunga ros yang berwarna merah lebih mudah didapati berbanding bunga ros dalam warna lain, maka, ia turut diberikan untuk menunjukkan rasa penghargaan dan juga untuk kegunaan majlis rasmi... kalau korang perasan, bunga ros yang berwarna merah sering dijadikan hiasan utama dalam acara-acara keraian yakni mengalu-alukan kedatangan para jemputan...

2. Bunga Ros Merah Jambu

Kebiasaanya, bunga ros yang berwarna merah jambu diberikan untuk menyampaikan rasa terima kasih, simpati dan juga melambangkan rasa gembira... bunga ros merah jambu selalunya dikaitkan dengan si penerima yang mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi... kiranya macam gadis ayu, lesung pipit di pipi... ayu, senyum mu menawan... gadis ayu, lesung pipit di pipi, ayu, sungguh ayu... gitu... warna merah jambu kan  sweet, jadi memang sesuailah ia dijadikan sebagai perantaraan dalam penyampaian rasa yang penuh kelembutan...


3. Bunga Ros Kuning

Kalau korang ada berselisih faham dengan sahabat, rakan taulan korang, bolehlah kiranya korang berikan bunga ros kuning kerana ia melambangkan persahabatan... kiranya kalau korang segan nak cakap, bagi dulu barang sekuntum dua bunga ros kuning, dapat sejambak lagi bagus... pastu slow-talklah dengan sahabat korang untuk menaut kembali persahabatan korang... haaa, gitu... selain itu, bunga ros kuning juga boleh diberikan untuk permulaan kepada sesuatu yang baru... contohnya baru berkenalan ke, baru buka perniagaan ke... oh ya, korang juga boleh memberikan jambangan bunga ros kuning kepada ahli keluarga, kekasih ataupun sahabat yang berjaya memperoleh kejayaan, contohnya mendapat ijazah ke, berjaya mendapat pekerjaan baru ke, berjaya melangsaikan PTPTN ke... haa, begitulah lebih-kurang...


4. Bunga Ros Putih

Bunga ros putih pula sering digunakan untuk meluahkan rasa cinta yang suci murni sesuci lebaran gitu... amat sesuai untuk korang yang malu-malu kucing masa nak menyampaikan hasrat hati tu, bagi je sejambak bunga ros putih, settle... selitkan la sekali kad kat jambangan bunga tu dan tulis la apa yang korang hajati daripada sang penerima... mudah kan?... tengok, makcik siap bagi tips lagi tu... cuba tau... seterusnya, kebiasaannya, bunga ros putih turut dijadikan pilihan sebagai hiasan termasuk gubahan di hari perkahwinan... mana tidaknya, bunga ros putih kan menjadi lambang ketulusan hati... 

5. Bunga Ros Ungu

Bunga ros yang berwarna ungu agak asukar untuk ditemui... kiranya jarang-jarang la kalau nak dapat dalam kuantiti yang banyak di sesebuah kedai bunga kan... sebelum ni makcik jumpa dalam kuantiti yang banyak pun kat satu kedai bunga di PJ State... tu pun masa zaman dok ada ramai Secret Admirer, kakak angkat dan adik angkat agitchewwww... hehehehe... abang angkat zaman tu tak main la sebab makcik sekolah kat all girls school... kalau ada pun jadi bro dengan makcik... maklumlah, dulu makcik ni agak lasak orangnya... hehehehe... okay, berbalik kepada bunga ros berwarna ungu, pemberiannya membawa pengertian tersendiri iaitu sebagai tanda cinta pandang pertama... wow, romantica de amour gitu kannnnnn...

6. Bunga Ros Oren

Last but not least, jom kita bicarakan perihal bunga ros oren pula... kebiasaannya, bunga ros oren sering diberikan sebagai tanda kerjasama... makcik masih ingat lagi, masa bekerja sambilan sementara menunggu keputusan SPM beberapa tahun (dekad) yang lalu, rakan kongsi majikan makcik selalu memberikan jambangan bunga ros berwarna oren setiap kali mereka berjaya mendapat tender baru... ini jelas meninjukkan bahawasanya bunga ros berwarna oren diberikan sebagai tanda kerjasama dalam perniagaan... selain itu, bunga ros oren juga sering diberikan sebagai tanda pengharapan untuk meluahkan rasa ingin memiliki perhubungan yang lebih bermakna... haaa, yang ni makcik ada pengalaman... hehehehe... tapi masa dapat jambangan ros oren tu tak fikirkan apa-apa pun sebab masa tu tak tahu pun makna pemberian bunga ros oren tu... kesian Secret Admirer makcik termangu-mangu... hehehehe...

Haa, seronok kan apabila dah tau maksud di sebalik warna bunga pemberian si dia?... sekarang ni dah mudah... semuanya di hujung jari... kalau dulu, nak beli bunga, jenuh nak mencari kedai bunganya, lepas tu bila pergi pulak, tutuplah, bunga yang dikehendaki tak adalah... macam-macam yang perlu ditempuhi... penuh dengan ranjau dan duri tau... 

Ni makcik nak bagitau ni, ada promotion kat FlowerAdvisor (boleh baca mini review di sini)... memang menarik... korang boleh gunakan kod kupon yang akan makcik berikan untuk memperoleh diskaun sebanyak 10%... 

UPDATED: 27/04/2021

WOW!!!

Kod Kupon
MDAYFAXTRA

Tarikh promosi
28/04/2021 - 09/05/2021

Terms and Conditions
1. Not applicable for delivery charge, add-on items, and special discount products
2. Cannot be combined with other promotions
3. Only applicable for purchases made here.


Makcik dah survey dah kat FlowerAdvisor ni... memang cantik-cantik gubahan bunganya... korang nak bunga warna apa, just name it... yang nak beli bunga untuk mencurahkan isi hati boleh, nak bagi penghargaan boleh, nak kukuhkan lagi persahabatan boleh, nak eratkan lagi hubungan rakan kongsi pun boleh... jom recce bunga-bunga di FlowerAdvisor.. tak menyesal aihhhh...

Akhir kalam, walau apa pun, kekallah duduk di rumah ya... jangan lupa 3 langkah ini:
1) Kerap mencuci tangan dengan sabun sekurang-kurangnya 20 saat.
2) Menjarakkan diri dengan orang lain sekurang-kurangnya sejauh 1 meter.
3) Hanya keluar apabila ada keperluan, sekiranya tidak perlu, TOLONG hanya duduk di rumah.

Malaysians, we can do this together!!! 
Let's break the chain... for the sake of our loved ones... please everyone...

#floweradvisor #flowerishappiness #maksudwarnabunga #review #blogger #malaysianblogger #kbba9

xoxo

Share:

4 comments:

  1. Oo lain2 maksudnya ya, terima kasih untuk perkongsian ni 😁

    ReplyDelete
  2. saya pernah sekali dapat bunga stakat ni.. dari mak ayah masa grad..
    hahahaha.. dari orang lain x penah lagi. sedihnyaaa..

    ReplyDelete
  3. Tiga kuntum bunga ros merah stands for I Love You. Seribu kuntum pun sama. Bunga ros putih pula ada setengah budaya melambangkan kematian.

    ReplyDelete
  4. sukanya bunga ros. kalau la ada orang yang nak hantar bunga kat akak, tak kisah bunga apa akak terima je. Hahaha. Akka paling suka bunga ros kering. Tu paling cantik la dimata akak..

    ReplyDelete


LOVELY COMMENTATORS

SUBSCRIBE US

POPULAR

TAGS

1 year (31) 1-6 months (153) 10 months (8) 11 months (11) 2 years (27) 3 years (13) 7 months (76) 8 months (16) 9 months (14) 91loading (1) accommodation (5) achievements (18) adventoro (1) airlines (2) aiskrim Malaysia (1) amazing (6) apartment (1) appreciation (8) asset management (1) attire (1) audit (1) automotive (1) award (1) baby carrier (1) babysitter (1) bath (2) beauty (7) bedsheet (1) birth (2) birthday (5) bloglist (31) blogwalking (41) bloom this (1) cadar (1) car (1) car accessory (1) car cushion (1) carsome (1) catering (3) celebration (129) cerita cina (3) cerita melayu (8) chocolate (3) citin hotel masjid jamek (1) colgate (1) collaboration (1) come back (2) competition (169) contact lense (3) contact us (132) contest (127) coolblog (1) cousins (76) COVID-19 (76) CSR (1) cuckoo (1) dah makan (1) delivery (4) dental departures (1) disclaimer (1) discount (6) do bong soon (2) earn online (13) effortless (1) emergency (70) engineering (4) event (216) exercise (1) family (298) female attire (4) festaka (1) festari (1) fizz saver (1) florist (3) for rent (5) for sale (74) freebies (4) freelance (63) friends (202) frozen (1) fruit ninja @ dochi (1) game (1) giveaway (49) government sector (11) granny (10) happy bunch (1) homestay (1) honestbee (1) ice-cream (1) information (22) iso standards (2) iv kids (1) iv mist (1) jargeous (1) job (58) kampung people (1) karnival nuri merdeka (1) kau yang satu (1) kerja kosong (45) kids (108) kids forte (1) kinokuniya (1) kitchen utensil (3) knowledge (28) koleksi mutiara kata (10) koleksi aksesori kereta (3) koleksi alas (5) koleksi bayi & kanak-kanak (32) koleksi beg (1) koleksi cadar (3) koleksi hadiah (28) koleksi jar (1) koleksi kek (6) koleksi kesihatan (2) koleksi kosmetik (7) koleksi lagu (26) koleksi makanan (56) koleksi minuman (28) koleksi mutiara kata (5) koleksi pemanggang (2) koleksi perabot (6) koleksi peralatan rumah (30) koleksi produk kecantikan (56) koleksi produk kesihatan (52) koleksi sarung lengan (1) koleksi telekung (2) koleksi tudung (6) koleksi wanita (35) korean fever (3) krabi (1) kuala lumpur 2017 (1) lagu evergreen (17) lazada (3) learn (32) lense (3) logistics (1) mandi (3) mbo (1) mechanical (1) MERDEKA (4) milo cube (2) motivational collection (27) movie (1) my girlfriend is an alien (3) new year (1) offer (2) online shop (266) ootd (2) open order (1) pakej pelancongan (3) PALESTINE (4) parenting (20) parents (187) pay per click (1) PDRM (1) perkhidmatan (5) pertandingan (139) playtime (10) power bank (1) printing (1) production (1) program wakaf (2) promotion (52) property (13) puisi (2) qaiser (1) radio online (4) real estate (14) red one (2) resipi (14) review (179) runner (1) running (3) safety (2) safety handbands (1) sajak (1) sale (64) sea games 2017 (1) segmen (30) shopee (7) Sinar FM (2) soft case (3) special (1) students (15) sukan sea 2017 (1) sumbangan (1) Suria FM (2) tag (2) teenagers (1) Telco (3) telecommunication (7) telephone accessory (6) template (1) testimonial (1) THR Gegar (2) time (1) tips (163) tobi (1) toto (1) toys (1) trainer (3) training (9) travel (9) travel agent (4) vacancy (55) video (12) viral (1) visitor (6) watsons (1) wayang (1) webe (1) wedding (5) weriton (1) western delight (2) work (57) writing (3)

BLOG ARCHIVE

RECENT COMMENTS