RESIPI MAKARONI MUSHROOM CHEESE YANG SENANG BAGAIKAN ABC ~ ALL ABOUT US

Contact Form

Name

Email *

Message *

Saturday, November 28, 2020

RESIPI MAKARONI MUSHROOM CHEESE YANG SENANG BAGAIKAN ABC


Assalamualaikum dan hai hai hai everything... tengah buat apa tu?... makcik baru je lepas habis kelas online ni... biasalah, hujung-hujung minggu ni dok manfaatkan hari dengan menimba ilmu untuk memenuhkan pengetahuan di minda agitchew... hari ini tidak seperti hari-hari biasa yang mana ia dilalui dengan lebih santai walaupun kami masih berada dalam PKPB...

YA, KAMI DI SINI MASIH BERADA DALAM PKPB...

Demi memutuskan rantaian COVID-19, kami akur walaupun sudah semestinya ia membataskan pergerakan, perniagaan juga pelbagai kegiatan sosial yang lain... namun begitu, makcik tetap dapat menyaksikan perbuatan insan-insan yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan alasan pekerjaan untuk melaksanakan segala yang mereka ingini tanpa ada sekelumit pun rasa bersalah... (I seriously hate the feelings though)...


Contoh yang paling sering dapat makcik lihat adalah mereka yang menggunakan alasan pekerjaan untuk keluar dari daerah untuk pergi membeli-belah dan makan.. bukankah telah seringkali diwar-warkan bahawa sekiranya tiada keperluan TETAPLAH BERADA DI RUMAH... ni memang spesies mengambil kesempatan ni... bekerja di dalam essential services tidak memberikan korang kebebasan untuk ke hulu ke hilir sesuka hati hanya dengan menggunakan ID kerja korang tu ya... please, ada rasa empathy sikitlah kat rakan sekerja lain... ada rakan sekerja yang mempunyai ibu ayah yang telah lanjut usia tinggal bersama-sama... ada rakan sekerja yang tinggal di sini bersama isteri (suami) dan anak-anak yang masih kecil... 


Berperikemanusiaanlah wahai insan... janganlah hanya memikirkan keseronokan untuk keluar bersama-sama kawan-kawan tanpa memikirkan kesihatan dan keselamatan orang lain ya... macam yang sering berlaku ni, parents membawa balik virus COVID-19 sebab dah terjangkit dek rakan sepejabat yang merupakan pesakit positif ataupun PUI... yang netizen pula mulalah mengeluarkan spekulasi dengan mengatakan bahawa yang dah terkena COVID-19 ni tak reti duduk di rumahlah, merayap ke sana ke sinilah dan macam-macam lagi andaian yang melukakan hati...

PLEASE STOP SPECULATING AND STOP JUDGING!!!

You never know guys... you never know that the parents whom had been infected (from their office colleague) is the only breadwinner of the family... kannnnnn... so, please have some empathy... give your moral support to them, the least that you can do is STOP SPREADING NEGATIVITY AND START TO UNDERTAND THE SITUATION THAT WE ARE FACING...


COVID-19 bukanlah suatu permainan ya gaissss... bukan juga merupakan suatu pertandingan... ia benar-benar merupakan suatu ujian untuk kita semua harungi bersama-sama... jadi, tetapalah #kitajagakita... sama-sama menjaga kebajikan juga keperluan mereka yang terdekat juga sesiapa jua pun yang dapat kita bantu... makcik sendiri yang dah pernah kena swab 2 kali ni memang faham sangat macam mana perasaan yang kena swab juga keluarga mereka... maka, jadilah manusia yang memberikan manfaat walaupun hanya dengan memberikan sebuah senyuman yang mampu menggembirakan hati insan lain daripada menjadi langau yang terus-terusan menghamburkan kata-kata nista kepada mereka yang dijangkiti...  

Orait, selesai sudah sessi curhat makcik pada hari ini... sebagai ganjaran untuk korang yang sedia membacanya sampai ke saat ini, makcik nak belanja satu resipi simple untuk korang... nah... 

Resipi Makaroni Mushroom Cheese
1) Tumis bawang putih 3 ulas (dicincang).
2) Masukkan daging ayam dan cendawan butang yang dihiris.
3) Taburkan serbuk ayam Izzly sedikit dan herb serta gaul sebati. 
4) Masukkan macaroni siap direbus, daun bayam brazil, 1/4 gelas air dan cheese bega (cream cheese pon boleh)
5) Kacau sebati, dah nampak cheese dah cair kuah dah pekat siap la ya mommy untuk dihidang.


Klik kat sini kalau video lambat loading ya... boleh follow juga ya kalau sudi...

Follow my Alif Kaisah: Alif Kaisah
Subscribe our Alif Kaisah's YTC: Alif Kaisah

Cubalah ya... kalau korang nak dapatkan SERBUK AYAM IZLIYAH, boleh klik kat sini ya...

xoxo

1 Comments:

  1. simple and nice resepi ni.
    tapi tu la. anak2 aida suka yg kaler merah.
    kaler putih gini, diorang makan semangkuk. tak bertambah :(
    hadoi lah anak...

    ReplyDelete