4 RESEPI INI DAPAT MEMBANTU IBU AYAH MEMBERIKAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK TERSAYANG

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... dah masuk minggu terakhir kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini... dalam pada kita berrpuasa dan teruja untuk menyediakan atau membeli juadah berbuka puasa dengan pelbagai menu tradisional yang jarang ditemui, kadangkala, nak cari menu untuk anak-anak memang agak sukar juga kan... makcik sekeluarga semenjak berada di selatan tanah air ni, adakalanya (kadang-kadang) agak sukar juga nak cari menu untuk anak-anak... bukannya apa, selepas dah berpuasa satu hari tu, kadangkala nak jugalah bagi reward kat anak-anak sebab dah berjaya menahan nafsu mereka... haaa, jangan macam-macam, anak-anak ni, nafsu nak berebut, nafsu nak mengacau adik, nafsu malas nak belajar, yang camtulah biasanya kannnn... hehehehe... alhamdulillah, setakat ni, bila nak tercetus je adegan yang tidak ingin dilihat contohnya bergaduh ke, terus tanya kat anak-anak, puasa kan?... terus cancellah depa nak buat perangai... ala, kita dulu pun camtulah kan... ibadah berpuasa secara tidak langsung sebenarnya mendidik kita untuk sabar dan berlapang dada tak gitu?...

Orait, since kadang-kadang payah naa nak cari menu untuk budak-budak, makcik kadang-kadang masak je simple-simple guna periuk elektrik comel makcik tu... pssttt, selalunya anak makcik yang sulung yang paling rajin nak masak itu-ini... hehehehe... alhamdulillah, sekarang ni anak bongsu makcik yang Tahun Satu tu pun dah bolehlah masak nasi dan goreng telur dadar... bolehlah kan... sikit-sikit kita ajar anak-anak agar mereka mudah nak survive... maklumlah, makcik dan pakcik korang ni memang survivor... hehehehe... 

So, jom kita tengok 4 resepi untuk menu kanak-kanak yang makcik dah kumpulkan ni... bolehlah korang cuba nanti tau... makcik dah cuba dah... alhamdulillah menjadi... tu yang nak share dengan korang jugak tu... jom layanzzzz...

Kredit resepi: Az Kitchen, Azizah Ramli, Eetalian Pasta

1) PUMPKIN BROWN RICE PANCAKE

BAHAN-BAHAN
3 sudu besar puri labu
3 sudu besar serbuk beras perang
1 biji telur
Minyak masak

CARA PENYEDIAAN
1) Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk. Kacau sebati.
2) Panaskan non-stick pan. Oleskan sedikit minyak. Masukkan adunan pancake.
3) Masak sehingga kedua-dua bahagian keperangan.
4) Sedia untuk dinikmati bersama jem, peanut butter, coklat dan sebagainya.



Mana nak cari puri labu dan serbuk beras perang?

Nah, ni ada ni...





2) SPINACH OMELETTE ROLLS

BAHAN-BAHAN
1 biji telur
1/2 sudu kecil serbuk ayam
1/2 sudu kecil serbuk jagung
1/2 sudu kecil serbuk labu
Sayur bayam
Minyak masak

CARA PENYEDIAAN
1) Satukan telur, serbuk ayam, serbuk jagung dan serbuk labu dalam mangkuk. Pukul adunan telur hingga sebati.
2) Panaskan non-stick pan. Masukkan sedikit minyak. Tuang adunan telur.
3) Susunkan sayur bayam atas adunan telur. Gulungkan telur. Masak hingga keperangan.
4) Sedia dinikmati begitu sahaja atau dimakan bersama nasi sebagai sumber protein.



Mana nak cari serbuk ayam, serbuk jagung dan serbuk labu?

Nah, ni ada ni...





3) MIXED VEGE PASTA WITH BUTTERMILK CHICKEN

BAHAN-BAHAN
100 gram mixed vege pasta #EatalianExpress
3-5 keping fillet ayam
Tepung ayam goreng Bestari
2 sudu besar butter
1/2 biji bawang Holland (dipotong dadu)
1 ulang bawang putih (dihiris)
2 tangkai daun kari
3 biji cili padi (dihiris) (kuantiti bergantung pada tahap kepedasan masing-masing)
1/2 cawan susu cair
Garam dan serbuk lada secukupnya

CARA PENYEDIAAN
1) Rebus pasta selama 5 minit. Pastikan air mendidih terlebih dahulu sebelum memasukkan pasta. Kemudian toskan pasta.
2) Gaulkan ayam bersama tepung dan goreng ayam sehingga garing. Angkat ayam dan ketepikan.
3) Panaskan kuali dan cairkan butter.
4) Masukkan bawang putih, bawang Holland, daun kari dan cili padi. Masak sehingga wangi.
5) Masukkan susu cair sedikit demi sedikit.
6) Tambahkan garam dan serbuk lada. Kacau sehingga pekat. Tutup api.
7) Tuangkan kuah ke atas ayam goreng tadi. Sedia untuk dihidangkan bersama pasta.

*Taburkan chilli flakes untuk lebih pedas dan makanan kesihatan cantik



Mana nak cari mix vege pasta?

Nah, ni ada ni...





4) SCRAMBLE EGG WITH VEGE PASTA

BAHAN-BAHAN
500 gram Pasta Star By Eatalian Ekspress
4 biji telur

2 biji bawang merah cincang

2 biji bawang putih cincang

Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Hirisan tomato

Daun salad

Mayonis

Roti biasa (roti gandum lagi baik)

CARA PENYEDIAAN
1) Panaskan minyak, tumis bawang merah bawang putih sehingga harum
2) Masukkan telur. Kacau laju-laju supaya telur hancur kecik kecik comel. Kacau sehingga semua telur masak.
3) Masukkan pasta star by Eatalian Ekspress, garam lada sulah dan kacau sebati.
4) Pindah ke dalam mangkuk untuk digaul bersama mayonis. Kalau tak nak mayonis pun boleh. Tapi sapu planta tebal sikit supaya pasta telur tak terburai keluar.
5) Susun tomato dan salad macam sandwich biasa.


Mana nak cari pasta star?

Nah, ni ada ni...



mazharalti

Event planner at all time, a mother to three intelligent pretty gals and an intelligent handsome boy always, a wife to a loving husband forever, a one stop service provider to all of my valuable customers

14 Comments

  1. Waahh.. meriah btul menu2 dia.

    ReplyDelete
  2. Sedap, warna menarik walaupun ada sayur. Sis suka sayur juga. Mixed vege pasta tu nampak menarik untuk dimakan.

    ReplyDelete
  3. Kalau begini, Rawlins pun bersemangat nak makan kot sebab memang nampak sedap, dan pastinya berkhasiat kan

    ReplyDelete
  4. Saya sampai juling mata baca resepi tengok gambar dan tekan url. Scroll atas bawah. Hahaa. Nampak tak nak nyopping makananan utk anak-anak. Mama excited!

    ReplyDelete
  5. Makanan mcm ni bgus untuk anak2. Banyak khasiat. Mudah disediakan sebba semua dh tersedia.. Kene kreatif je buat.

    ReplyDelete
  6. menarik betul semua menu ni. bukan budak2 je mak budak pun suka haha. spinach omelette tu sedap lah

    ReplyDelete
  7. Pumpkin brown rice pancake tu nampak sedap.. iena suka pancake haha
    spinach omelette rolls tu pun menyelerakan iena tengok..

    ReplyDelete
  8. Every menu looks so delicious and healthy ya! very good recipe that I want to try it out!

    ReplyDelete
  9. Sedap dan menarik resepi2 tadi. Boleh Marsha cuba buat untuk anak-anak juga

    ReplyDelete
  10. paling penting hidangan yang disediakan kat sini smeua nampak sedap, sihat dan berkhasiat

    ReplyDelete
  11. Spinach Omelete tu menariknyaa.. macam nak cuba.. sebab biasa memang buat macamtu, resepi aje lain.. thanks tau sharing..

    ReplyDelete
  12. Semua resipi sihat dan mudah ni kita tengok pun terliur juga bukan untuk kanak-kanak jer orang dewasa pun boleh makan ni hehehe sedapnya nak kena cuba lah semua ni...

    ReplyDelete
  13. Wah thanks for the easy to prepare recipe, i like vegetable pasta and i always make them at home.

    ReplyDelete
  14. cara penyediaan makanan yg mudah mmg sangat dicari2. trambah2 sekarang ibu bapa sgt busy dengan kerjaya dan kehidupan, jadi kenalah yg mudah disediakan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post