All About Us

[BLOGGING IS IN THE BLOOD. REVIEW, TRAVEL, EVENT, PRODUCTS, BOOKS, FOOD AND BEVERAGES, SAFETY, HEALTH, QUALITY ASSURANCE, MYSTERY SHOPPING, TRANSLATION, PARENTING, FAMILY, EVERYTHING.] [FOR ANY REVIEW, EVENT, FREELANCE, TRAINING, CATERING, ALL KINDS OF JOB, KINDLY CONTACT: 018-2767882 / DE.ALIF.SHOPPE@GMAIL.COM] [ANY PICTURE(S) WHICH WAS @ WERE NOT ORIGINATED BY US ARE THE PROPERTY OF THE OWNER AND THE CREDIT GOES TO THEM.]

Breaking

Friday, May 29, 2020

6:49 AM

RESIPI NASI ARAB MAQLUBAH AYAM YANG CONFIRMED JADI


Hai everything... amacam, dah Raya ke-6 ni, terliur tak bila tengok Nasi Arab Maqlubah Ayam kat dalam dulang tu?... hehehehe... saja je tayang kan... musim raya dalam berPKPB ni, memang dok rumah je lah kan... #kekaldimanakitaberada... tak yah nak keluar untuk kunjung-mengunjung ke, bertemu dek kerana kerinduan yang menggunung tinggi ke mahupun keboringan tahap gaban... kita kena berusaha untuk control kemahuan kita demi #kitajagakita okay gaissss...

Hari ni, aku nak belanja korang satu resipi yang seriously mudah dan gerenti jadi punya... korang follow je step by step tau... insyaAllah jadi okay, jom kita tengok bahan-bahannya ya...

Bahan Utama:
1) 3 1/2 pot Beras basmathi (boleh ubah ikut kesesuaian)
2) 2 1/2 ekor ayam (ikut kesesuaian)
3) Sos Perap

Bahan-bahan tambahan (optional)
1) Kentang belah 4 (goreng)
2) Terung potong besar (goreng)
3) Kobis bunga


Cara-cara
1) Rendam beras selama 30 minit.
 2) Rebuskn kesemua ayam sehingga setengah masak
3) Perapkan ayam menggunakn SOS PERAP MAMASAB.selama 10- 20 minit.
3) Bahagikan ayam yang diperap itu kepada 2 bahagian.
4) Tumis 2 sudu besar SOS PERAP MAMASAB dengan 1 sudu besar minyak masak.
5) Campurkan dengan air rebusan ayam.
6) Dalam periuk, susun bahan-bahan optional dan sebahagian ayam terlebih dahulu.
7) Masukkan beras ke dalam periuk.
8) Tuang air rebusan ayam, garam secukup rasa dan sedia untuk dimasak.
9) Bakar ayam yang selebihnya selama 20- 30 minit.
10) Nikmatilah aroma sos perap yang mula memenuhi seluruh bahagian rumah.


Mudah kan korang?...  by the way, Nasi Arab Maqlubah Ayam ini juga boleh dimakan bersama salad sayur ditambah mayonis atau sos salsa (korang boleh blend tomato bersama cili hijau, daun ketumbar atau daun pudina bersama sedikit garam)... 

Haa, bila dah tau resipi ni tentu korang tak sangka kan bahawasanya nak buat Nasi Arab Maqlubah Ayam ni sebenarnya sonang baitu kan kan kan... apa lAgi, jom la cuba buat sambil mengisi masa sepanjang berPKPB dan bercuti Hari Raya Aidilfitri ni tak gitu?... kalau nak dapatkan Sos Perap Mamasab, boleh klik kat sini ya...

Your Authorized Distributor Partner Mamasab at your service...

Penawar gastrik dan pedih ulu hati: Klik kat sini
Boring kulit asyik kusam je: Klik kat sini
Nak cari kerja baru: Klik kat sini

xoxo

Thursday, May 28, 2020

4:24 AM

MEMBACA: BERIBADAH SAMBIL BERAMAL - POPULAR - UNTIL 28/06/2020


Gaissss, jom bersama-sama Membaca: Beribadah Sambil Beramal... buat kesekian kalinya, Popular Malaysia mengadakan promosi sempena Hari Raya ini... sementelah kita dalam PKPB ni, kunjung-mengunjung kan tidak digalakkan... maka, elok juga kiranya kita habiskan masa dengan membaca bersama-sama ahli keluarga yang lain... macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama uollssss...

Antara aktiviti yang boleh dilakukan:
1) Marathon membaca.
2) Pertandingan bercerita.
3) Tazkiran.
4) Folio buku-buku bacaan.
5) Sinopsis cerita.


So, those are part of the activities which I thought could be performed with your beloved family... further to this,  you may think creatively on any other exciting activities ya... when we are with our loved ones, definitely a lot of incredible ideas will be pouring in... kannnn gaissss... macam makcik lah, bila ada kat rumah, macam-macam la aktiviti yang nak dibuat... itulah, inilah, begitulah, beginilah... pendek kata, macam-macamlah aktivitinya...

All, Popular Malaysia is having their Hari Raya Promotion from 24/05/2020 until 28/06/2020... you will enjoy great deals, amazing discounts and many more... seriously awesome kannnn...


These are the deals:
1) 10% of proceeds will be donated to the selected Welfare Agency. 
2) 10% off best book selection. 
3) FREE 1 manuscript of ‘Surah Yasin or Manzil with RM30 purchase and above in 1 receipt. 

So guys, lets join this promotion in the POPULAR / HARRIS Bookstore or browse here.
Available at: All Popular outlets in Malaysia and Online Store

xoxo

Wednesday, May 27, 2020

6:31 AM

SEGMEN HARI RAYA BY UMMI

Selamat Hari Raya Aidilfitri everything... maaf zahir batin ya semua... sibuk bebenor dok mengesahkan rumah sampai tak sempat nak update entri... hehehehe... tak, kami tak ke mana-mana, #kamikekaldirumah #kitajagakita #rayastylekita gitu... memang betul apabila kita berada di rumah, lagi banyak benda yang nak dibuat... tak habis-habis... lepas satu-satu, lepas satu-satu... ada je yang nak dibuatnya...

Sementara dok melayari internet sambil mencari maklumat untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani anak makcik berkenaan pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor, tiba-tiba ternampak Segmen Hari Raya By Ummi ni... hehehehe... apa lagi, meme excited bebenor la makcik nak participate... a jomlah kita join gaissss... my favourita de amour's activity ni...


Mudah je syarat-syaratnya gaissss...
1) Segmen akan berlangsung dari 25/5/2020 sehingga 9/6/2020 
2) Buat satu entri 'Segmen Hari Raya by Ummi'. Letak banner dan link banner ke blog Ummi. Dah siap entri sila komen di entri ini untuk korang dapatkan nombor penyertaan. 
3) Mesti follow blog Ummi dan masukkan blog Ummi dalam bloglist korang.
4) Subscribe youtube channel Ummi untuk yang ada youtube channel. Ini nama channelnya: Nur Asyiqin.

Segmen ni ada hadiah tau korang...
Hadiah-hadiah kepada 6 pemenang bertuah: 

1) 1 x pemenang
Duit raya RM5 + Produk kopi 3 in 1 Haco Swiss. 


2) 2 x pemenang 
Duit raya RM5 + Produk Caramel Latte Starbucks 


3) 3 x pemenang 
Duit raya RM5

Okay korang, jom join jom... semoga berjaya untuk menjadi antara pemenang yang bertuah ya...

xoxo

Wednesday, May 20, 2020

9:06 AM

KOMPILASI EPISOD RAMADHAN UPIN & IPIN

Yuhuuu semua, alhamdulillah, hari ni aku rasa sangat bersyukur dan puas kerana segala yang dirancang untuk diselesaikan berjaya dilaksanakan...

Plan: 2 compilation of documents file (450 pages each file)
Actual: 3 compilations of documents file (500 pages each file)

Plan: 4 compilation of documents file to be printed and highlighted based on engineering drawing (450 pages each file)
Actual: 5 compilations of documents file to be printed and highlighted based on engineering drawing (500 pages each file)

Plan: 1 complete sub-system timeline (basic excel)
Actual: 2 complete sub-system timeline (Gantt Chart with P6)

Haaa, semua tu dengan izinNya yang memberikan ilham dan kesabaran dalam mengharungi segala cabaran dalam mencapai daily achievement ini... dah macam achievement gadang pulak kan... setakat biasa-biasa pun nak gembar-gemburkan kannnn... eh, tak boleh gitu gaissss, remember, every little progress each day adds up to big results... keep believing and keep improving to achieve whatever your dream may be...



Bermula dengan hanya tayangan pendek pada bulan Ramadhan 2007, kini, Upin & Ipin sedang mengorak langkah dalam mengumpul subsciber channel Les' Copaque Production sehingga 10 juta (akan menjadi channel dari Malaysia yang pertama beroleh subscriber seramai 10 juta sekiranya berjaya mencapai target) ... inilah antara  pencapaian terbaik bagi sebuah rancangan animasi tempatan dan amat dibanggakan... every little step which make an impact...

Kebetulan masa dok melayari laman sesawang Youtube, aku came across video ni... seriously, memang so coincidence sangat... yelah, kita kan dalam bulan Ramadhan yang mulia, makanya, aku pun layanlah video ni... jom korang, tengok sama-sama... aku suka tengok dan biarkan anak-anak menonton Upin & Ipin dek kerana mesej yang cuba disampaikan telah digambarkan dengan penuh natural... berbekalkan latar-belakang kampung dan juga watak-watak yang sungguh dekat dengan kita, memang tak jemulah menontonnya kannnn... 

Punyalah jadi ikutan anak-anak, sampai bila nak bagitau regarding menu masakan pun akan guna perkataan ayam Upin & Ipin untuk menggambarkan ayam bahagian peha tau... hehehehe... berhantu sungguh kannnn... aku harap Upin & Ipin akan terus menghiburkan anak-anak Malaysia juga seantero Nusantara dan dunia (Upin & Ipin kan ada kat Disney Channel) dan sentiasa menjadi contoh terbaik (jadi ikutan anak-anak kan, maklumlah dah jadi idola kecil gitu)... semoga kita sama-sama terus maju dalam rahmatNya ya... orait, jom layanzzzz...

xoxo

Tuesday, May 19, 2020

7:02 AM

5 RESIPI BISKUT ALIEN VIRAL YANG SENANG SANGAT

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... sepanjang petang tadi, makcik dok terfikir nak buat kuih raya simple-simple dengan anak-anak... pastu terus teringat dengan biskut alien yang viral lebih-kurang dalam 2 tahun lepas... basically, biskut alien merupakan biskut susu yang mana ia boleh juga dibentuk menjadi bentuk lain mengikut kreativiti juga keinginan masing-masing... tahun ni insyaAllah, anak-anak dan makcik dah bersemangat nak buat biskut alien ni lebih-lebih lagi sebab makcik masih belum move on lagi dengan cerita My Girlfriend Is An Alien... hehehehe... 

Klik kat sini untuk first entry of My Girlfriend Is An Alien (Episod 1 - 14)
Klik kat sini untuk second entry of My Girlfriend Is An Alien (Episod 15 - 27)

Credit untuk gambar-gambar biskut alien yang comel-comel ni semua adalah dari ehsan Pakcik Google ya...


Resipi 3 bahan

Bahan-bahan: 
200 gram tepung jagung 
200 gram susu pekat 
(kalau korang nak alien tu berwarna, boleh juga guna susu pekat yang berperisa) kat bawah ni makcik ada bagi contoh
Chocolate chip, chocolate rice untuk hiasan

Cara-cara:
1) Masukkan susu pekat sedikit demi sedikit ke dalam tepung jagung dan gaulkan bahan-bahan tersebut. Korang kena pastikan yang susu pekat tidak dimasukkan terus semua sekali ke dalam tepung jagung sebaliknya adjust berdasarkan kepada tekstur adunan tadi. Sekiranya pekat masukkan sedikit susu dan sebaliknya pula sekiranya adunan didapati lembik, tambahkan sedikit tepung jagung.
2) Apabila adunan telah menjadi doh, korang teruskan menguli sehingga doh sebati dan tidak melekat di tangan. Ini merupakan suatu isyarat yang doh telah siap dan sedia untuk dibentuk.
3) Bentukkan doh menjadi alien yang handsome dan comel. Hiaskan dengan chocolate chip dan chocolate rice.
4) Bakar dalam 10 - 15 minit pada suhu 180 darjah celcius.


Resipi 4 bahan

Bahan-Bahan:
1/2 buku buttercup (125 g) 
1/2 tin susu pekat manis 
400 gram tepung jagung 
Chocolate chip, chocolate rice, coklat berbentuk love untuk hiasan

Cara-cara:
1) Campur dan gaulkan semua bahan kecuali susu pekat.
2) Setelah adunan sebati, masukkan susu pekat sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
3) Bentukkan doh kepada bentuk yang diingini dan hiaskan.
4) Bakar pada suhu 150 darjah selsius selama 20 minit.


Resipi 4 bahan

Bahan-bahan:
2 cawan tepung jagung
4 sudu susu pekat
2 sudu butter
Chocolate chip, chocolate rice, coklat berbentuk love untuk hiasan

Cara-cara:
1) Gaul semua bahan sehingga menjadi doh.
2) Bentukkan alien korang yang cantik dan handsome tu lalu hiaskan.
3) Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit.


Resipi 5 bahan

1/2 Buttercup
1/2 tin susu pekat 
400 gram tepung jagung 
4 sudu besar susu tepung
Chocolate chip, chocolate rice, coklat berbentuk love untuk hiasan

Cara-Cara:
1) Gaul semua bahan sehingga menjadi doh.
2) Bentukkan alien korang yang cantik dan handsome tu lalu hiaskan.
3) Bakar dengan suhu 165-170 darjah celcius selama 25-30 minit bergantung kepada suhu oven masing-masing.


Resipi 5 bahan

Bahan-bahan:
250 gram mentega
 1 cawan susu pekat
 500 gram tepung jagung (kalau boleh gunakan jenama Brown and Polson) 
1 sudu teh esen vanilla
Chocolate chip, chocolate rice, coklat berbentuk love untuk hiasan

Cara-cara:
1) Gaul semua bahan sehingga menjadi doh.
2) Bentukkan alien korang yang cantik dan handsome tu lalu hiaskan.
3) Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 20 minit.


Ada 5 resipi biskut alien viral yang makcik dah kongsikan ya... korang pun bolehlah cuba... ada resipi yang guna 3 bahan,  ada yang guna 4 bahan dan ada yang guna 5 bahan... makcik dah cuba yang 3 bahan tu dan alhamdulillah menjadi... yang paling penting, kalau doh korang agak lembik, korang top-up sikit tepung tu sehingga ia menjadi doh yang tidak melekat... nak guna butter pun okay macam kat resipi 4 bahan dan 5 bahan tu cuma ia akan menyebabkan doh korang keras sikit... thus, korang kena pandai-pandai rasa (feel) masa tengah menguli doh tu ya... 

Satu lagi, kalau korang takde penimbang, boleh juga gunakan sukatan cawan tau... yang penting, korang kena buat 1-to-1.. sebagai contoh, kalau 200 gram tu korang jadikan 1 cawan so korang gunakanlah that basis untuk sukatan yang lain ya... okay gaissss, jom kita cuba resipi biskut alien viral yang senang sangat ni jom...

Psssttt, tazzabar nak berhari raya bersama keluarga tercinta (boleh Zoom kannnn)... tahun ni kita kena pastikan kita follow the new normal ya korang... demi kemaslahatan masyarakat sejagat... #wecandothis #COVID-19 #stayathome #dudukdirumah #kitajagakita #frontliners #socialdistancing #basuhtangandengansabun #jagakebersihan #kkm #mkn #malaysiabersatu #janganbalikkampung #wecangothroughthis #RMO #MCO

xoxo

Monday, May 18, 2020

6:57 AM

A LITTLE BIT ABOUT ME

Hi everyone... today I am going to tell a lil bit about myself within the engineering and industrial technology spectrum...

- Certified NIOSH Safety Officer
- Quality Management Systems
- Project & Process development including technical writing – IT, manufacturing (URS, SRS, SDS, TDS, UAT, test plans, CMMI lifecycle)
- Quality assurance & engineering
- QS 9000 certification & auditing
- ISO 9001:2015 certification & auditing
- ISO 14001:2015 certification & auditing
- ISO 17712:2013 certification & auditing
- TS 16949 / IATF 16949 (VDA) certification & auditing
- GMP/HACCP/Halal certification
- Business planning/Strategies for quality
- Raw material/Compound lab testings
- Technology & cost savings
- Productivity improvement & management
- Six Sigma approach & methodologies
- Lean manufacturing concepts 
- Laboratory services
- Laboratory resources
- Operational Excellence - FMEA, SPC, SMED, Line Balancing etc - Commercial Excellence
- FDA, ROHS, EU Standard & Regulations
- Ink and paint manufacturing processes
- Lead Auditor ISO 9001:2008 and ISO 14001:2004
- Chemical handler, SHC advisor
- Brownfield and greenfield construction
- Full spectrum of supply-chain cycle (procurement)


I am currently planning to pursue my Professional Technologist preparation while completing my Inspector Of Works Short Course... I am hoping that everything will go as smooth as how it has been planned... insyaAllah...

Nevertheless, below are a few of the freelance services which I am currently offering: 
1) Document writing, proof-reading, review. 
2) Quality Management System (ISO 9001, 13845, 18001, 14001 writing). 
3) TS 16949 System (including VDA) writing. 
4) Translator. 
5) CMMI software development SDLC technical writer. 
6) Technical, engineering writing. 
7) Event planner. 
8) Influencer, reviewer. 
9) Organic and inorganic chemical supply. 
10) Ghostwriting.

Everyone, please feel free to contact me for any inquiry ya...


xoxo

Sunday, May 17, 2020

7:09 PM

SEGMEN EXCHANGE BLOGLIST PKPB 2020 BY BLOG ADIANIEZ


Yiihaaaa... ada Segmen Exchange Bloglist la korang... yak yak yeay... suka bebenor la haiiii... meme la, sambil dok bersilat buat khoje, time-time break ni why not kita join segmen kan?... boleh juga increasekan traffic ke sini tak gitu?... hehehehe... hari ni dah hari yang ke 25 kita berpuasa... alhamdulillah... semoga kita semua terus istiqamah dalam menjalankan ibadah wajib ini ya...

Okay, jom kita join Segmen Exchange Bloglist PKPB 2020 yang mudah ni...
1) Follow Blog Adianiez.
2) Masukkan " https://www.adianiez.com/ " ke dalam bloglist utama blog anda.
3) Copy & paste banner di atas (link kan ke entri ini) ke dalam satu entri bertajuk " Segmen Exchange Bloglist PKPB 2020 by Blog Adianiez ". 
4) Publish! Jangan lupa untuk copy & paste link entry penyertaan korang di kotak komen ini.

Apa tunggu lagi korang?... meh la join sama-sama... jom kita meriahkan segmen ni...

xoxo

8:19 AM

RAHSIA 8 AMALAN DALAM PECUTAN UNTUK BERTEMU LAILATUL QADAR

Assalamualaikum dan hai everything... nampaknya pejam-celik pejam-celik dah semakin kita menuju ke akhir Ramadhan... masa awal tahun dulu, rasa macam lambat lagi nak puasa kan?... tapi, bila dah start masuk Ramadhan, zassss, sekejap je dah nak Syawal... begitulah cepatnya kita ditingalkan oleh masa yang sememangnya terus bergerak tanpa kita sedari (lebih-lebih lagi untuk mereka yang tidak berfikir)... di dalam al-Quran sendiri ada menceritakan perihal ini di dalam Surah Al-Asr yang terjemahannya berbunyi begini... 

Demi masa
Sesungguhnya manusia dalam kerugian
Kecuali
Yang beriman dan beramal soleh

Maka, tidak hairanlah sekiranya di dalam bulan Ramadhan ini, pelbagai program dan challenge diadakan demi mengajak semua muslimin dan muslimat sama-sama menuju ke arah memperbaiki diri dan seterusnya menjadi hambaNya yang beriman dan beramal soleh, alhamdulillah... dalam kita memperkatakan hal ini, suka untuk makcik emphasizekan bahawa kini kita dah masuk dalam 10 malam terakhir Ramadhan yang sudah tentu mempunyai pelbagai ganjaran buat mereka yang melaksanan segala amalan sunnah dan beribadat dengan penuh keikhlasan...


Sebelum makcik mengulas lanjut, apakah maksud Lailatul Qadar yang kita sentiasa tunggu-tunggu pada setiap Ramadhan?... secara ringkasnya, LAILATUL QADAR bernaksud malam pemutusan dan penentuan yang mana pada malam ini Allah akan menetapkan dan menerangkan kepada para malaikat berkenaan rezeki, ajal maut juga segala perkara yang bakal berlaku pada tahun tersebut... to recap, pada malam ini jugalah al-Quran diturunkan sehinggalah ia digambarkan sebagai malam yang penuh dengan keberkatan dan lebih baik daripada 1000 bulan... Allah Subhanahuwataala telah berfirman dalam Surah Ad-Dukhon ayat yang ke 3 yang bermaksud: 
"Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan."

Terdapat juga suatu hadis daripada Abu Hurairah yang mana mafhumnya, ketika mana telah datang bulan Ramadhan telah bersabda Rasulullah: "Telah datang kepada kamu bulan Ramadan, bulan yang penuh keberkatan, telah difardukan Allah ke atas kamu untuk berpuasa, dibuka padanya pintu-pintu syurga, dan ditutup padanya pintu-pintu neraka, dirantai padanya syaitan-syaitan, padanya malam Lailatul Qadar sebaik 1,000 bulan, siapa yang terlepas daripada kebaikannya maka ia hilang kelebihan itu." – [HR Nasai 2427]. 


Okay, jom kita kupaskan amalan dalam pecutan untuk bertemu Lailatul Qadar...

1) KUKUHKAN NIAT - Kita perlulah mengukuhkan niat untuk menemui malam Lailatul Qadar dari awal Ramadhan lagi... namun begitu, Islam kan agama yang mudah lagi memudahkan... sekiranya pada ketika telah berada di dalam 10 malam terakhir Ramadhan pun, teruslah kuatkan niat untuk menemui malam Lailatulqadar... bagi yang telah menetapkan niat, perbaharuilah niat tersebut walaupun bagi wanita yang sedang dalam haid... 

2) LAKSANAKAN IBADAH FARDHU - Melaksanakan ibadah fardhu dan menjaga segala amalan yang dilakukan... ibadah fardhu sudah tentulah syahadah, solat, puasa, zakat dan menunaikan haji... laksanakan segala kewajipan kita dengan penuh tawadduk dan istiqamah dan serahkanlah segala-galanya kepada Allah... insyaAllah, Allah akan jaga segalanya... sebagai contoh, lebih banyak kita bersedekah, insyaAllah lebih murah rezeki kita... pernah juga makcik terbaca suatu hadis yang berbunyi  “Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah kecuali bertambah, bertambah dan bertambah."...

3) JAGA PERKARA SUNNAH - Menjaga perkara-perkara sunnah sebagai contoh tidak meninggalkan Qiamullail yang merupakan tanda kesyukuran kita kepad Allah Subhanahuwataala... sentiasa  membaca al-Quran kerana ayat-ayat suci al-Quran yang kita baca itulah yang akan menyelamatkan kita daripada azab kubur... selain itu, kita juga digalakkan untuk sentiasa berzikir bagi terus mendekatkan diri kita kepada Allah Azzawajalla...

4) HIDUPKAN MALAM - Menghidupkan malam dengan mengerjakan ibadah solat dan tidak ketinggalan membaca al-Quran... Rasulullah Sallalahualaihiwasallam pernah bersabda: "Sesiapa yang bangun malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan perhitungan (muhasabah diri) ia akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu." – [HR Bukhari 2014]...

5) BANGUNKAN AHLI KELUARGA - Membangunkan ahli keluarga seperti mana yang dilakukan oleh baginda Rasulullah Sallalahualaihiwasallam... Saidatina Aisyah Radiallahuanha pernah memberitahu bahawasanya baginda Rasulullah Sallalahualaihiwasallam jika masuk pada malam 10 malam terakhir, maka ia akan menghidupkan malam-malam itu, dan membangunkan ahli keluarganya, dan akan menjauhi daripada membuat hubungan suami isteri." – [HR Muslim 2008]. 

6) LIPAT-GANDAKAN TAUBAT DAN ISTIGHFAR - Kita haruslah sentiasa memohon keampunana daripada Allah Subhanahuwataala di atas segala kekhilafan dan kesilapan kita dalam melayari bahtera kehidupan... sebagai hambaNya yang lemah, kita memang tidak akan lepas daripada melakukan dosa... maka teruskanlah memohon keredhaanNya lebih-lebih lagi dalam bulan Rmadhan yang barokah ini... nikmat dalam hidup kita adalah apabila dosa-dosa kita diampunkanNya...

7) BERIKTIKAF - Kita digalakkan untuk beriktikaf di 10 malam terakhir... amat lah rugi bagi mereka yang mensia-siakan 10 malam terakhir ini... maka, makcik ingin sarankan agar kita cuba untuk menahan nafsu tidur kita dan bersedia untuk beriktikaf dengan memakai wangi-wangian untuk mengadapNya... namun begitu, dalam keadaan kita berPKPB ni, perlulah kita melihat kepada kesesuaian dan guideline ya sebelum kita beramai-ramai pergi ke masjid atau surau untuk beriktikaf... sesungguhnya, mematuhi pemerintah yang adil juga merupakan suatu ibadah ya uollssss...

8) PERBANYAKKAN BERDOA - Berdoalah untuk memohon pengampunan dan disayangi Allah... Dalam satu riwayat telah disebutkan bahawa  Saidatina Aisyah Radiallahuanha pernah bertanya kepada Rasulullah Sallalahualaihiwasallam tentang amalan di dalam mencari Lalilatul Qadar... “Wahai Rasulullah! Jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku ucapkan (doa)?”... jawapan Rasulullah Sallalahualaihiwasallam adalah seperti berikut: “Ucapkanlah; “Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan.” (Hadis diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi)...


Makcik harap, kita semua akan sama-sama mendapat manfaat dengan coretan yang tidak seberapa ini...jom kita sama-sama amalkan dalam mengharungi lagi beberapa hari lagi di 10 malam terakhir Ramadhan 2020 ini... sesungguhnya segala yang baik adalah dari Allah dan yang buruk adalah dari kekhilafan makcik sendiri... all the best...

xoxo

Saturday, May 16, 2020

2:12 AM

VACANCY - KOREAN NATIVE TECHNICAL SUPPORT ADVISOR (LEVEL 1) - BAYAN LEPAS - RM7500 - RM8500


*MUST HAVE*
Degree. 
-Fluency in English. 
-Experience in providing technical support for computer hardware/ software.

*OTHERS/ADVANTAGES*
Experience in a contact center environment.
-Familiarity and experience with computer operation Macintosh/ Windows. 
-Linux / Unix  knowledge. 
-Knowledge in RAID functions and uses. 
-Good technical skills in HDD storage, data recovery, and computers. 
-Experience with Microsoft Office tools. 
-Experience in a sales/ telesales environment. 
-Strong customer service orientation. 
-Excellent  written and verbal communication skills. 
-Ability to multitask professionally in high stress environment. 
-Ability to be self-motivated, detailed oriented, able to team work and work under minimum supervision.  
-Strong problem solving abilities.
-Ability to type 30 wpm. 

*RESPONSIBILITIES*
Job summary:  Provide Level 1 professional technical, warranty, and data recovery support to customers of client who have pre-sales and after-sales questions. 
-Details:
-Answers customer/client requests or inquiries concerning services and products in professional and friendly manner. 
-Utilize various systems and tools to initiate and assist customers. 
-Sell optional services and warranties to customers by making recommendations according to the customers needs. 
-Keep up to date with industry developments, applicable operating systems, common related software/hardware, and company policy to ensure proper communications to customers. 
-Administer system functions on all sales order opening, closing, and balancing procedures  according to finance guidelines. 
-Adhere to policy and procedures for all customer calls or tickets received ensuring achievement of company set goals.
-Assist in training and product / system testing/ research technical issues.
-Assisting in investigate potential recurring issues and incompatibilities. 



Teleperformance is the global leader in outstanding customer experience.
We are the worldwide leader in Omnichannel customer experience. We’ve been providing superior customer care services for leading companies throughout the world since 1978, with expertise in many markets and verticals.
We work with people and for people to bring passion and excellence to our businesses like our own business. That is what we do. We transform passion into excellence.
With a large global footprint, we bring together best practices and experience from several countries worldwide combined with continuous innovation, the best mix of agents, efficient processes, intelligent analytics and strategic locations. This means rapid team assignment and a variety of solutions to provide a seamless and enriched customer experience wherever you need us.
We are moved by passion. It defines us. It motivates us. It moves us forward. And it is part of everything we do.
CLICK HERE TO APPLY

Nak tengok My Girlfriend Is An Alien: Klik sini
Baca sesuatu untuk motivasi: Klik sini
8 reasons to obtain a foundation: Klik sini
All the best...
xoxo

Thursday, May 14, 2020

11:36 PM

DISPOSABLE PROTECTIVE FACE MASK 3PLY EARLOOP 50's

 

RM75.00

Comfortable
Fittable 
Breathable 

Outer and Inner Material: PP nonwoven fabric 
Specification: 175cmX95cm 

 Disposable Face Masks are available in 3ply in forms of earloop.

Postage RM7/RM10


Sambil stay at home tu, boleh shopping online... ingat, duduk di rumah ye gaissss... let's break the chain... wassap 019-3458610... #COVID-19 #stayathome #dudukdirumah #kitajagakita #frontliners #socialdistancing #basuhtangandengansabun #jagakebersihan #kkm #mkn #malaysiabersatu #janganbalikkampung #wecangothroughthis #RMO #MCO

xoxo