Monday, March 7, 2011

@ main nyorok-nyorok

0 comments
Hik hik hik... sungguh best dan kelakar masa tengok Kaisah dan Thaqif main nyorok-nyorok malam tadi... sampai berdekah-dekah Thaqif gelak... Kaisah pun bukan main bijak lagik amik ati adik dia... bukannye ape, actuallynye, Muhammad Alif Thaqif kalau ibu Kaisah and Thaqif ada kat umah jek... memang nak berkepit je la kejenya... sampai if I were to go to the toilet pun, Thaqif akan menangis semahu-mahunya... kalu ayah Kaisah and Thaqif or ummi yang jaga... elok jek... pandai jek bawa diri... geram tul...

So, last nite, as usual, ibu Kaisah and Thaqif dah tidak tertahan lagiks... masa Thaqif dok leka main ngan blocks dia, diriku pun menyelinap le ke tandas... ingatkan my genius prince tak perasan... tolong skit ek, sekilas ikan di laut sudah kutahu jantan betinanya... baru jek lock pintu tandas, sudah kedengaran bunyi Thaqif menangis... aiyakkk... lepas dah settle bagaiii, aku pun keluar la dengan muka tak bersalah... tengok-tengok Thaqif dah ada kat depan pintu toilet... angkat dia pastu terus la ke dapur... dahaga la pulak... nak dukung Thaqif lagik, nak amik gelas lagik, nak amik botol air lagik, nak bukak peti ais lagik... perghhh... banyaknye keje nak buat... mana cukup tangan kan?... so, aku letakkan Thaqif kat bawah... ape lagik, menangis la lagik... masa nih la Kaisah come to the rescue... main nyorok-nyorok kat dapur... Kaisah nyorok kat belakang mesin basuh while Thaqif berdiri sambil memegang peti ais... gelak sana-gelak sini... aman dunia...

=> tengkiu kakak princess (Kaisah called herself princess...)

Tuesday, March 1, 2011

@ begitukah cinta

0 comments

Pelakon drama Begitukah Cinta ni ialah Nazim Othman, Ainul Ashah, Aida Khalida, Shahronizam, Ku Fridah, Wan Nor Azlin, Khairil Anwar, dan Ramona Zamzam.

Kisah ni diilhamkan dari Ibu Mertuaku (filem P Ramlee), cuma yang beza sebelah pihak lelaki yang kaya, Nazim Othman yang jadi anak orang kaya, dia jatuh cinta dengan rakan sekolej yang miskin bernama Riana... Ibu Nazril (Nazim Othman) lakonan Aida Khalida ni tak suka orang miskin... macam Antara Dua Darjat la pulak cuma kali ini yang kurang beradanya pihak perempuan...

Dalam drama ni ada kisah tentang gejala sosial dan keruntuhan moral, iaitu kisah pelajar kolej yang jadi GRO atau pelacur kelas atasan untuk mendapatkan wang tambahan dan hidup mewah... cereka ini mengetengahkan bahawa kita kena percaya kepada Qada' dan Qadar (in a way)... yang mana ramai orang yang lupa akan benda-benda seperti ini, yang sangat dipentingkan kini adalah darjat... but they themselves lupa darjat di sisi Allah yang paling penting...

=> kalau nak diikutkan memang ramai ibu-bapa yang macam ni... dok sibuk sangat pentingkan darjat... ada gak tu kadang-kadang tu, sibuk dok pentingkan berapa tinggi orang tu belajar... berapa banyak gaji orang tu...
=> moral of the story, percayalah kepada Qada' dan Qadar... buatla macam-macam manapun, kalau dah 'itu' jodoh mereka... tetapla mereka akan bertemu jua... wallahualam...

weolls @ world

weolls @ labels

 

All About Us Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates