PERADUAN PUISI ALAM KREATIF - SEHINGGA 12/08/2020


Adakah anda suka dengan kata-kata puitis dan minat mencipta puisi sendiri?
Jika ya, peraduan ini tercipta untuk anda!
Dengan semangat Hari Kebangsaan Malaysia, Pusat Kreatif Kanak-kanak Tuanku Bainun ingin mempaparkan puisi 4 baris anda bersebelahan mural bertemakan Malaysia yang akan dilukis pada dinding luar Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur oleh seorang artis tempatan yang terkenal; En. Azizan Said. Selain itu, dua pemenang yang terpilih juga akan menerima foto paparan puisi mereka serta sijil pencapaian rasmi yang akan dihantar ke alamat rumah mereka.


KATEGORI
1) Kanak-kanak:7 hingga 12 tahun
2) Remaja: 13 hingga 17 tahun
Terbuka kepada semua anak-anak Malaysia

ARAHAN
1) Tulis sebuah puisi 4 baris yang bertemakan "Malaysia Yang Ku Sayang".
2) Tiada had perkataan tetapi setiap puisi hanya terhad kepada 4 baris sahaja.
3) Puisi yang melebihi atau kurang daripada 4 baris secara automatik akan didiskualifikasi and tidak diterima oleh pihak juri.


TIPS
1) Elakkan sebarang kandungan yang berkaitan dengan Covid-19 atau pemimpin politik kerana peraduan ini memberi tumpuan kepada kehebatan Malaysia sebagai sebuah negara. 
2) Semak semula draf anda dan pastikan tiada kesalahan ejaan.
3) Serahkan puisi anda melalui pautan google ini.

BUTIRAN PERADUAN 
Tempoh peraduan: 20 Jul - 12 Ogos 2020 (@ 11.59 malam)
Pengumuman pemenang: 14 Ogos 2020
Lukisan mural dan paparan puisi dijangka akan dipamerkan pada 31 Ogos 2020 namun ini hanyalah anggaran dan tertakluk pada perubahan.


Jadi tunggu apa lagi? Jom sertainya bersama-sama ya anak-anak sekalian...

#JomKreatif! #pkktuankubainun #inialamkreatifkami #anakmalaysia #peraduan #writingcontest #puisi #poem #malaysianchildren

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

17 Comments

  1. Memang bagus peraduan ni kan. Slelain memupuk semnagat patriotik, juga boleh menyemai cinta untuk bahasa kebangsaan.

    ReplyDelete
  2. Bestnya pertandingan macam ni. Akak ni, kalau tak sebab restrictions umur. Akak mesti join. Hahaha

    ReplyDelete
  3. wahhh siapa yang ada bakat mengarang puisi atau bakat dalam bidang bahasa boleh lah join niii

    ReplyDelete
  4. Apa lagi inilah masanya mrk yg minat menulis puisi tunjukkan bakat anda. Mana tau kut menang...good luck!

    ReplyDelete
  5. Good contest. Sayang nyer saya x menulis puisi. Nanti Saya roger dekat Aunite Saya. Dia pandai mengarang puisi. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  6. yang minat puisi and seumpamanya boleh cuba ni. mana tahu ada nasib kan?

    ReplyDelete
  7. Harap ramai anak muda menyertai peraduan puisi macam ni bukan sekadar pandai bagi komen dan juga pandagan kat sosial media jad netizen wakakakakka good job...

    ReplyDelete
  8. Bagus anisiatif ni untuk cari bakat terpendam anak muda. Sambil menerapkan sikap patriotic dalam diri.

    ReplyDelete
  9. bagus ni untuk peminat sastera! Kita nak tulis sajak atau puisi 4 kerat pun tak lepas haha. All the best kepada yang join pertandingan ni

    ReplyDelete
  10. Kalau zamans ekolah, Sis le selalu masuk pertandingan pantun, puisi dan sajak, kekadang ada le menang masuk carta hahahaha... sekarang nak mengarang ni macam ketandunsan kreatifnya...update blog je la mampos hehehehe

    ReplyDelete
  11. Menarik ni. Nanti boleh galakkan anak utk join.. serlahkan rasa cinta pada malaysia

    ReplyDelete
  12. Bagus buat contest macam ni..namapk kekreatifan rakyat malaysia, anak2 kan.. Takdela peraduan nyanyi2 ne..

    ReplyDelete
  13. Menarik peraduan puisi yang dianjurkan ni, tapi saya memang tak berbakat. Semoga sesiapa yang ada bakat menulis puisi tu bolehlah cuba nasib

    ReplyDelete
  14. Menarik ni. Boleh share dkt anak2 buah join. Kena sematkan nilai patriotik dekat diorang dari kecik. Tak nak la main games dkt hp 24 jam je 😅

    ReplyDelete
  15. Bestnya ada pertandingan mural mcmni. Za takde la nak masuk sbb tak terer lukis tapi suka tgk org melukis cantik2 ni. Rasa kagum

    ReplyDelete
  16. wah best ni. boleh join tapi em em takda bakat nak menulis pulak hehe

    ReplyDelete
  17. Wah best for those who love to create poem this is your chance.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post