FAHAMI MAKSUD BEKERJA YANG SEBENAR

Assalamualaikumwarohmatullohiwabarokatuh... hai hai hai semua... okay, hari ni aku nak mengupas sedikit tentang istilah juga maksud bekerja dalam konteks pemikiran kita sebagai golongan marhaen ni.. bukan apa ya gaissss, sejak aku mula-mula menjejakkan kaki ke alam pekerjaan, say about 23 years back (kira dari lepas SPM), lots and lots of happenings yang sepatutnya tak berlaku TETAPI menari-nari di depan mata aku sendiri... it is not that I am saying that those were all in a negative manner, ada juga yang positif tapi korang nilaikanlah sendiri ye... berikut antara points yang aku dah kumpulkan:
1) Masuk lewat tanpa alasan...
2) Keluar awal untuk rehat...
3) Balik ke pejabat semula lewat selepas rehat...
4) Balik awal tanpa meminta kebenaran...
5) Tidak berada di stesen kerja tanpa pemberitahuan (ala-ala MIA, missing in action gitu)...
6) Tidak hadir dan tidak memberitahu direct superior sebaliknya terus memberitahu pengurusan atasan (baik inform CEO terus kalau camni kan)...
7) Cuti memanjang... dari annual leave sampai ke emergency leave, medical leave tok sah cakap la... padahal cuti nan hado dah ohoiiii...
8) Tak buat kerja ikut kontrak kerja, asyik mengelat je... sudahnya orang lain yang kena siapkan...
9) Super saiyya makcik bawang the legend... dok gossip je kerjanya, kerja of course la tak buat, tapi budget good-good... sibuk nak cakap orang lain tak buat kerja, diri sendiri tak betul, tak sedar... sejenis makhluk yang ada sindrom hilang ingatan ganda 23...
10) PHD (Perasaan hasad dengki) highest level, kalah professor universiti nun... dia punya PHD level pedang setiawan aura ungu maharaja tu... dok nak mendengki orang je... tak boleh langsung tengok orang lebih, ada je akal dia nak kenakan... dia lupa Allah tu Maha Mengetahui...


Hal-hal yang berlaku tu membuatkan aku berfikir sejenak... betul ke apa yang sedang aku tonton ni?... bagus ke tindak-tanduk mencabar pihak pengurusan ni (kadangkala mungkin mereka ingin menyuarakan ketidakpuasan hati melalui cara indirect)... bukan sebab nak tunjuk baik atau nak berlagak bagus... tapi, bagi aku, kita tidak sepatutnya membuat perkara-perkara yang bakal merosakkan prestasi kita sendiri kannnn... kita perlulah menjaga dan maintain momentum sikap kita at least kalau tidak dapat menjadi super-duper baik, tetaplah teguh dengan sikap positif dalam mencari rezeki...

Meh aku cerita sikit tentang pengalaman aku dalam alam pekerjaan... well, I started working while waiting for my SPM result until the last day before I entered my matriculation college... plus minus dalam 7 bulan juga lah... 7 months is quite long for a first timer ya... with the waking up early morning until coming back drama memang so exhausting... however, I did learnt a lot during my working experience... I worked at a stationary center somewhere at KBC (Kelana Business Centre)... learn from the arrangement, logistics, handling customers up until controlling the accounts... yes, a lot to learn at one time but with the assistance from the entire team, everything seemed easy... back to the working line, over there, I learned on all of the good things, the do's and don'ts especially when my mom was an HR practitioner herself... jadi, kat mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan... habit BEFORE-TIME aku ni ala-ala inherited dari ibu aku la kiranya kan... yang penting, ia adalah positif kan, so, why not betul tak?..


After completing my matriculation's study, I worked at the then-Makro... kalau korang semua masih ingat, masa zaman 90-an dulu memang tak banyak hypermarket macam sekarang ni... dulu, memang Makro tu lah seketul kat Stadium Shah Alam tu... Carrefour ada juga but dekat dengan Subang Parade, thus, since Makro lebih dekat, aku pun kerja part-timelah kat Makro sementara tunggu kemasukan untuk ke menara gading... memang happening masa kerja kat Makro... aku jadi cashier dan pelbagai selok-belok tentang frontline team yang aku belajar... mana nak layan customer lagi, mana kena dengar ceramah kenapa tak sambung belajarlah, dapat customer garang, dapat customer yang sangat berbudi-bahasa... well, itu semualah yang membentuk aku sehingga kini dan membuatkan aku lebih bersemangat untuk berhadapan dengan pelbagai kerenah pelanggan lebih-lebih lagi dalam usaha aku membangunkan perniagaan kecil aku sekarang ni... haaa, korang pun supportlah aku ya... #sempat


During my industrial training, aku beruntung kerana berjaya mendapat tempat di salah satu kilang papan lapis MNC yang terbesar di Asia Tenggara (pada waktu itu) yang terletak di Merbok, Sungai Petani, Kedah... di sana, aku mempelajari dengan lebih jelas selok-belok alam pekerjaan yang mana alhamdulillah, aku dilatih oleh mereka yang berdisiplin dan fleksibel dengan cara yang tersendiri tanpa melanggar mana-mana peraturan yang telah ditetapkan... nakal bersama-sama namun tetap menyiapkan apa yang perlu diselesaikan dalam satu kumpulan secara bekerjasama... macam kerusi kan, kalau satu kaki takde, bukankah kerusi tersebut akan goyang dan tidak dapat diduduki? kannnn... kiranya, walau bagaimanapun, kita tidak boleh mengabaikan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepada kita... haaa, gitu... ingat tu ye semua...

Setakat ini dulu aku mengomel regarding pekerjaan aku sebelum bekerja betul-betul dalam industri... di lain kesempatan, aku akan cerita lagi ya...


Dalam bekerja, kita mestilah menjadi seseorang yang belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang dan elakkanlah daripada menjadi seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing... kita mestilah menjadi pemudah cara agar segala tugasan dapat diselesaikan dengan sebaik-baik penyelesaian dalam masa yang singkat agar tugasan lain dapat dilunaskan segera.... buat baik dibalas baik, insyaAllah, dengan memudahkan kerja orang lain, kerja kita juga akan dimudahkan dalam pelbagai cara... Allah kan punya banyak cara untuk membantu kita... yakin dan tawakkal ya...

So, dengan ini, jomlah kita sama-sama berikrar untuk menjadi pekerja yang menyumbang sepenuh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita seperti yang berikut... KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN, KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA, KELUHURAN PERLEMBAGAAN, KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, KESOPANAN DAN KESUSILAAN... terus baca rukun negara gitu... hehehehe... penting kannnn... okay, back to the main topic, ingat, kita perlulah menjadi pekerja yang:
1) Berprinsip.
2) Berdisiplin.
3) Tidak mengikut golongan negatif.
4) Menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah.
5) Berbaik sangka sesama taulan.
6) Tidak mementingkan diri sendiri.
7) Saling bantu-membantu.
8) Menghindarkan gossip di tempat kerja.

Ini antara apa yang dapat aku fikirkan... ada banyak lagi sebenarnya... kalau korang ada idea apa yang perlu ada atau perlu dilakukan oleh seorang pekerja, boleh je PM aku atau komen je kat bawah ni ya... jom kita jadi pekerja terbaik ya semua... kenapa kita perlu jadi yang terbaik?.. KERANA BEKERJA ADALAH IBADAH....

xoxo

Post a Comment

7 Comments

  1. bagus untuk muhasabah diri terutama buat pekerja2 yang sambil lewa yg selalu MIA, dtg lewat tu, ada yg buat mcm company sndiri huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la tu... basically, untuk muhasabah diri saya juga agar sentiasa memperbaiki diri, insyaAllah...

      Delete
  2. itu sebab ramai yang bekerja, gaji mahal tapi tetap rasa sempit. Mungkin juga salah satu sebabnya gaji tidak berkat sebab selalu MIA. Allah saja yang tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Elly, Allah menegur dalam pelbagai cara... mungkin itu adalah salah-satu daripadanya... may we keep improving from day to day... P/S: Nanti akan menyusul join GA...

      Delete
  3. Kerja kena ikhlas.. Kalau tak ikhlas apa pun tak best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar tu Nad, keikhlasan akan mencorak perjalanan kita dalam apa jua perkara yang kita lakukan...

      Delete
  4. Couldn't agree more... bila kita ada tujuan yang jelas, langkah yang diatur insyaAllah akan menjadi lebih teratur...

    ReplyDelete