TRAVEL KE JERMAN DENGAN SINGAPORE AIRLINES – PENGALAMAN & TIPS LONG HAUL FLIGHT - PART 1

Perjalanan Kak Tini ke Germany kali ni bukanlah untuk bercuti, tapi atas urusan kerja. Jadi, daripada awal lagi perasaan tu memang berbeza. Bukan macam trip hujung minggu yang boleh plan santai-santai, ni perjalanan jauh yang penuh dengan tanggungjawab. Ada rasa semangat nak menimba pengalaman baru, nak tengok sendiri budaya orang luar sambil belajar cara kerja diorang. Tapi dalam masa yang sama, hati tetap rasa sayu sebab terpaksa tinggalkan keluarga untuk tempoh yang agak lama.

Malam sebelum bertolak tu, memang payah betul nak lelap. Setiap kali pejam mata, otak mula ligat fikir: “Passport dah simpan dalam beg ke belum? Charger laptop dan phone dah masuk sekali ke tak? Nanti macam mana kalau tertinggal dokumen penting?” Macam-macam bermain dalam kepala – dari sekecil-kecil benda sampai la ke benda besar. Kak Tini keluar masuk bilik beberapa kali, double-check luggage, check lagi itinerary yang dah print out, dan tak lupa jugak check email takut-takut kalau ada last minute update daripada opis.

Rasa nervous tu bukan sikit, sebab kali ni bukan perjalanan dekat-dekat. Bukan macam naik flight 2-3 jam, boleh balik bila-bila masa. Ini betul-betul jauh – merentas benua, 19 jam dalam kapal terbang, transit sana-sini. Nak tak nak, memang kena kuatkan mental dan fizikal.



TRAVEL KE JERMAN DENGAN SINGAPORE AIRLINES – PENGALAMAN & TIPS LONG HAUL FLIGHT 

Pukul 3 pagi, Kak Tini dah sampai kat TBS (Terminal Bersepadu Selatan). Suasana masa tu lengang tapi tetap ada orang. Ada yang tidur beralaskan beg, ada yang baru turun dari bas dengan muka mamai, ada yang sibuk check tiket di mesin layan diri. Bunyi roda troli bergeser dengan lantai marmar, bercampur dengan suara pengumuman bas yang bergema. Bau kopi dari kiosk yang buka 24 jam pun sempat singgah di hidung, membuatkan rasa mengantuk tu hilang sekejap.

Tepat pukul 4:20 pagi, bas ke KLIA pun bergerak. Dalam bas, suasana senyap. Lampu dipadamkan separa, hanya tinggal cahaya malap. Penumpang lain curi masa untuk tidur sekejap. Bunyi enjin bas bergema perlahan, bergabung dengan desiran angin dari penghawa dingin. Kak Tini pula tak boleh nak lelap.

Mata hanya menghadap tingkap, tengok lampu jalan yang bersusun sepanjang highway. Sesekali nampak lori besar lalu, kadang-kadang kereta kecil memotong laju. Fikiran terus melayang – terbayang muka anak-anak yang tengsh tidur lena kat rumah, teringat senyuman suami masa hantar kat terminal bas sebelum ke TBS tadi. Sebak rasa hati.

Tips:
1) Datang awal sikit – jangan rushing, boleh elak stress dan sempat tarik nafas dulu.
2) Standby jaket atau sweater – aircond bas memang tahap sejuk beku, nanti menggigil pula.
3) Bawa air mineral & snek ringan – senang nak alas perut sementara tunggu sampai airport.
4) Barang penting simpan dalam backpack kecil – passport, tiket, wallet semua senang capai bila perlu.
5) Set alarm kat phone – takut terbabas tidur. Ingat, bas akan singgah KLIA2 dulu, lepas tu baru KLIA. Jangan silap terminal ya!



Suasana Awal Pagi Di KLIA

Lebih kurang sejam kemudian, bas selamat tiba di KLIA. Alhamdulillah. Keluar je dari bas, terasa angin pagi yang sejuk menyapa muka. KLIA waktu pagi nampak tenang, tapi dalam masa sama penuh dengan pergerakan penumpang yang nak ke destinasi masing-masing. Ada yang tolak troli besar penuh beg, ada yang jalan laju-laju sambil tengok jam tangan, ada juga yang duduk santai sambil minum kopi di kafe. Bunyi roda troli berderak di lantai marmar, suara pengumuman bersahut-sahutan dalam pelbagai bahasa, bercampur dengan aroma kopi panas dan roti bakar dari kafe tepi laluan – semua tu buat suasana terasa hidup dan sibuk.

Langkah pertama Kak Tini mestilah cari surau. Alhamdulillah, KLIA ni memang mesra penumpang – surau ada di beberapa lokasi dan mudah sangat nak jumpa. Saiznya sederhana, tapi cukup selesa. Bau karpet yang baru dicuci bercampur dengan wangian sejadah yang digunakan. Tempat ambil wudhuk pula luas, airnya laju, lantai bersih dan tak licin. Rasa lega sangat sebab boleh tunaikan kewajipan dulu sebelum memulakan perjalanan yang panjang.

Lepas ambil wudhuk, Kak Tini terus solat Subuh. Hati jadi tenang, rasa syukur sebab masih diberi kesempatan untuk bermusafir dengan tujuan yang baik. Lepas solat, Kak Tini baring sekejap di ruang tepi surau. Penat perjalanan dari TBS tu masih terasa. Dalam 20–30 minit, sempatlah terlelap sekejap, walaupun bunyi langkah orang keluar masuk surau tak pernah berhenti. Tapi lena sekejap tu cukup untuk pulihkan tenaga.








Bangun je dari lelap sekejap dalam surau, Kak Tini terus capai laptop. Dalam hati terdetik, “Kalau nak tunggu sampai ke Germany baru nak settle kerja, memang tak sempat.” So, surau jadi port paling sesuai – tenang, tak terlalu ramai orang, ada plug untuk charge laptop, dan paling penting, hati rasa lapang bila buat kerja dalam suasana yang dekat dengan tempat ibadah. Sambil menaip, sekali-sekala Kak Tini pandang sekeliling. Ada yang masuk untuk solat, ada yang baring rehat kejap sebelum flight.

Tips:
1) Terus cari surau untuk solat & rehat sekejap – lokasi memang mudah nak jumpa.
2) Kalau penat, power nap 20 minit pun cukup untuk segarkan badan sebelum flight panjang.
3) Bawa neck pillow atau shawl – boleh jadi alas kepala bila nak baring sekejap.

Masuk pukul 11 pagi, Kak Tini decide untuk check-in luggage awal. Kat sini lah bermulanya babak drama kecil dalam trip ni. Sebenarnya, Kak Tini dah beli siap-siap macam-macam makanan dari Malaysia untuk dibawa ke Germany – ikan bilis, bawang besar, ubi kentang, bawang putih, cili kering, pes kari, pasta, biskut kegemaran, kerepek dan macam-macam lagi. Siap packing elok-elok dalam beg lagi tu uolls. Tapi sebab fikiran Kak Tini ni risau sangat pasal luggage overweight, last minute Kak Tini keluarkan balik barang-barang tu. Incik suami dah pesan, “Bawak je, cukup je berat tu. Kalau lebih sikit pun, tambah je masa check-in luggage tu nanti.” Tapi degil punya pasal, Kak Tini tak ikut cakap.


Akhirnya bila timbang bagasi kat kaunter, total cuma 15kg. Padahal tiket Kak Tini memang entitled sampai 35kg tau! Ya Allah, ruginya 20kg tu. Masa staff airline hulur resit luggage tu, terus rasa nak tepuk dahi sendiri. Dalam hati membebel, “Aduhai, kenapalah aku tak dengar cakap laki aku…”

Sampai sekarang Kak Tini boleh dengar lagi suara incik suami yang sempat sound sebelum pergi tu, “Nanti nyesal tak bawa. Kat sana nak cari makanan halal susah, nak beli barang Asia pun mahal.” Ha, memang betul pun. Masa tu Kak Tini cuma mampu gelak kelat. Memang rugi betul. Korang bayangkan, ruang 20kg tu boleh dipenuhkan dengan stok makanan Malaysia. Confirm hati akan jadi lagi lega nak survive kat negara orang.

Tips:
1) Gunakan sepenuhnya kuota bagasi – kalau entitled 35kg, manfaatkan sampai habis. Jangan biar kosong.
2) Bawa stok makanan siap-siap – ikan bilis, bawang, pes kari, snek kegemaran; jimat kos dan halalan toyyiban.
3) Jangan risau kalau bagasi lebih sikit – bayar extra kilo selalunya lebih berbaloi daripada terpaksa beli barang mahal kat luar negara.
4) Packing ikut kategori – asingkan makanan kering, pakaian & barang lain supaya mudah bila nak declare.
5) Timbang bagasi dari rumah – guna portable luggage scale atau penimbang dapur, jadi tak perlu risau lebih muatan.
6) Dengar nasihat travel buddy / pasangan – kadang-kadang mereka lebih nampak praktikalnya.

Menariknya masa tu KLIA tengah meriah gila dengan persembahan sempena Hari Kemerdekaan. Bayangkan, kat tengah-tengah departure hall tu ada kumpulan yang siap berpakaian tradisional – ada yang berbaju kurung, ada yang berkebaya, ada yang siap bersamping dan bertengkolok. Lagu-lagu patriotik berkumandang, memang meriah lain macam.


Ramai penumpang yang pada asalnya berjalan laju nak ke gate, tiba-tiba berhenti. Ada yang keluarkan handphone sambil merakam video, ada yang tepuk tangan ikut rentak, ada yang senyum-senyum tengok gelagat penari kecil comel pakai baju tradisional mini. Suasana jadi lebih hangat dengan sorakan dan tepukan orang ramai. Kak Tini pun tak ketinggalan – join sekaki nyanyi sama-sama, siap ikut tepuk tangan sekali. Hehehe.

Lepas puas menikmati persembahan tu, barulah Kak Tini teruskan misi jalan-jalan cari makan. Perut dah mula berkeroncong sejak dari tadi, so Kak Tini pilih menu simple je tapi mengenyangkan. Tak perlu fancy, janji perut terisi sebelum boarding. 

Dah settle makan, Kak Tini terus ke money changer untuk tukar duit Euro. Kat area departure ni memang banyak kaunter tukar duit, tapi biasalah – kadar tukaran tak semua sama. Sambil tunggu giliran, Kak Tini sempat perhati orang lain pun tukar duit – ada yang tukar banyak siap bawa fail penuh dokumen, ada yang tukar sikit-sikit cukup untuk belanja awal je. Dalam hati, terdetik juga, “Ha, part tukar duit ni memang ada banyak tips menarik nak share dengan korang.” Sebab ada cara nak elak rugi bila tukar duit last minute kat airport, ada jugak trick pilih kaunter yang lebih berbaloi. Tapi panjang kalau cerita kat sini, so Kak Tini simpan dulu untuk artikel khas lain nanti 😉.

KLIA Ke Singapura (Singapore Airlines)

Kat KLIA, urusan imigresen memang tak makan masa langsung. Malaysia kan ada sistem auto-gate, jadi masukkan passport, scan muka, tup-tup pintu dah terbuka. Tak sampai seminit pun selesai. Tak payah nak beratur panjang macam kat airport luar negara. Senang, cepat!



Dari imigresen tu, Kak Tini ingatkan jalan-jalan je terus sampai gate macam biasa. Rupa-rupanya kena naik train dulu. Train ni bawa penumpang dari terminal ke bahagian gate yang jauh sikit. Perjalanan dalam 5 minit jugak, tapi serius rasa macam adventure mini. Ofkos la Kak Tini duduk kat depan sekali, terus capai handphone ambik video. Hehe, benda rare macam ni tak boleh lepaskan – content tetap jalan walaupun Kak Tini travel atas urusan kerja.

Sampai kat destinasi lepas naik train tu, benda pertama yang singgah dalam kepala – makan! Dari tadi perut memang berbunyi. Kak Tini fikir jauh juga, kalau tunggu sampai Changi nanti, pening kepala nak fikir pasal halal ke tak makanan kat sana. So, lebih baik isi perut dulu di Malaysia, tanah tumpah darahku gitu. Pusing-pusing cari port makan, akhirnya dapat jugak tempat yang sesuai. Bila suap suapan pertama tu, fuh, nikmat betul. Lega sangat sebab lapar dah hilang. Alhamdulillah.

Lepas makan, Kak Tini sempat merayap keliling terminal. KLIA ni besar, luas dan selesa. Bila dah penat berjalan, barulah decide duduk cari port untuk charge handphone. Mudah je nak jumpa charging station, merata ada. Sambil cas phone, Kak Tini pun sempat buka laptop buat sikit kerja. Masa ni la rasa bersyukur ada masa transit yang cukup, sebab boleh settle benda kecik sebelum berangkat jauh.

Lepas puas rehat dan rasa tenang sikit, barulah tiba masa untuk naik flight pertama – dari KLIA ke Singapore. Walaupun penerbangan ni cuma sejam lebih je, tapi pengalaman tetap terasa special sebab Singapore Airlines memang terkenal dengan service yang tip top. Dari awal lagi, cabin crew dah sambut penumpang dengan senyuman manis, penuh mesra. Seat pula selesa, ruang kaki pun cukup untuk Kak Tini yang memang suka stretch kaki sikit bila travel jauh. Inflight entertainment pun dah tersedia walaupun untuk perjalanan pendek. Terasa macam dihargai sebagai penumpang, walaupun flight ni ibarat “warm up” je.


Tak lama lepas berlepas, cabin crew datang dengan troli makanan dan minuman. Ada air gas, jus, teh, kopi – macam-macam pilihan. Kak Tini pilih jus oren dan bun with chicken slice. Sambil hirup jus oren dan makan bun yang lembut tu, Kak Tini sempat jeling tingkap, tengok kegelapan malam. Hati terus teringatkan suami dan anak-anak kat rumah walaupun perjalanan sebenar masih panjang.

Penerbangan KLIA ke Singapore ni boleh dikira sebagai permulaan, ibarat ‘pemanas badan’ sebelum masuk ke marathon yang sebenar – penerbangan 13 jam dari Changi ke Munich. Dan dari Munich pulak, ada lagi satu sambungan perjalanan ke Dusseldorf, destinasi terakhir Kak Tini untuk urusan kerja kali ni.

Nak tahu macam mana pengalaman Kak Tini bertarung dengan masa, badan, dan emosi dalam perjalanan panjang tu? Jom kita sambung kisahnya dalam Part 2 – Dari Changi ke Munich dan seterusnya ke Dusseldorf. Kat situ la bermula cabaran sebenar naik long-haul flight, dengan cerita pasal seat, makanan inflight, transit, dan macam-macam lagi yang korang confirm nak tahu.

See you around.

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE

xoxo

Post a Comment

0 Comments