Assalamualaikum dan hai hai hai everything... seingat makcik, sejak zaman makcik start kerja sampa laa ni, kalau ada je makanan yang boleh dibawa sebagai bekal, memang makcik akan bawa je ke tempat kerja... tak kisahlah zaman makcik kerja kat plant ke, kat corporate office ke, stationed kat client side ke, pergi site ke, makcik bawa je... prinsip makcik senang, kalau ada makanan lebihan tu maksudnya makanan tu tak habis, so, confirmlah akan membazir... kenapa makcik kata membazir?
Encik suami dan anak-anak makcik memang tak boleh makan makanan daripada hari yang sebelumnya walaupun dah dipanaskan, perut diorang tak tahan... jadi, makcik yang selalu akan bawa ke tempat kerja untuk habiskan makanan tersebut...
Nak dijadikan cerita, sepanjang makcik bekerja di pelbagai sektor, so far, okay je penerimaan semua orang dengan trend membawa bekal ni, apa orang panggil? Bento... haaa, gitu... kadang-kadang makcik bawaklah dalam bekas yang comel sikit, kadang-kadang time encik mahMOOD belum mari, makcik letak je kat dalam bekas macam hari ni, as long as ada bekas, ya sudah, kannnnn...
Sekali terkenang pada tahun 2017... telah berlakunya suatu insiden...
Waktu kejadian dirahsiakan, mungkin dulu, mungkin hari ini, hari esok atau nanti... eh, ternyanyi pulak... dialami oleh insan Z yang terjadi di hadapan batang hidung makcik sendiri... dipelopori oleh dia dan mereka terhadap insan Z...
Dia mencebik dan ala-ala menjuihkan mulutnya kepada insan Z sambil bertanya, bawa apa tu? Insan Z katalah, bawa nasi goreng (haritu insan Z buat nasi goreng dengan menggunakan nasi sejuk daripada malam sebelumnya)... pastu dia berkata, kalau saya, beli je, ada banyak je orang yang jual kuih ke nasi lemak ke kat kawasan ni... insan Z senyum je...
Pastu, time lunch, insan Z makan bekal lagi satu pula... selepas mereka pulang lewat daripada makan tengah-hari, dia menegur untuk berbasa-basi mungkin... eh, makan ini sahaja kah? sambil mata melirik ke arah bekal insan Z dan bibir dijuihkan... iya, ini sahaja... kalau saya, saya suka beli makanan di kedai XXX sebab rasa kuah masak lemaknya memang berasa lemaknya, makan kat kedai YYY pun nasi ayamnya terbaekkkk, kat kedai ZZZ walaupun harga kayangan tapi sesuai dengan tekak saya... insan Z pula hanya tersenyum sahaja tanpa membalas apa-apa...
Makcik masih ingat lagi, memorable memories yang insan Z pernah share sewaktu ke Shangri-La Rasa Sayang, Penang sebelum ini, ya, memang best dan alhamdulillah the hospitality is superb katanya... tak perlulah insan Z nak cerita 4W1H nya kan... dia dan mereka memasang telinga dengan wajah mencebik... ini bukan cerita kosong, memang insan Z kalau ke Penang, Shangri-La Rasa Sayang lah yang akan jadi tempat persinggahan, ada sekali tu member belanja, pernah juga company bawa untuk corporate trip, supplier cover expenses sebab berjaya settlekan issue dan beberapa rentetan kisah lagi... well, rezeki kan datang dalam pelbagai cara... kau apa tau? Eh...
At the other side, sambil dia berborak bersama mereka, tiba-tiba... yelah, bukannya mampu pun, hari-hari pun tapau je (sambil berbisik dan menjuihkan bibir ke arah insan Z, ya, ke arah insan Z) maklumlah, tak boleh terima kenyataan kot insan Z dah beberapa kali menjejakkan kaki kat hotel 5 bintang (khabarnya 7 bintang sekarang) tu... kebetulan pula, dia sendiri baru-baru ini mewar-warkan kepada mereka yang dia mampu survey-survey konon-konon nak bercuti kat website hotel tu je, nak pergi memang nan hado... tup-tup, insan Z pula yang dijadikan mangsa untuk memuaskan hatinya... takpelah, biorkan je... simple je insan Z response...
MORAL OF THE STORY
1) Merendah-rendahkan orang ibarat seperti makan bangkai saudaranya yang sudah mati.
2) Kebanyakan orang mengejar kebahagiaan dengan ingin terlihat mewah. Padahal, hidup sederhana boleh membebaskan diri daripada kesombongan.
HARAMNYA MENGHINA ORANG LAIN
Allah Ta’ala melarang dari perbuatan sikhriyyah terhadap manusia, iaitu sikap merendahkan orang lain dan menghina mereka. Hal ini sebagaimana terdapat pula dalam hadits Nabi tatkala beliau bersabda, ‘Sombong itu adalah menolak kebenaran dan merendahkan orang lain’, maksudnya adalah menghina dan menganggap orang lain lebih rendah, dan ini adalah perbuatan haram. Boleh jadi orang yang dihina lebih tinggi kedudukannya di sisi Allah dan lebih Allah cintai. Oleh karena itu Allah berfirman, ‘Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki mencela kumpulan yang lain, boleh jadi yang dicela itu lebih baik dari mereka” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Adzim).
Syaikh Abdurrahman As Sa’di rahimahullah mengatakan, “Dalam ayat ini terdapat penjelasan tentang sebagian hak seorang mukmin dengan mukmin yang lain. Yaitu janganlah sekelompok orang mencela sekelompok yang lain baik dengan kata-kata ataupun perbuatan yang mengandung makna merendahkan saudara sesama muslim. Perbuatan ini terlarang dan hukumnya haram. Perbuatan ini menunjukkan bahwa orang yang mencela itu merasa kagum dengan dirinya sendiri” (Tafsir Al Kariimi Ar Rahman).
Larangan ini bersifat umum, mencakup celaan terhadap segala hal. Imam At Thabari rahimahullah menjelaskan, “ Allah menyebutkan secara umum larangan untuk mencela orang lain, sehingga larangan ini mencakup seluruh bentuk celaan. Tidak boleh seorang mukmin mencela mukmin yang lain karena kemiskinannya, karena perbuatan dosa yang telah dilakukannya, dan yang lainnya” (Lihat Jaami’ul Bayan).
BOLEH JADI ORANG YANG DIHINA ITU LEBIH BAIK
Syaikh As Sa’di rahimahullah menjelaskan: “Padahal boleh jadi pihak yang dicela itu justru lebih baik daripada pihak yang mencela. Bahkan inilah realita yang sering terjadi. Mencela hanyalah dilakukan oleh orang yang hatinya penuh dengan akhlak yang tercela dan hina serta kosong dari akhlak mulia. Oleh karena itu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Cukuplah seseorang berbuat keburukan jika dia merendahkan saudaranya sesama muslim” (HR Muslim) “ (Taisiir Al Kariimi Ar Rahman).
Kredit: Klik kat sini
Nota kaki: Ya, makcik tak malu pun bawa bekal... makcik tak kisah pun hari-hari makan kat workstation sendiri je... kesat mata dengan hujung lengan baju sebab teringat kisah insan Z...
Muah ciked...
xoxo
2 Comments
Suami saya pun perutnya tak tahan dengan makanan semalam. Kalau saya bedal aje. Tapi kalau hari tu saya masak sarapan, suami mmg suka bawa bekal ke pejabat
ReplyDeleteOrang takkan faham situasi kita walaupun kita jenuh terangkan. 😌
ReplyDelete