Sebagai ibu bapa, mestilah kita nak yang terbaik untuk anak-anak, kan? Lagi-lagi bila bab kasut sekolah, sebab diorang akan pakai sepanjang hari betul tal? That's why kita mestilah kena cari kasut sekolah yang selesa, tahan lasak, dan tak cepat rosak. Kalau Kak Tini, memang tak cari lain lah. Memang Pallas lah pilihan hati. Nak tahu kenapa kasut sekolah Pallas jadi pilihan Kak Tini untuk Kaisah, Thaqif, Nuha, Khairah, Aidil Hafizzuddin, dan Alyahyalatif? Ajom Kak Tini story-mory dengan korang.
3 SEBAB KENAPA KASUT PALLAS ADALAH PILIHAN TERBAIK
VGRIP - Cengkaman Kuat, Tak Licin Lagi!
Anak-anak ni kalau dah kat sekolah, memang tak reti duduk diam! Berlari pi kantinlah, main kejar-kejar kat padanglah, turun naik tangga macam atletlah. Kalau tapak kasut tak cukup grip, alamatnya asyik tergelincir dan jatuh je lah! Sebab tu penting untuk cari kasut dengan cengkaman yang kuat.Dengan teknologi VGRIP, tapak kasut Pallas ada cengkaman yang lebih kuat, jadi kurang risiko tergelincir dan jatuh. Musim hujan pun tak risau sangat sebab tapaknya memang grip!
Thaqif dan Khairah yang memang lasak pun puas hati. Tak ada lagi insiden balik rumah dengan lutut calar sebab tersungkur kat sekolah. Ibu bapa pun rasa lebih tenang bila tahu anak-anak pakai kasut yang boleh bantu elakkan kecederaan kecil. Serius, selamat dan selesa!
Sistem Pengudaraan - Tiada Lagi Bau 'Harum'!
Korang pernah tak bukak kasut anak lepas balik sekolah, terus rasa nak pengsan sebab bau? Haa, ni memang masalah biasa kalau kasut tak ada sistem pengudaraan yang bagus. Kaki yang terperangkap dalam kasut seharian boleh jadi lembap dan berbau kurang menyenangkan.Bayangkan kasut anak-anak dipakai daripada pagi sampai petang, kalau tak ada sistem pengudaraan yang baik, alamatnya bau 'harum' menusuk kalbu lah jawabnya! Kasut Pallas direka khas dengan sistem pengudaraan yang membolehkan udara mengalir dengan baik, jadi kaki anak-anak kekal kering dan selesa.
Nuha dan Kaisah paling suka sebab kalau kasut kena hujan, cepat kering dan tak ada drama pagi-pagi mengadu kasut masih lembap! Ibu bapa pun tak perlu pening kepala cari pengganti last minute. Anak-anak yang kaki cepat berpeluh pun boleh rasa lebih selesa. Bye-bye bau masam!
Sokongan Gerbang - Kaki Tak Letih, Fokus Belajar!
Anak-anak bukan sekadar duduk dalam kelas je, tapi banyak aktiviti lain yang memerlukan mereka berdiri dan berjalan sepanjang hari. Kasut yang tak ada sokongan gerbang yang baik boleh menyebabkan kaki cepat letih dan lenguh.
Pallas ada reka bentuk khas yang bantu serap hentakan dan kurangkan rasa letih. Aidil Hafizzuddin dan Alyahyalatif yang aktif pun tak ada mengadu sakit kaki lepas balik sekolah. Ibu bapa pun lega, tak ada lagi alasan "sakit kaki la, malas pergi sekolah esok!"
Bila kaki selesa, anak-anak pun boleh fokus dalam kelas tanpa gangguan. Lagi best, diorang pun lebih bersemangat untuk aktiviti luar bilik darjah!
Kasut Pallas - Dari Dulu Sampai Sekarang
Jenama Pallas bukanlah jenama baru. Sejak dulu lagi, Pallas memang terkenal dengan kualiti dan ketahanan kasut sekolah mereka. Ditubuhkan di Malaysia, Pallas telah menjadi pilihan utama ibu bapa dan pelajar kerana rekaannya yang selesa serta tahan lama.Daripada rekaan klasik bertali hingga ke model moden berpelekat, Pallas sentiasa berkembang untuk memenuhi keperluan pelajar zaman sekarang. Bukan sahaja digunakan di sekolah, malah ada juga model yang sesuai untuk aktiviti sukan dan kasual. Dengan reputasi yang kukuh bertahun-tahun, memang tak hairanlah Pallas terus jadi jenama kasut sekolah nombor satu di Malaysia!
Jom Beli & Menang Wang Tunai RM3000!
Bukan saja dapat kasut berkualiti, Pallas juga ada peraduan menarik! Dengan setiap pembelian kasut Pallas, korang berpeluang menang wang tunai sehingga RM3000! Bayangkan, beli kasut sekolah anak-anak, tiba-tiba dapat duit lebih! Nak sertai pun mudah je:✅ Beli kasut Pallas di kedai sah
✅ Simpan resit
✅ Ikut langkah penyertaan di laman web rasmi Pallas.
Tarikh tutup peraduan jangan lupa check! Mana tahu ada rezeki, boleh guna untuk beli keperluan sekolah lain atau simpan untuk tabung pendidikan anak-anak kan!
Di Mana Nak Dapatkan Kasut Pallas?
Tak perlu susah-susah keluar rumah, boleh beli online je di www.wow2wee.com! Senang, pilih dan bayar dari keselesaan rumah sendiri. Kalau nak cuba dulu, boleh juga cari di kedai kasut terpilih. Pastikan beli yang original supaya dapat kualiti terbaik.Jadi, tunggu apa lagi? Jom pilih kasut Pallas untuk keselesaan dan keselamatan anak-anak kita! Kualiti terbaik, kaki selesa sepanjang hari, dan bonus boleh menang duit, memang berbaloi-baloi!
Alamat:
Pallas 178-A Beach Street,
10300 Georgetown, Pulau Pinang.
Nombor telefon:
1800-88-7328
#pallasmalaysia #kasutsekolah #pallasjazz #pallasXseries
0 Comments