SELUAR KARGO 6 POKET – SELESA, PRAKTIKAL, DAN BERGAYA!

Hari ni Kak Tini nak cerita pasal seluar kargo 6 pocket slack pant yang Kak Tini baru cuba – sekali pakai terus jadi kegemaran! Kalau dulu, Kak Tini panggil jenis seluar macam ni "seluar godroi" (tak pasti mana datang nama ni, haha!), tapi korang tau la kan, memang ada gaya rugged, santai, dan lasak. Tak sangka seluar yang nampak simple dan chill ni rupanya selesa gila, sangat praktikal, dan mampu buat korang nampak lebih bergaya.

Mesti korang pelik, Kak Tini ni pakai cuting lelaki? Ye, Kak Tini suka pakai seluar hat cutting lelaki sebab akan nampak baggy dan tak sendat. Kiranya, walaupun pakai seluar, kita tetap patuh syariah gituh.



SELUAR KARGO 6 POKET

Sejuk, Lembut, Memang Selesa Gila

Seluar ni diperbuat daripada 100% cotton premium, so memang best untuk korang yang jenis cepat rasa panas atau tak suka rasa melekit. Kak Tini pakai dari pagi sampai petang pun selamba je, tak rasa rimas langsung. Kain dia lembut tapi cukup tebal untuk buat kerja berat, jadi tak perlu risau koyak atau mudah lusuh. Paling penting, kain cotton ni breathable – so memang sesuai dengan cuaca Malaysia yang panas terik ni. Kalau jalan tengah panas, tak rasa melekit langsung. Kain dia betul-betul menyerap peluh dan buat kita rasa selesa sepanjang hari.


Memang Praktikal Untuk Si “Poket Penuh Barang”

Yang paling best dan Kak Tini suka gila – seluar ni ada 6 poket yang besar! Bagi korang yang jenis penuh poket – phone, dompet, kunci, kad, mungkin barang kecik-kecik macam earphones atau hand sanitizer, semua boleh muat dalam poket-poket ni. Kak Tini pun suka sebab poket dia dalam dan luas, jadi tak perlu risau barang jatuh bila duduk atau tengah bergerak. Praktikal dan sangat membantu kalau korang jenis tak suka pegang barang atau malas bawa beg. Dengan poket banyak macam ni, korang boleh simpan semua barang keperluan tanpa risau kehilangan atau tercicir.

Tiber Kak Tini teringat masa zaman kat U dulu, kalau pergi kelas tu, calculator, pen, kertas pun letak kat dalam poket tau. Hahahaha. Punyalah sempoi baq hang. Maklumlah, kalau time Kak Tini cycling pi kuliah, memang malas nak banyak-banyak barang. Paling kuat pun, beg sandang, fail jenis box tu leatak kat dalam beg sandang, hat lain semua masuk kat dalam poket, gituh.


Kemas Tapi Tetap Selesa

Potongan slim fit dia memang ngam gila! Tak terlalu ketat sampai rasa tak selesa, tapi tak la longgar sangat sampai nampak macam seluar hiking. Dia ada tali pinggang boleh laras, jadi korang boleh adjust ikut keselesaan masing-masing. Potongan slim fit ni buatkan seluar nampak kemas dan sleek, tapi tak la nampak formal sangat – so sesuai nak pakai ke mana-mana pun. Nak pergi lepak kedai mamak, jalan-jalan kat mall, atau even outing dengan family, semua boleh. Kak Tini suka betul sebab potongan seluar ni buatkan Kak Tini nampak lebih bergaya dan kemas, ada “effort” lebih walaupun sebenarnya cuma pakai seluar yang sangat selesa. Korang yang cari seluar versatile akan suka potongan macam ni.


Boleh beli kat sini gais.

Warna dan Saiz Pelbagai Untuk Semua


Bila cakap pasal pilihan warna, memang banyak! Seluar ni ada pelbagai pilihan – hitam, navy, hijau army, khaki, dan beberapa lagi, jadi korang boleh pilih ikut selera dan gaya masing-masing. Untuk saiz pula, ada dari saiz 28 sampai 40, jadi tak kira korang kurus, sederhana, atau berisi, mesti ada yang sesuai dengan korang. Kak Tini pilih warna khaki sebab senang nak match dengan baju lain. Kalau korang suka mix and match pakaian, warna-warna yang ada ni memang buatkan senang nak padankan dengan baju T-shirt, hoodie, atau kemeja. Memang fleksibel!


Boleh beli kat sini gais.

Tak Sampai RM30!

Harga dia memang buat Kak Tini terkejut! Seluar ni cuma RM21.86 je sekarang ni (harga asal RM29.50)! Memang tak sangka harga dia serendah ni untuk kualiti yang bagus. Kak Tini macam tak percaya sebab seluar ni cotton premium, ada 6 poket besar, potongan slim fit, dan selesa pulak tu. Dengan harga bawah RM30 ni, memang berbaloi sangat kalau korang nak beli lebih dari satu – boleh buat stok warna lain ke, atau standby seluar extra kat rumah. Sekarang ni tengah ada diskaun, jadi tak rugi kalau korang nak beli awal untuk kegunaan masa depan. Kak Tini yakin korang akan puas hati dengan kualiti dia berbanding dengan harganya.


Boleh beli kat sini gais.

Review Orang Lain yang Dah Beli


Kalau korang rasa masih ragu-ragu, meh Kak Tini share sikit feedback orang lain yang dah beli:

"Material kain tebal dan selesa, penghantaran pun laju." – Ramai yang puji kualiti kain yang tak mudah koyak dan tahan lama.

"Poket besar, praktikal untuk simpan barang." – Sesuai untuk korang yang suka simpan barang dalam poket.

"Slim fit tapi tak ketat, selesa pakai seharian." – Ramai yang puas hati dengan potongan seluar ni, sebab nampak kemas tapi tetap selesa.



Memang Berbaloi, Wajib Ada!

So, kalau korang tengah cari seluar kargo yang selesa, ada banyak poket, tahan lasak, dan harga berbaloi, Kak Tini memang rekomen sangat seluar kargo 6 pocket slack pant ni. Korang yang nak nampak santai tapi still nak nampak bergaya, ni la pilihan yang tepat. Kalau ada yang tengah cari seluar yang sesuai untuk aktiviti harian tapi still nampak smart, tak payah ragu lagi – seluar ni memang jawapan dia.

Boleh beli kat sini gais.


FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE

xoxo


Post a Comment

0 Comments