REALITI IBU BEKERJA - SEMUA BENDA NAK KENA BUAT TAPI TETAP KUAT

Bangun awal pagi sebelum matahari terbit, siapkan anak-anak ke sekolah, masak sarapan, pastikan bekal anak lengkap, kemas rumah sekadar sempat, kemudian bersiap pula untuk ke tempat kerja. Itulah rutin harian ramai ibu bekerja. Belum lagi masuk bab kena redah trafik jam, kemudian sampai pejabat kena senyum dan layan kerja macam tak ada apa yang berlaku kat rumah. Realitinya, ramai ibu yang memikul dua dunia dalam satu masa – sebagai penjaga rumahtangga dan sebagai pekerja yang berdedikasi.



REALITI IBU BEKERJA

Selesai Kerja? Belum Habis Lagi Tanggungjawab

Dalam dunia yang serba pantas hari ini, menjadi seorang ibu bukan sekadar satu tanggungjawab — ia adalah satu pengorbanan yang tak berkesudahan. Bangun sebelum semua orang, tidur selepas semua orang. Kerja rumah, kerja pejabat, urus anak, jaga makan pakai, semuanya jatuh atas bahu seorang ibu. Kadang-kadang terasa macam tak cukup 24 jam sehari.

Balik kerja bukan bermaksud 'off duty'. Sampai rumah, ibu-ibu ni kena jadi tukang masak, cikgu tuition anak, kaunselor emosi, jururawat kalau ada anak demam. Kalau ada pasangan yang membantu, Alhamdulillah. Tapi hakikatnya, ramai ibu tetap jadi 'CEO' dalam rumah – kena rancang dari menu mingguan sampai ke bajet bulanan.

Perasaan Bersalah Sentiasa Menghantui

Yang paling menyakitkan ialah bila ibu rasa bersalah. Rasa bersalah sebab tak cukup masa dengan anak. Rasa bersalah kalau anak minta temankan main tapi kita penat sangat. Rasa bersalah kalau terpaksa beri anak makan makanan segera sebab tak sempat masak. Rasa bersalah kalau tertinggal mesyuarat penting sebab anak tak sihat. Beban emosi ni tak nampak, tapi sangat berat dalam hati seorang ibu.


Apabila Keluarga Turut Membantu, Segalanya Jadi Mudah

Syukur sangat, Kak Tini ada suami yang faham dan selalu bantu urus rumah tangga. My better half memang jenis tak berkira — kalau tengok Kak Tini penat, dia akan terus tolong kemas dapur, lipat baju, atau uruskan anak-anak. Tak perlu suruh pun, dia tahu sendiri. Itu yang buat hati rasa lega dan bersyukur sangat. Anak-anak pun Alhamdulillah, dah diajar sedari kecil untuk ringan tulang. Setiap orang ada tugas masing-masing — yang sorang akan kemas dapur dan buang sampah, yang sorang lagi tolong sapu dan mop lantai, yang sorang lagi kemas bilik dan yang sorang lagi kemas kat tingkat atas. Walaupun masih kecil, tapi kita kena percaya bahawa melatih mereka berdikari dari awal akan memudahkan hidup mereka dan kita juga nanti.

Tanggungjawab Semakin Bertambah

Satu lagi ujian besar dalam hidup kami sekeluarga sekarang adalah tanggungjawab menjaga (mendidik) dua orang adik ipar yatim piatu. Sejak ibu mertua dan ayah mertua Kak Tini meninggal dunia, my better half dan Kak Tini ambil keputusan untuk jaga diorang seperti anak sendiri. Masa tu umur diorang baru 10 dan 8 tahun. Sekarang dah 13 dan 11 tahun. Daripada tak tahu membaca, kami ajar sedikit demi sedikit. Merangkak-rangkak membaca pada awalnya.

Degilnya pun boleh tahan. Masa mula-mula tu, Kak Tini rasa tertekan sangat. Rasa macam GAGAL sebagai penjaga. Diorang langsung tak nak dengar cakap. Homework tak buat, kerja rumah langsung tak nak belajar, mengaji malas, kat sekolah pula selalu tidur. Bila ditegur, buat muka, lepas tu mulalah rosakkan barang. Bila dinasihat, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, buat muka selamba je macam takde perasaan. Those are some of the things yang dilalui, banyak lagi tapi tak terluah.

Sampai satu tahap, Kak Tini selalu menangis diam-diam waktu semua dah tidur. Rasa macam dah buat semua benda, tapi... Alhamdulillah, yang 13 tahun nampaknya dah ada perubahan positif sejak pertengahan tahun lepas. Dapat anugerah mata pelajaran Sains terbaik dan kedatangan penuh lagi tuh. I am proud of him, indeed. Belakang parang kalau diasah, tajam juga betul tak? Hopefully, yang lagi seorang pun akan ada perubahan positif. Bukan untuk orang lain, tapi untuk diri diorang sendiri. My better half kata kena selalu sabar, jadi, sekarang ni, Kak Tini ambik pendekatan, 'Sesungguhnya aku sedang bersabar,'



Hargai Diri Sendiri, Wahai Ibu

Anyway, kalau korang seorang ibu yang tengah rasa terbeban, ingatlah satu perkara – korang tak keseorangan. Ranau ibu-ibu di luar sana sedang hadap benda yang sama. Jangan rasa bersalah kalau korang ambil masa untuk diri sendiri. Jangan malu nak minta tolong. Dan yang paling penting, sentiasa ingat – korang dah buat yang terbaik. Mungkin tak sempurna, tapi penuh keikhlasan.

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE

xoxo


Post a Comment

2 Comments

  1. I feel u... sama je kita yg 1st para tu... now ur BIL stay dgn korang ke? semoga bertabah dan bersabar k... semoga ada manis² lepas ni... pahala tu jaga anak yatim... kalau rasa stress tulis blog k.. take care

    ReplyDelete
  2. Betul tu, isteri dan ibu yang bekerja memang penat... Para suami laaa yang kena bantu sikit

    ReplyDelete