1.0 Mengikut usia 4 hingga 6 tahun (Pra sekolah)
Perbezaan mental jelas dapat dikesan pada kanak-kanak pada peringkat usia ini mengikut gender. Umpamanya, Kanak-kanak lelaki dilihat unsur-unsur dan tanda-tanda kepintarannya umpamanya :
1. Komunikasi - antaranya;
· Ceria dan aktif,
· Mudah berinteraksi,
· Bersopan-santun,
· Bijak bertutur walaupun dengan tatabahasa yang kurang sempurna,
· Memiliki sifat berani dengan ketara terutamanya dalam mengajukan soalan, mendekati rakan atau orang yang lebih berumur darinya,
· dan bersifat sukarela atau ringan tulang.
2. Bertanggungjawab - antaranya;
· cuba menyelesaikan tugas yang diamanahkan walaupun tidak sempurna,
· menawarkan diri untuk membantu kerja-kerja di luar rumah.
3. Kebolehan Akademik - antaranya;
· minat menulis dan melukis sejak usia 3 ½ tahun lagi,
· membelek majalah sambil cuba mengeja (kanak-kanak yang belajar di tadika memperlihatkan potensi ini),
· berupaya menyebut dan menghafal huruf A hingga Z dan nombor 1 hingga 20 dengan lancar.
4. Kebolehan seni, sastera, abstrak dan muzik - antaranya;
· begitu menggemari muzik - mampu menghafal melodi dan lirik akhir senikata lagu,
· meminati lukisan, potret, mozek dan peta (atlas).
5. Sahsiah dan Rohani - antaranya;
· minat yang mendalam di dalam mempelajari kejadian diri umpamanya bertanya tentang bagaimana wujudnya mereka di dalam rahim ibunya,
· bagi anak muslim pula - mengikut serta serta mengajuk aksi dan gerakan umpamanya dalam solat berjemaah
· wujud perasaan prihatin kepada fakir miskin, kanak-kanak malang, peperangan atau malapetaka.
2.0 Mengikut Usia 7 hingga 9 tahun (Tahap Pertama Sekolah Rendah)
1. meminati bahasa dan komunikasi - tekun melakukan analisis bahasa samada bahasa ibunda atau Bahasa Inggeris umpamanya dengan membaca majalah, sarikata yang terbit di kaca televisyen,
2. meminati sains dan teknologi - mula meminati teknologi ketika usia 4 tahun dengan kebolehan operasi lap-top (terdapat kes), menggemari cereka sains fiksyen melalui tontonan video, drama dan sebagainya.
3. Prihatin terhadap persekitaran dan alam semesta - peka melihat alam sekeliling sambil mengaju soalan (dilihat ketika bersiar-siar), mengasihani tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang dianiaya, gemar mengira bintang, semut atau objek yang seni.
4. Kebolehan akademik - terserlah ketika usia 6 tahun lagi, pelajar yang berpotensi dan sering menunjukkan peratusan tertinggi, menunjukkan minat dan rajin belajar, tidak putus asa dan bersemangat tinggi.
5. Kemahiran hidup – antaranya;
· tahap kecerdasan fizikal dan mentalnya berkembang mula terpupuk –
· Tidak mudah penat atau lesu apabila diarah menyelesaikan sesuatu tugas malah menunjukkan minat untuk belajar perkara-perkara baru (jika ditegur atau ditunjukajar) dan terus melakukan kerja dengan mengambilkira teguran serta memperbetulkan kerja yang dilakukan sehingga tamat – Konsisten.
· (Dengan pemakanan yang seimbang dan latihan serta tunjukajar ibubapa atau guru, kanak-kanak di usia ini akan mampu menyerlahkan bakat semulajadinya di sekolah atau di rumah)
3.0 Mengikut usia 11 hingga 12 tahun (Tahap 2 sekolah rendah)
1. bakat- terserlah bakat semulajadinya dengan menyertai secara aktif di dalam bidang sukan, ko-kurikulum, seni, sastera, muzik dan sebagainya.
2. rohani dan sahsiah - mula menghormati ibubapa, guru dan rakan berbanding ketika di usia muda mereka dan terdapat kecenderungan untuk mendalami ilmu agama
3. komunikasi - berbeza dari ketika mereka di Tahap satu, kanak-kanak di peringkat ini menjadi pemalu dan berhati-hati (meticulous) untuk memulakan dialog, namun ada juga kalangan mereka yang menunjukkan sifat kepimpinan dan ketokohan berbicara dengan fakta dan logik di kalangan rakan sebaya.
4. Kebolehan akademik - berpotensi mengingati fakta dan berupaya mengolah semula fakta tersebut, bijak menganalisa isu yang dibincang, meminati pembangunan modul pendidikan mengikut keupayaan sendiri
5. tanggungjawab – memiliki sifat tanggungjawab kepada tugas yang diamanahkan, ringan tulang atau ikhlas melakukan kerja.
3.1 Mengikut usia 13 hingga 15 tahun(sekolah menengah rendah)
a. bahasa dan komunikasi – mampu menghasilkan sebuah karya dan kerap muncul di dalam pertandingan esei, pidato dan sebagainya.
b. kebolehan akademik – minat dan berbakat di dalam subjek kemahiran contohnya Kemahiran Hidup dan Sains. Memahami konsep yang dipelajari di sekolah dan berupaya menyampai fakta semula samada secara lisan atau bertulis
c. Sahsiah - Murid yang hormat dan patuh kepada arahan guru atau ibubapa, pelajar yang lembut, berbudi bahasa dan perihatan kepada orang yang di dalam kesusahan
d. Tanggungjawab - Memiliki sifat berani dan bertanggungjawab di rumah atau sekolah, jelas mereka mudah diajak berunding dan menjadi ketua sesuatu kumpulan.
e. Bakat semulajadi - Menjadi wakil individu, sekolah, daerah atau negeri bagi sesuatu pertandingan, menggarap hobi atau minat hingga menampakkan hasil dan keuntungan
4.0 Mengikut usia 16 hingga 17 tahun(sekolah menengah atas)
1. Kelebihan mereka adalah digarap sejak usia 13 tahun, Cuma jelas beberapa aspek kelainan, contohnya:
a) terdapat pelajar pintar yang ceria dan aktif sehingga menampakkan kehebatannya di sekolah dan ada juga pelajar ini yang serius, tekun, berdikari dan bergerak secara individu di sekolah mahupun di rumah.
b) Mereka diberi kepercayaan mengetuai persatuan, aktiviti kelas, menjawat jawatan tertinggi di dalam pertubuhan
c) Gemar mengutarakan soalan dan mewujudkan suasana ceria di dalam kelas
d) Senang menyesuaikan diri dengan rakan-rakan kerana kebolehan mereka
e) Meminati subjek kemahiran mental seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris, namun mereka juga berkebolehan di dalam subjek lain
f) Meminati subjek penulisan seperti Penulisan Bahasa Melayu atau Inggeris
g) Kerap muncul sebagai pelajar cemerlang
h) Rajin beriadah, berhobi dan meminati seni, sastera dan muzik
i) Mencintai alam semesta dengan penghasilan karya hasil ciptaan tersendiri bagi memuji keindahan itu
j) berkebolehan mencipta, berinovasi dan kreatif seperti contoh, seorang pelajar lelaki gemar mencipta hipotesis dari ciptaannya yang berunsur sains dan teknologi untuk dipertandingkan di Pameran Sains atau pelajar perempuan yang muncul dengan karya lukisan di dalam pertandingan lukisan(terdapat kes)
(Kebanyakkan elemen agak sinonim antara satu sama lain bagi pelajar rendah dari usia 7 hingga 12 tahun atau usia 13 hingga 17 tahun pelajar menengah. Mereka bijak menggarap keistimewaan yang dianugerah sehingga menyemai elemen tadi untuk diadaptasikan di sekolah atau rumah)
=> originated from Majalah Ibu
The Menu of this blog is loading..........
3 Comments
hi sis! sihat ke? :)
ReplyDeletebtw, apa email blogger sis? sb Mila punye blog nak private so nak invite. thanks :)
wah bgus n3 kali ni..bleh buat rujukan...gud gud i like it...
ReplyDeleteyuuhuu all, sihat jek... alhamdulillah...
ReplyDelete=> mila, lame tak jengah blog... ni add e-mail akak, mazharalti@gmail.com
=> heze, ibu Kaisah memang akan sentiasa carik entri yang menarik utk u'olls... hihihihi...