Tuesday, July 21, 2009

@ didik anak menggunakan otak kanan


Setelah agak lama ibu Kaisah tidak mengupdate blog walaupun semangat untuk melakukannya adalah sungguh berkobar-kobar... kini tibalah masanya untuk segala-galanya diluahkan... however, before we go further, let's view this article yang aku ternampak masa dok browse net...

Anak yang bijak menjadi kebanggaan ibubapa. Bagaimana ingin merealiasikannya? Ramai orang menganggap anak bijak adalah anugerah. Namun kajian di Jepun menunjukkan melatih anak menggunakan otak kanan untuk berfikir adalah lebih efektif melahirkan anak bijak berbanding otak sebelah kiri.

Mungkinkah anak kita boleh menjadi sebahagian daripadanya dengan mengamalkan tips-tips di bawah mengikut kajian mereka? Sama-sama kita praktikkan.

1. Sewaktu anak tidur-tidur ayam, bercakap-cakaplah dengan mereka dengan sepenuh hati dan sejujurnya bahawa kita sayang padanya, dia budak yang baik, soleh, kuat, tak sakit, bijak dan sebagainya. Ini kerana semasa mereka sedang tidur-tidur ayam otak kanan sedang bekerja. Manakala otak sebelah kiri sudah tidur.

2. Gunakan kad imbas balik semasa mengajar anak. Contohnya kad ABC-Z. Tunjuk laju-laju supaya otak kanannya bekerja keras untuk menagkap apa yang kita tunjukkan. Kita boleh buat sendiri kad-kad tersebut dengan menulis perkataan pendek-pendek dan mudah atau angka 1,2,3, gambar-gambar yang kita boleh potong di mana-mana dan sebagainya.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, jadi ajarlah anak-anak kita bermain tanah liat, cat air, melukis, menggunting kertas, origami dan sebagainya. Kita juga boleh menguji otak kanan mereka dengan hanya melukis gambar, contohnya rama-rama sebelah sahaja dan suruh mereka cuba melukis sebelah lagi.

4. Jangan marah atau tengking anak. Ini kerana mereka akan simpan apa yang kita marah tadi pada otak kiri. Jika kita terlanjur, maka ulangilah langkah pertama tadi dan minta maaf pada mereka.

5. Kita juga boleh memulakan cerita, tetapi jangan habiskan, suruh mereka sambung cerita kita tadi, biarkan mereka bercerita walaupun merapu.

6. Bermain teka-teki dengan anak-anak. Kita boleh masukkan barang dalam kotak dan suruh mereka teka, atau suruh mereka cari benda tersembunyi misalnya ketika di atas katil, kita minta mereka mencari gambar yang ada pada cadar mereka, gambar, poster atau apa-apa sahaja yang kita gantung pada dinding.

7. Ganti perkataan jangan dengan perkataan tolong. Contohnya… Tolong senyap bang… berbanding Jangan bising bang…. Ini kerana bila kita sebut jangan, itulah yang mereka suka buat.

InsyaAllah, jika kita amalkan mungkin anak kita sebahagian daripada mereka yang pintar.

0 comments on "@ didik anak menggunakan otak kanan"

weolls @ connected

weolls @ popular posts

weolls @ world

weolls @ labels

 

All About Us Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates