Friday, May 14, 2010

@ 7P cara mendidik anak


Anak anugerah, jangan dirotan, dimarah, dimaki hamun. Mereka akan sangat sedih dan mencari kasih sayang dari yang lain. Ada suami isteri yang sgt sedih dan merasa tidak sempurna tidak dikurniakan anak, teringin utk merasa sakit bersalin, sentiasa menangis di dalam hati ketika melihat wanita lain mengandung, tetapi ada yg tidak berkahwin mendapat anugerah anak, ada pula ibu bapa dikurnia anak tidak bersyukur, menjadi sombong, bongkak, mengeluh dengan kesusahan menjaga dan mendidik anak. Bersyukur hanya ketika anak dilahirkan.

Kaedah 7P dalam pendidikan anak:

1-PERHATIAN - berilah perhatian yang maksimum sehingga hatinya puas, jgn hanya menonton tv selepas pulang kerja, berita mengenai anak2 orang lain terbunuh, kemalangan dll, sedangkan anak sendiri di rumah tidak diberi perhatian. Apabila anak memanggil kita sering mengabai dan memarahi, anak akan melakukan ini kepada kita di kemudian hari, mereka belajar dari kita, what you give is what you get. Perhatikan bakat, minat, fesyen yg disukai anak dll.Anak2 sangat2 perlukan perhatian ibu bapa ketika kecil, ketika remaja lebih2 lagi mereka perlukan perhatian ibu bapa.

Tips jika anak membuat aksi2 nakal ketika tetamu dtg ke rumah, anak2 ini hakikatnya mahu perhatian ibu ayahnya, utk mengatasinya, beri sedikit sahaja perhatian kepadanya dengan memuji dan memeluknya. InsyaAllah dia akan kembali tenang.

2-PUJI DAN PELUK. Pujian akan membuat kantung jiwa anak penuh. Ayah perlu memuji anak perempuan spy anak perempuan tidak tercari2 pujian dan penghargaan dari lelaki lain. Ayah juga perlu puji anak lelaki bagi menunjukkan perhatian dan penghargaan. Ibu juga perlu puji anak lelaki agar kantung jiwa mereka penuh dan hati mereka tenang. Malaikat Jibril memeluk Nabi Muhammad SAW ketika baginda dalam keadaan takut. Peluk anak kita ketika dia takut, ketika sedih, dan ketika gembira. Peluk anak sebelum mat rempit peluk anak kita, sebelum org lain peluk anak kita.

Anggap anak org lain seperti anak sendiri, kerana pada hari ini ibu bapa sibuk bekerja, anak2 boleh berbuat dosa di mana-mana mengikut suka mereka sendiri. Alangkah baik jika seperti dulu, mana-mana lelaki dewasa sekampung dapat menjadi bapa ketika anak2 di luar rumah, dapat memberi perhatian dan teguran seperti seorang ayah.

3-PENDIDIKAN. Pendidikan pula terbahagi kepada 3 A - 1-Akademik 2-Agama 3-Akhlak. Elakkan dari pendidikan tidak seimbang, menjadi org akademik yang tiada agama atau orang agama yang tiada akhlak.

Ajar anak kita ketika mendapat sesuatu dari kita ucapkan "terima kasih ayah, terima kasih ibu, terima kasih Allah". Anak2 perlu diajar, jgn biarkan mereka terus terusan kurang ajar. Jgn biarkan anak2 meminta2 duit raya, jgn biarkan mereka memaksa ibu bapa membeli handphone mahal, membeli motor dll sehingga ibu bapa terpaksa mencari duit lebih atau menipu/tidak jujur dengan syarikat bagi memenuhi kehendak anak. Ajar/didik anak ikut zamannya, dapatkan skill2 parenting yang baru.

Utk mendidik akhlak, ajar dengan sabar, hormati ibu ayah, tunjukkan cara bercakap yg baik, tunjukkan cara mendengar yg baik, puasa isnin khamis, bangun malam bersama anak2.

4-PUJUK
5-PENGHARGAAN
6-PERIKSA (MUHASABAH)
7-PUKUL

=> from Anak Anugerah Allah (Tanyalah Ustaz TV9 14 May 2010)

0 comments on "@ 7P cara mendidik anak"

weolls @ connected

weolls @ popular posts

weolls @ world

weolls @ labels

 

All About Us Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates