Thursday, June 24, 2010

@ susu ibu untuk anak-anakku


'Susu ibu adalah manisan syurga kurniaan Allah SWT pada ibu-ibu untuk diberikan kepada anak mereka. Ia mengandungi kolostrum bermanfaat yang bertindak sebagai imunisasi bagi bayi dalam masa satu jam pertama selepas dilahirkan' malah dalam surah al-Baqarah ayat 233, Allah SWT berfirman bahawa, 'para ibu hendaklah menyusukan anak- anak mereka selama dua tahun penuh iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan'...

Keistimewaan susu ibu, memanglah tidak ternilai. Ia jauh lebih baik dan selamat berbanding susu formula yang boleh mengundang pelbagai masalah kepada bayi. Pelbagai khasiat yang diperlukan oleh bayi sepanjang tumbesaran terdapat dalam susu ibu. Menurut penyelidikan yang dijalankan, anak-anak yang diberi susu ibu secara eksklusif dan meneruskannya sehingga dua tahun mempunyai tahap IQ yang tinggi serta mempunyai antibodi melawan penyakit yang kuat... alhamdulillah, Kaisah masih lagi menyusu badan... altho dah 2 years 1 month nih... bagi juga susu formula, but Kaisah kurang skit nak minum... kalau ibu Kaisah and Thaqif dah balik keje jek... jangan harapla Kaisah nak minum susu botol... time cuti pun gitu... ;)

Berbanding susu formula yang penyediaannya merumitkan, susu ibu sedia diberi tidak kira masa memandangkan suhunya yang terkawal dan kebersihannya yang terjamin. Selain manfaat kesihatan untuk bayi, penyusuan badan juga berupaya mengecutkan rahim ibu sekali gus membantu mereka menguruskan badan dengan berkesan... memang terasa proses pengecutan rahim tu... especially time Thaqif menyusu... (tapi bb boy memang banyak menyusu ek?)... terasa perbezaan masa dalam pantang lepas lahirkan Kaisah dan Thaqif...

It's training time:
1. Kira-kira 2 minggu sebelum anda keluar bekerja, anda bolehlah mula melatih bayi anda menerima susu perahan anda sedikit demi sedikit. Jadual latihan pemberian susu ibu ini perlu diubahsuai mengikut kesesuaian masa bekerja anda.
2. Andaikan anda keluar bekerja selama 10 jam (termasuk waktu perjalanan pergi dan balik ke/dari tempat kerja), bayi anda perlu diberi minum setiap 2-3 jam sekali. Oleh itu anda mungkin membahagikan jadual pemberian susu kepada 4 ke 5 blok waktu iaitu 4 atau 5 kali selama 10 jam.
3. Mulakan jadual dari rutin hari pertama latihan hingga hari ketiga dengan pemberian susu perahan sekali pada blok pertama dari jadual pemberian susu. Untuk blok waktu selebihnya berikan susu ibu terus dari payudara anda.
4. Pada hari keempat hingga keenam, berikan susu perahan untuk dua blok pertama dan blok selebihnya berikan susu anda secara terus kepada bayi.
5. Pada hari ketujuh hingga kesembilan, berikan pula untuk tiga blok pertama diikuti blok seterusnya dengan pemberian susu ibu secara terus.
6. Teruskan latihan hingga blok keempat pada hari kesepuluh hingga keduabelas. Sekiranya anda hanya melatih bayi untuk 4 blok waktu, bayi anda sekarang sepatutnya telahpun membiasakan diri dengan rutin susu perahan. Sekiranya anda mempunyai 5 blok, teruskan lagi latihan dari hari ketigabelas hingga hari kelimabelas. (Ini bermakna anda perlu bermula 15 hari sebelum keluar bekerja).

Dah nak start training mode nih...
Trainer: Ibu Kaisah and Thaqif
Trainee: Bb Thaqif
Date: ASAP

0 comments on "@ susu ibu untuk anak-anakku"

weolls @ world

weolls @ labels

 

All About Us Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates