Friday, May 19, 2017

SELAMAT HARI GURU

0 comments

Selamat Hari Guru untuk semua para pendidik... 16 Mei merupakan tarikh keramat dalam melafazkan penghargaan... jasamu tiada galang-gantinya...

xoxo



Saturday, May 13, 2017

BUTTERED RICE, CHICKEN CHOP, GRILLED CHICKEN PASTA

0 comments
Pada 11/05/2017 dan 12/05/2017 yang lalu, kami telah diberikan kepercayaan sekali lagi untuk menyediakan set makanan tengah-hari... kami telah menghidangkan packed foods of buttered rice and chicken chop...


Menu seterusnya pula ialah packed foods of grilled chicken pasta... alhamdulillah, kami telah mendapat maklum balas yang positif... anda juga mahukan yang sama?...


Telegram: 0193722238
Fb: De Alif
Instagram: dealifmy

xoxo

PAGEVIEWS IMPROVEMENT

0 comments
 

Alhamdulillah, do keep improving ya... we are here to share lots and lots of stories, experiences, likes, favourites etc which ranges from foods, events, celebrations, shopping tips, online shopping, reviews, needs and others...

Your strong support is ultimately valuable for us...

xoxo


RAYA VAGANZA FESTIVAL - JUN 2017

0 comments
No automatic alt text available. 

Tarikh: 16 - 19 Jun 2017

Lokasi: Stadium Tertutup Gong Badak Kuala Terengganu
.
Kerjasama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU)
.
Harga tapak MAMPU MILIK...

Vendor diperlukan!!!
1) Pakaian lelaki dan wanita
2) Pakaian kanak-kanak dan bayi
3) Kelengkapan dan produk kecantikan
4) Aksesori wanita dan lelaki
5) Kasut lelaki dan wanita
6) Gadget kelengkapan terbaru
7) Juadah kelengkapan hari raya
8) Lain-lain lagi

✔ Berdekatan MYDIN MALL & GIANT GONG BADAK
✔ CROWD dijangka 100,000 - 150,000 orang sepanjang event berlangsung
✔ Berniaga bersama lebih 120+ usahawan makanan,produk kesihatan dan fashion
✔ Festival akan diserikan dengan kunjungan ramai ARTIS
✔ Harga tapak confirm MURAH & Berbaloi!!!

**Antara Senarai Artis Vendor**
..
✔ Lan Kristal
✔ Liyana Jasmay
✔ Amy Search
✔ dan ramai lagi

**Jenis Usahawan**

✔ Fashion & Gadget
✔ Produk Kesihatan
✔ Barangan Perhiasan Rumah
✔ Produk Kelengkapan HARI RAYA

**Marketing**

✔Top 10 Viral FB VIral Page
✔Radio THR Gegear & Era
✔Billboard di Jalan UTAMA Kuala Terengganu
✔Fb ads
✔Bunting
& Banner
✔Promo Video dari Artis
✔Lokasi tumpuan kawasan Gong Badak padat penduduk

Booth size : 10 x 10

Artis Live Performance
FREE gift,
Lucky Draw,
dan banyak aktiviti menarik menanti anda!
 
Hubungi 03-42700888 / 019-2686188 / 019-6564118

xoxo

 

EKSPO MEGARAYA SUNGAI BESAR 2017

0 comments

Kini kembali lagi dengan lebih meriah!!!!!!
.
Tempat: Stadium Sungai Besar, Selangor
Tarikh: 2 Jun 2017 hingga Malam Raya
.
Untuk tempahan tapak, sila hubungi: 017-380 5359 (Helmi)

xoxo

 

PERADUAN MAGGI MASAK-MASAK GEMPAK RAYA - HINGGA 30 JUN 2017

0 comments

Tempoh Peraduan:
1 Mei - 30 Jun 17

Langkah-Langkah:

1. Beli mana-mana produk MAGGI yang turut serta sebagai Bukti Pembelian (sila rujuk Jadual Bukti Pembelian yang terdapat di dalam borang penyertaan)

2. Jawab 3 soalan di bawah dan isikan jawapan yang betul di ruang yang disediakan.

3. Lengkapkan borang penyertaan, sertakan 1 Bukti Pembelian dalam 1 sampul surat, lekatkan setem yang mencukupi dan hantarkan ke alamat berikut:

Peraduan MAGGI Masak-Masak Gempak Raya 2017
P.O Box 8272, Kelana Jaya,
46798, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

Hadiah-hadiah berjumlah RM300,000 untuk dimenangi!

Hadiah Utama:
9 Minggu x 1 Pemenang setiap minggu x RM20,000 baucar membeli-belah di Courts Malaysia

Hadiah Saguhati:
9 Minggu x 50 Pemenang setiap minggu x Duit Raya bernilai RM300



Cubalah ya!!!

xoxo

PERTANDINGAN MELUKIS KARTUN PENGGUNA - HINGGA 23 JUN 2017

0 comments
http://www.mypengguna.com/v6/index.php/kartun-pengguna
http://www.mypengguna.com/v6/index.php/kartun-pengguna

http://www.mypengguna.com/v6/index.php/kartun-pengguna

xoxo

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER PENGGUNA - HINGGA 23 JUN 2017

0 comments
http://www.mypengguna.com/v6/index.php/melukis-poster 

http://www.mypengguna.com/v6/index.php/melukis-poster 

http://www.mypengguna.com/v6/index.php/melukis-poster 
http://www.mypengguna.com/v6/index.php/melukis-poster

xoxo

Monday, May 8, 2017

STRONG WOMAN DO BONG SOON - FULL ALBUM

0 comments

Do Bong-soon (Park Bo-young) was born with superhuman strength. Her strength is hereditary and passed along only to the women in her family. Her dream is to create a video game with herself as the main character. She desperately wants to become a willowy and elegant woman, which is the ideal type of her crush, In Gook-du (Ji Soo), a police officer. Thanks to her strength, she gets the job of a bodyguard, to a rich heir Ahn Min-hyuk (Park Hyung-sik), the CEO of a gaming company, Ainsoft. Contrary to Gook-du, Min-hyuk is an odd man who is playful, a little spoiled, and has no regard for rules, and dislikes policemen. He has recently received anonymous threats, blackmails, and has even been stalked at an occasion.

One day, a series of kidnapping cases break in Dobong-dong, the district Bong-soon lives in, and she is determined to catch the culprit after her friend was targeted. Under the help and training from Min-hyuk, she manages to control her strength to use it for good causes.

=> credit to wikipedia

The story had really captured my attention... well, it was actually reminding me on believing and holding on to true love and friendship... to love is normal... to be loved is extraordinary... we must hold on to the one who sees and accepts our strengths and flaws...

Will try to seek for more videos with regards to this drama... at least if not for all of you (the viewers) it will be my dedication to my kiddoes who without fail being my partner in crime while watching the marathon... :)

xoxo


PANJI - SAYAP TERLUKA

0 comments

Just browsing through and came across this melodious song... Sayap Terluka dendangan kumpulan Panji... bait-bait liriknya sungguh puitis dan amat mencuit perasaan...

Dalam keributan hembusan beliung
Terbanglah aku sang camar hina
Mencari singgahan andainya kau sudi
Menghampat kasih di pantai hati

Selamaku puja kini jadi nyata
Sayang hanya untuk seketika
Sayapku  terluka ditimpa bencana
Akhirnya diri aku sendiri yang sengsara

 Ku tahu diri ini 
Bagai menggapai bintang di langit
Tersingkir jatuh tiada pernah kau peduli

 Rapuhnya cinta kita
Patah terkulai di ranting hampa
Pedih terluka 
Tiada siapa yang endahkan

 Biar derita biar sengsara
Aku rela menjadi mangsamu
Akan ku simpan di nurani ini
Kenangan antara kita

 Kini terbuktilah cinta dan kasihku
Umpama pungguk merindu bulan
Tak mungkin tercapai hasrat hati ini
Biarpun harus kutunggu seribu tahun lagi

xoxo

 

ZAIRANI - YANG TERPISAH CUMA JASADMU

0 comments
Was so into the retro on the way back from work (and fetching the kiddoes)... listening to the Radio Klasik within these hours really did made my memory flew far-far away to the 80's and 90's... lagu ni memang antara lagu yang seriously mengimabu kenangan... mula-mula tu dok fikir juga tajuknya... bila diamat-amati, nah... jom layan...


Seakan terdengar gemersik suara
Tetapi tiada wajah yang menjelma
Naluri menyakinkanku
Seakan engkau
Mengikut gerak-geri

Apa yang dirancang tidak terlaksana
Terkilan rasanya hati kecil ini
Walaupun begitu sayang
Ku merasakan
Yang terpisah cumalah jasadmu

* Ramai berpesan agar ku melupakan
Serta terima segala kenyataan
Namun hatiku tiada berupaya
Lenyapkan
Tiap kenangan silam

** Apa yang pernah kita tempuh bersama
Semuanya itu, mengusik lamunan ku
Beratnya bahu yang memikul beban
Malah berat lagi pandangan

*** Berlandaskan harapan serta keyakinan
Dan juga seikhlas doa ku kirimkan
Pasti suatu masa nanti akan terkabul
Segala apa yang ku inginkan
Ulang * hingga ***

Sedih sungguh bait-bait kata lagu ini yang membayangkan bagaimanalah aku nak meneruskan kehidupan sekiranya terjadinya perkara yang tak diingini to my better half... well, inilah kenyataan... setiap yang bernyawa pasti akan pergi menemui Penciptanya... cuma bila, di mana, bagaimana. dengan siapa tidak dapatlah kita ketahui... aku hanya mampu berdoa agar segalanya dipermudahkanNya untuk kita semua...

xoxo


Tuesday, May 2, 2017

FESTAKA - PEWARIS SENI MENCORAK GENERASI

0 comments

Pada tanggal 16 April 2017 yang lalu, sekali lagi kumpulan tarian Sri Assunta telah menyertai pertandingan tarian anjuran Asrama Kinabalu, Universiti Malaya... penyertaan di dalam Festival Tarian Kanak-kanak ini amatlah bermakna dalam membentuk jati-diri juga keyakinan para peserta sewaktu be rada di atas pentas... penari-penari cilik yang mempunyai iltizam yang tinggi ini haruslah diberikan peluang untuk menyertai pelbagai acara mahupun pertandingan di masa hadapan...


Seawal jam 5:30 pagi pada tarikh 16 April 2017 itu, para penari telah tiba di tapak pertandingan untuk bersiap sebelum acara bermula pada pukul 10:00 pagi... kesungguhan para penari amatlah dihargai kerana sedari kecillah sikap juga tabiat dapat dibentuk... bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya...


Adik cilik Nuha juga tidak ketinggalan untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah-bagi kepada kumpulan Sri Assunta... inilah bakal pelapis yang diharap dapat juga dicungkil bakatnya... 


Barisan penari cilik Sri Assunta yang tidak jemu dipandang mata...


Semoga bertemu lagi di acara dan pertandingan akan datang...


xoxo


MEMBERILAH

0 comments

Dikisahkan bahawa seorang guru yang alim berjalan-jalan bersama salah seorang anak muridnya, menyusuri ladang. 

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang. Kasut itu dipercayai milik lelaki fakir yang bekerja di salah sebuah ladang yang berdekatan, yang akan selesai bekerja sebentar lagi dan datang untuk mengambil kasutnya. 

Lalu berkatalah murid itu kepada gurunya: 
"Apa pendapat tuan jika kita usik tukang kebun ini dengan menyembunyikan kasutnya? Ketika dia datang untuk memakainya, dia tidak menemukannya. Mari kita lihat bagaimana reaksinya!”

Guru yang alim dan mulia itu menjawab:
"Anakku, tidak patut kita berseronok dengan kesedihan orang lain. Wahai anakku, kamu seorang yang kaya, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk dirimu dan si fakir itu dengan memasukkan beberapa keping wang ke dalam kasutnya dan kamu bersembunyi supaya dapat menyaksikan bagaimana kesannya kepada pekerja itu."

Murid itu terpegun dengan usulan gurunya, dan dia pun meletakkan beberapa keping wang ke dalam kasut pekerja itu. Kemudian dia dan gurunya bersembunyi di sebalik pepohonan  untuk melihat respon pekerja yang fakir itu.  

Selang beberapa minit, datanglah pekerja yang fakir dengan berpakaian usang selepas menyelesaikan pekerjaannya di kebun tersebut untuk mengambil kasutnya.  

Ketika dia memasukkan kakinya ke dalam kasut, dia terkejut kerana merasa ada sesuatu di dalamnya. Ketika dia mengeluarkan benda tersebut, dia mendapati ada kepingan wang!!
Dia melakukan perkara yang sama kepada kasut yang sebelah lagi, dan dia menemukan ada wang juga.
Dia menatap wang itu berulang kali, untuk memastikan dia bukan bermimpi … 
Kemudian dia melihat ke setiap arah, namun tiada sesiapa pun di sekelilingnya!!! 

Diletaknya wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut seraya memandang ke langit sambil menangis dan kemudian dia berteriak dengan suara yang tinggi, bermunajat kepada Tuhannya:
“Aku bersyukur kepada-Mu, wahai Tuhanku. Wahai yang mengetahui bahawa isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum mendapatkan roti. Engkau telah menyelamatkan aku dan anak-anakku daripada kebinasaan.” 
Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah. 

Murid tadi, sangat terkesan dengan apa yang dilihat. Air matanya berlinangan...

Guru yang mulia terus bersuara: 
“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia daripada jika kamu melakukan usulan pertama kamu untuk menyembunyikan kasut itu?”

Murid itu menjawab,
“Sesungguhnya tuan telah mengajar saya satu pelajaran yang tidak akan mungkin saya lupakan seumur hidup saya. Sekarang saya baru faham makna kalimah yang dulu belum saya fahami sepanjang hidup saya:
*“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak daripada kamu mengambil”.*

Gurunya pun berkata kepadanya:
"Sekarang ketahuilah wahai anakku bahawa pemberian itu bermacam-macam:

• *Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas, adalah suatu pemberian.*

• *Mendoakan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.*

• *Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.*

• *Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian.*

Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai sahabatku!

والله اعلم

Selamat menyambut Syabaan dan Ramadhan Mubarak!
Maaf di atas segala kesalahan dan kesilapan.. moga Ramadhan ini yg terbaik buat kita semua...

xoxo


weolls @ world

weolls @ labels

 

All About Us Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates