JIMAT MEMBELI KELENGKAPAN SEKOLAH DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI SEMASA KEMPEN BTS

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... pejam-celik, pejam-celik, dah nak masuk sessi persekolahan yang baru... beberapa hari lepas, sambil duduk-duduk dengan pakcik korang kat depan rumah, makcik borak-borak la berkenaan sessi persekolahan yang akan datang ni... almaklumlah, anak makcik kan langsung tak pergi ke sekolah sejak pendemik mula melanda, jadi agak pening juga apabila membicarakan hal ini... korang tau tak, baju sekolah tahun 2020 dan tahun 2021 sayang je dah tak boleh pakai... mana taknya, anak-anak kan semakin membesar...

Balik Selangor nanti memang kena buat sorting la nampaknya... mana baju-baju sekolah dan kasut sekolah yang masih belum dipakai tu bolehlah disedekahkan kepada mereka yang memerlukan... sejak berada di selatan tanah air ni, makin serabut pemikiran nak fikir pasal sekolah anak-anak... mana taknya gaissss, anak-anak seboleh-bolehnya tak nak tukar sekolah... yelah, dah bertahun-tahun sekolah kat Petaling Jaya kan, tak semudah itu untuk anak-anak bersetuju untuk belajar di sekolah lain...


Walau bagaimanapun, kelmarin, anak-anak makcik dah bagi persetujuan untuk bertukar sekolah gaissss!... alhamdulillah, hilang dah satu beban kat fikiran makcik ni... yelah, walaupun kita masih berada dalam pandemik dan hanya akan memasuki fasa endemik pada 01/04/2022 yang akan datang, pembelajaran anak-anak masih menjadi perkara utama yang perlu dititik-beratkan betul tak?... makcik harap, dengan pertukaran ini, anak-anak makcik akan terus menimba ilmu dengan ikhlas dan dapat dibentuk secara insani dari segi lahiriah dan rohani...

Okay, satu masalah, dah selesai... semalam, pening kepala pulak fikir mana nak beli baju sekolah anak-anak... aduh, lepas satu, satulah pulak kan... makcik pun tanya jiran-jiran dan survey kat WhatsApp group kejiranan... almaklumlah, sekarang ni kami tinggal di kawasan sub-bandar, access untuk ke pasaraya besar memang agak sukar... ada la kedai-kedai berhampiran... tapi kalau sejenis yang macam makcik, suka beli kat one-stop-centre, memang agak payah la nak penuhi kriteria tu kan...

Makcik search punya search kat internet, makcik came across Pusat Pakaian Hari-Hari... eh, kat sini pun ada la, makcik terdetik kat dalam hati... yelah, masa kat Selangor dulu, tiap-tiap tahun, makcik memang akan membeli-belah pakaian persekolahan anak-anak di Pusat Pakaian Hari-Hari... makcik suka berbelanja di Pusat Pakaian Hari-Hari sebab semuanya ada di situ... one-stop-centre untuk kelengkapan sekolah gitu... memang mudah lagi memudahkan... tak sangka ya, dah ada lebih 90 cawangan di seluruh Malaysia dah eh...


Kalau korang nak check senarai cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari, korang boleh klik kat sini... makcik tak fikir panjang, terus ajak pakcik korang ke Pusat Pakaian Hari-Hari untuk menyiapkan kelengkapan persekolahan anak-anak kami...


KENAPA PERLU BELI BAJU SEKOLAH DI PUSAT PAKAIAN HARI-HARI?


1) ONE-STOP CENTRE


Ibu-ayah boleh mendapatkan hampir keseluruhan kelengkapan persekolahan untuk anak-anak di Pusat Pakaian Hari-Hari... cakap je ibu-ayah nak cari apa... insyaAllah, semuanya ada... nah makcik senaraikan kat bawah apa yang ada in terms of kelengkapan sekolah:

1) Pakaian seragam sekolah.
2) Vest pengawas, pengawas perpustakaan dan sebagainya.
3) T-Shirt.
4) Seluar panjang.
5) Seluar aerobik.
6) Pakaian renang.
7) Pakaian dalam.
8) Stokin.
9) Sapu tangan.
10) Tali pinggang.
11) Tudung sekolah.
12) Sampin.
13) Kasut.
14) Songkok.
15) Kopiah 
16) Serkup kepala.
17) Beg galas troli.
18) Beg galas.
19) Alat tulis.
20) Botol air.





2) KEMPEN BTS


Haaa, hat ni, kalau anak-anak korang peminat KPop, haruslah diorang berminat... hehehehe... anak-anak makcik pun antara peminat BTS, ala, minat manja-manja je, takdelah fanatik sangat... tapi, apa yang makcik nak bagitahu adalah bila makcik mentioned yang Pusat Perniagaan Hari-Hari ada Kempen BTS, excited anak-anak makcik nak ke sana... tu yang makcik bawa terus mereka ke Pusat Pakaian Hari-Hari... korang nak tau Kempen BTS tu apa?...

KEMPEN BTS ONLINE STORE PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

Kempen BTS adalah Kempen Back To School... sempena anak-anak nak kembali ke sekolah, Pusat Pakaian Hari-Hari turut mengalu-alukan kedatangan sessi persekolahan yang baru dengan memberikan potongan harga sebanyak 10% untuk semua barangan persekolahan yang berharga RM10 dan ke atas apabila pembelian dilakukan secara online di online store Pusat Pakaian Hari-Hari.. best ke memang best gaissss?... 




KEMPEN BTS KEDAI SHOPEE PUSAT PAKAIAN HARI-HARI

Kalau ibu-ayah ada account Shopee, korang boleh terus beli kelengkapan sekolah di kedai Shopee Pusat Pakaian Hari-Hari... kat sini, sama je, potongan harga sebanyak 10% untuk semua barangan persekolahan yang berharga RM10 dan ke atas... nak lagi best, kalau korang follower baru kedai Shopee Pusat Pakaian Hari-Hari, korang layak mendapat 5% potongan harga dengan pembelian minimum sebanyak RM50 SAHAJA!.. 

Shopee kan selalu buat Shocking Sales, jadi kalau pada waktu korang buat pembelian tu ada Shocking Sales, korang akan berpeluang untuk mendapat potongan harga tambahan untuk sesetengah barangan yang terlibat pada jangkamasa yang tertentu tau...


WOW KE WOW SANGAT?!

Korang rajin-rajinlah check kat online store Pusat Pakaian Hari-Hari dan kedai Shopee Pusat Pakaian Hari-Hari tau!...

NOTA: Penghantaran PERCUMA diberikan untuk pembelian RM15 ke atas (ni korang claim kat Shopee masa checkout tau)...

TEMPOH KEMPEN BTS (PEMBELIAN ONLINE)

Sehingga 31/03/2022

3) BANYAK PILIHAN BARANGAN


Di Pusat Pakaian Hari-Hari, korang bukan sahaja akan spoiled dengan pelbagai barangan tetapi juga jenama barangan... Pusat Pakaian Hari-Hari memasarkan produk mereka  di bawah jenama terkemuka yang merupakan antara pembuat pakaian paling berjaya di Malaysia... ia dimulakan dengan mengemas kini kemasan, fabrikasi dan warna terkini kepada mencipta semula pakaian mengikut tren fesyen... Pusat Pakaian Hari-Hari sentiasa mencipta produk baharu yang inovatif yang digemari pengguna masa kini...



4) HARGA LEBIH MURAH


Bagi pembelian baju sekolah anak-anak untuk tahun persekolahan 2022, tiga orang anak makcik bersekolah di sekolah rendah manakala seorang anak makcik sudah berada di sekolah menengah... berikut adalah range harga secara kasar apa yang makcik dah dapatkan kat Pusat Pakaian Hari-Hari (makcik tak senaraikan semua):
Kasut sekolah (primary) : RM19.90
Kasut sekolah (secondary): RM39.90
Stokin sekolah (pendek): RM7.90
Tudung sekolah: RM11.90 - RM12.90
Tudung awning: RM5.90 - RM9.90
Pakaian dalam: RM5.90 - RM9.90
Baju sekolah (8 tahun) sepasang: RM 36.90
Baju sekolah (10 tahun) sepasang: RM38.90
Baju sekolah (12 tahun) sepasang:RM45.80 (Lelaki kira piece by piece)
Baju sekolah (14 tahun): RM47.90

Based on harga yang makcik senaraikan tu memang murah kan harga yang ditawarkan di Pusat Pakaian Hari-Hari?... yang paling best adalah kainnya tebal dan jahitannya kemas... makcik ni dah la cerewet sikit bab-bab jahitan ni... bukan apa, kalau asyik dok nak alter jahit semula baju ke seluar ke yang tertetas je jahitannya, tak berbaloi la kan... masa testing baju pun anak-anak makcik kata, sedap pakai baju tu, selesa... tu yang makcik grab terus tu... tak cari lain dah... oh ya, kali ni makcik beli baju sekolah jenama Jone & Jeny, memang terbaik!... hehehehe...


5) SUSUNAN BARANG TERATUR DAN KEMAS


Makcik memang suka bila pergi ke sesuatu kedai, tak kisah la kedai apa pun TAPI teratur dan kemas... sejuk je mata memandang... nak cari barang pun senang kan... apa yang makcik suka dengan outlet Pusat Pakaian Hari-Hari yang makcik pergi haritu adalah, seksyen memilih saiz baju sekolah diletakkan di hujung kawasan rak... ini memudahkan pelanggan memeriksa dan memilih saiz mana yang dikehendaki dengan lebih mudah... 

Bahagian stok pakaian pula diletakkan sedikit ke hadapan daripada kawasan pemilihan saiz... rak tersebut sentiasa penuh dan ini membuatkan makcik sebagai pelanggan berasa selesa dan tenang je memilih saiz dan jenis baju sekolah yang dikehendaki... tak bersesak-sesak... ini yang paling penting kan... walaupun membeli-belah kelengkapan persekolahan, SOP tetap dijaga...


6) PEKERJA PERAMAH DAN SENTIASA BERSEDIA MEMBANTU


Makcik perasan pekerja di Pusat Pakaian Hari-Hari memang telah dilatih dengan bagus... mana taknya, sepanjang masa berada di sana, makcik kerap mendengar 'SELAMAT DATANG KE PUSAT PAKAIAN HARI-HARI, APA YANG BOLEH SAYA BANTU?' something like that la... mereka sentiasa bersedia di lokasi dan memberikan bantuan sekiranya diperlukan... macam haritu, lepas dah cari dan pilih pakaian yang dikehendaki mengikut saiz, anak-anak makcik terus ke bilik persalinan untuk cuba... bila dah confirmed selesa, makcik terus bagitahu kat pekerja tersebut dan mereka terus bagi sekali bakul untuk memudahkan kami membeli-belah...

Bagi makcik, macam tu memang bagus, bukan apa, kadang-kadang, pelanggan ni (makcik le tu) bila masuk kedai memang tak expect akan ambil barangan lebih daripada satu... jadi, memang jarang akan ambil bakul siap-siap... jadi, apabila dibantu sebegini, memang perasaan nak membeli-belah tu semakin melonjak-lonjak gitu... hehehehe...

7) BOLEH BUAT PERTUKARAN


Antara masalah yang sering berlaku apabila kita membeli apa-apa barangan pun adalah defect atau tidak muat (tidak sesuai) dikenakan... di Pusat Pakaian Hari-Hari, para pelanggan boleh membuat pertukaran sekiranya saiz pakaian yang dibeli adalah terlalu besar atau terlalu kecil... pertukaran boleh dilakukan dalam masa 7 hari dan pastikan tag harga item masih belum dicabut dan resit asal masih ada...

TERBAIK!


So, ibu-ayah dah settle ke kelengkapan sekolah untuk anak-anak?... sempat lagi kalau nak beli online untuk mendapatkan potongan harga tau... Kempen BTS kan sampai 31/03/2022... kalau nak beli secara fizikal, korang boleh klik kat sini untuk check senarai lokasi Pusat Pakaian Hari-Hari...

Marilah Pergi Hari-Hari!

Selain daripada kelengkapan sekolah, pakaian harian pun ada tau kat sini:
1) Pakaian bayi.
2) Pakaian kanak-kanak.
3) Pakaian dewasa.
4) Pakaian dalam.
5 Pakaian sukan.
6) Beg galas.
7) Banyak lagi.

Jadi, apa tunggu lagi? 

Untuk maklumat lanjut layari:


Marilah Pergi Hari-Hari!

#KBBA9XHariHari #kbba9 #kelabbloggerbenashaari #backtoschool2022 #backtoschool  #pusatpakaianharihari #MarilahPergiHariHari #BajuSekolah #HariHariSekolah

xoxo

Post a Comment

12 Comments

  1. Fuhh kejap je dah nak masuk musim tahun baru persekolahan. 21 March minggu depan aje! Akak pun mencari pakaian sekolah untuk 2 orang anak akak. Semuanya akak dah survey, harga memang lebih kurang je baik jenama Hari-hari atau yang femes di luar sana. So, akak melihat pada kualiti kain pula. Lebih mudah ke kedai supaya anak-anak boleh cuba. Al-maklumlah badan membesar dengan jayanya kannn. Hahahaha. Happy Back To School! Jom jahit lencana plak. wuwuwuw.

    ReplyDelete
  2. Memang berbaloi kan shopping kat Hari-Hari nie - dah semacam one-stop centre dah. Kalau ada kat Sibu, Sarawak, Rawlins dah usulkan my sisters beli kat sini je senang

    ReplyDelete
  3. Mudah, semua kelengkapan dalam satu kedai kan, adik-adik Sis pun belanja barang sekolah anak pun di Hari-Hari ni haaaa.. murah dan berbaloi...

    ReplyDelete
  4. this place makes it so easy to parents to shop for everything they need for their children under one roof! the prices are also pretty reasonable!

    ReplyDelete
  5. Wah harga dia memang jimat dan banyak pilihan juga. Nanti ak check out their outlets.

    ReplyDelete
  6. Ini one of my favourite place to shop bila nak buat preparation for school reopening dulu2.. senang sebab semua ada under one shop kan.. tak perlu kesana kesini dah.. Sampai sekarang pun shop here juga untuk product lain, especially my grandma punya pants... :)

    ReplyDelete
  7. pusat pakaian hari2 tempat fav kita juga.. suka ke sini sebb ada banyak pilihan baju sekolah yg ada. harga sangat berpatutan pulak tu

    ReplyDelete
  8. Pusat Pakaian Hari Hari ni memang always pilihan parents sebab murah murah.

    ReplyDelete
  9. Memang murah berbelanja kelengkapan sekolah kat sini kannnn? Kak Nina dah belas tahun shopping baju sekolah kat sini. Puashati!

    ReplyDelete
  10. Senang ada kedai mcm ni..sekali harung ja beli semua kan kak..xda ka kena ke sana sini

    ReplyDelete
  11. Memang berbaloi shopping baju sekolah dah kelengkapan lain di Hari Hari. Every year memang pergi sini jer.semua ada.mudah!

    ReplyDelete
  12. Wowo....love the many varieties and choices to choose from whenever prepare for kids to back to school. Yeah!! Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete