FESTAKA - PEWARIS SENI MENCORAK GENERASI


Pada tanggal 16 April 2017 yang lalu, sekali lagi kumpulan tarian Sri Assunta telah menyertai pertandingan tarian anjuran Asrama Kinabalu, Universiti Malaya... penyertaan di dalam Festival Tarian Kanak-kanak ini amatlah bermakna dalam membentuk jati-diri juga keyakinan para peserta sewaktu be rada di atas pentas... penari-penari cilik yang mempunyai iltizam yang tinggi ini haruslah diberikan peluang untuk menyertai pelbagai acara mahupun pertandingan di masa hadapan...


Seawal jam 5:30 pagi pada tarikh 16 April 2017 itu, para penari telah tiba di tapak pertandingan untuk bersiap sebelum acara bermula pada pukul 10:00 pagi... kesungguhan para penari amatlah dihargai kerana sedari kecillah sikap juga tabiat dapat dibentuk... bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya...


Adik cilik Nuha juga tidak ketinggalan untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah-bagi kepada kumpulan Sri Assunta... inilah bakal pelapis yang diharap dapat juga dicungkil bakatnya... 


Barisan penari cilik Sri Assunta yang tidak jemu dipandang mata...


Semoga bertemu lagi di acara dan pertandingan akan datang...


xoxo


Post a Comment

0 Comments