MENINGKATKAN MOTIVASI PEKERJA

Dan fajar membelah bumi
Seraya tiba mentari pagi
Bingkas kusarungkan wacana keilmuan
Yang terpancar dek persalinan harian
Sambil menunggang kuda besiku
Sabar mengharung bah bandaraya
Menjadi santapan helaian nota
Beserta ketundukan pada tuannya

Di era ini
Kita tidak lagi diperangi fizikal
Tetapi dihurungi mental dengan ismnya
Kemajuan digapai dalam kemundurun
Yang tidak terlihat dek hati yang buta
Kitalah babu hamba semesta
Terus berpaksi harta simbol kebijaksanaan

Zaman keriangan alam kanak-kanak
Menjadi omongan orang tua dalam penceritaan
Betapa nilai kemanusiaan dijaga ditatang
Sedarlah untuk terus berubah
Berubah bukan untuk kesekian kalinya
Berubah untuk seantero umat manusia
Agar kelangsungan mandiri bisa terjaga
Di bumi bertuah tanah air tercinta


Setelah sekian lama tidak mencoretkan bait-bait kata, hari ini, tergerak hati nak membicarakan berkenaan beberapa cara untuk meningkatkan motivasi pekerja... well, asyik-asyik motivasi, asyik-asyik motivasi... takde benda lain ke?... memanglah kena selalu bagi motivasi ye semua... untuk mengingatkan satu sama lain demi kesejahteraan minda, jiwa dan raga... berapa ramai pekerja yang usai beberapa tahun perkhidmatan menghidap pelbagai jenis penyakit yang melibatkan tekanan?... agak ramai dan membimbangkan jumlahnya ya uolls sekalian...

Jom kita senaraikan beberapa tips yang boleh sedikit-sebanyak diamalkan bagi membantu kita semua untuk menjadi staf atau pekerja yang bagus, bermotivasi dan selalu setia untuk berjuang demi memberikan hasil kerja yang berkualiti...

Para majikan mungkin boleh mengambil kira tips-tips berikut dan pertimbangkan untuk meningkatkan motivasi pekerja agar mereka terus gembira untuk berkhidmat di bawah perusahaan anda...


Tips 1: Suasana tempat kerja


Suasana tempat kerja yang selesa akan mempengaruhi pekerja untuk berfikir secara efektif semasa menjalankan tugas... ia tidak memerlukan tempat yang luas atau peralatan serta perabot yang mahal... sebaliknya, susun atur yang ringkas dan sedap mata memandang dengan dekorasi yang ringkas sudah cukup untuk membuatkan pekerja berasa nyaman untuk bekerja... hubungan yang positif antara pekerja dengan pekerja yang lain juga memberikan impak yang besar terhadap pekerja... oleh itu, untuk memperoleh suasana kerja yang positif, terlebih dahulu, positifkan suasana antara satu sama lain... harus diingat, pekerja tidak berhenti kerana ingin meninggalkan kerja mereka tetapi 99.99% pekerja meninggalkan pekerjaan mereka kerana tidak boleh lagi bertoleransi dengan keadaan sekeliling...

Tips 2: Agih tugas ikut kemampuan dan minat


Tidak semua tugasan itu sesuai untuk semua orang... kerja A mungkin sesuai untuk pekerja B manakala kerja C mungkin sesuai untuk pekerja A... anda perlu bijak menilai kelebihan dan kekurangan perkerja anda... saling-lengkap-melengkapilah... tapi, jangan pula mengambil pandangan orang tertentu tanpa melihat sendiri kebenaran kata-katanya... (berbalik kepada Tips 1)... anda perlu mengagihkan tugas yang ada mengikut kemampuan dan minat pekerja anda dengan baik... di sinilah terletaknya kepentingan sesi temuduga diadakan ketika mahu mengambil mereka bekerja... tanyakan kepada mereka pengalaman, minat dan juga kelulusan yang mereka ada... di situ anda dapat melihat potensi yang ada pada diri mereka dan lihat juga posisi yang dipohon mereka itu sesuai untuk mereka atau tidak...


Tips 3: Kemudahan untuk pekerja


Hal ini kadangkala dipandang enteng... namun, ia merupakan antara ciri-ciri yang dititik-beratkan oleh pekerja... pekerja sangat menghargai majikan yang prihatin akan keperluan mereka... sediakan tempat khusus untuk mereka solat atau berehat untuk makan... takkan la setakat kopi, milo dan teh pun majikan tak boleh sediakan kannnn... pekerja akan berasa bahawa kebajikan mereka terjaga dengan adanya perkara seperti ini... motivasi mereka akan terus meningkat apabila mendapat tempat mencari rezeki yang punya kemudahan sebegini...

Tips 4: Menyediakan keperluan lengkap


Sebaiknya, sediakanlah peralatan yang bagus untuk pekerja anda... sekiranya kerja tersebut memerlukan komputer untuk berurusan, sediakanlah komputer yang sesuai, bukanlah komputer lama yang slow loadingnya... jika anda menyediakan alatan untuk bantuan kerja yang lain, sediakan yang baru dan tukarlah peralatan yang rosak dengan kadar yang segera... dengan ini, barulah pekerja anda dapat menjalankan tanggung jawab dengan selesa dan gembira...
 

Tips 5: Mengatur waktu kerja


Had masa kerja turut menjadi suatu hal yang pastinya diambil-kira... sudah tentulah pekerja tidak akan dapat bekerja 24 jam tanpa henti... maka, suatu aturan yang khusus berkaitan dengan waktu kerja haruslah dirangka dan diwar-warkan agar para pekerja tahu akan ketetapan yang telah dipersetujui untuk mereka patuhi...

Cukuplah dulu setakat ini ya... kita berjumpa lagi di lain masa... daaa...

xoxo

Post a Comment

0 Comments