KALAU ORANG TAK SUKA KITA

Definitely some points to ponder...

Adakala kita terfikir… kita mungkin tidak pernah menyusahkan hidup sesiapa, kita mungkin tidak pernah menganggu hidup orang dan tidak pernah pula membenci atau menyakiti mereka... namun tiba-tiba sahaja mereka membenci kita... berkata-kata buruk tentang kita di belakang dan mengaturkan pelbagai strategi untuk menyakitkan hati kita...
  
Sebagai manusia biasa, kita tidak akan terlepas dari mempunyai kekurangan pada diri... mungkin pada cara kita bercakap, mungkin pada cara kita berjalan, mungkin pada mata, mulut, hidung dan seumpamanya yang menyebabkan ada sesetengah orang tidak suka, benci dan meluat melihat kita...


Jika mereka tidak berbuat apa-apapun mereka akan cuba melarikan diri dari kita... seolah-olah kita ini makhluk yang aneh atau manusia yang tidak berguna, tidak perlu mendekati orang seperti kita... keadaan yang diceritakan ini semakin menjadi-jadi apabila perbuatan masing-masing mula dizahirkan dalam Facebook...

Saya melihat ramai kawan-kawan yang me’remove’ kawannya yang menyakitkan hati... hampir setiap hari juga saya melihat kenalan Facebook memaki-maki, marah dan menulis status-status berkaitan dengan orang yang dibenci dan orang membencinya... apa sudah jadi dan apa yang harus kita lakukan?

Berfikir Dan Renung Sejenak…

Muhasabah diri... adakala sikap orang adalah cermin kepada sikap kita sendiri... mungkin kita rasa kita tidak menyakiti hati orang, tetapi orang tetap terasa sakit... carilah kelemahan pada diri yang mungkin kita terlepas pandang dan perbetulkan kembali... bertenang dan jangan membalas kebencian mereka dengan terus membenci mereka...
 
Seandainya kita sememangnya tidak melakukan kesilapan, kenapa mahu bersedih?.. Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang benar... jika mereka membenci kita dan menyakitkan hati kita, itu dosa mereka... kita tak rugi apa-apa, yang perlu kita sedih bukan sebab mereka membenci kita tetapi jika kita membenci orang dan cuba menyakitkan hati mereka... kerana perbuatan itu akan membuatkan kita hampir dengan dosa...

Cukuplah Berbakti Kepada Orang Yang Wajib...

Jika kita punyai kawan yang menyakitkan hati, abaikan sahaja dirinya... cukuplah berbakti kepada orang yang kita perlu taat seperti ibu ayah, taat suami bagi seorang isteri dan taat kepada Allah sebagai seorang manusia... mereka yang tidak tersenarai dalam rantaian kewajipan kita untuk taat itu kita boleh abaikan sahaja...
1) Biarlah semua kenalan menolak kita yang penting kita jaga suami kita dengan baik.
2) Biarlah kawan-kawan meninggalkan kita yang penting kita tidak meninggalkan keluarga.
3) Biarlah seluruh kaum keluarga memulaukan kita yang penting kita tidak memutuskan tali silaturrahim.
4)  Biarlah seluruh umat menyakitkan hati kita yang penting kita tidak menyakitkan hati Allah.

Kebahagiaan terletak dalam hati... ia bergantung kepada kepercayaan kita... seandainya kita percaya bahawa dipulaukan orang adalah suatu yang menyedihkan, maka hidup kita akan terseksa... namun seandainya kita faham bahawa perbuatan terkutuk mereka dapat menyumbangkan pahala yang banyak untuk bekalan akhirat, kita akan bahagia... biarlah manusia yang leka dengan sandiwara dunia dengan sikap buruk mereka, yang penting jangan kita bersikap buruk pada mereka kerana hidup kita untuk mencari kebahagiaan di sana... bukan melayan persengketaan yang sia-sia...
Orang tak suka
“Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resah dan takutlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.” – Imam Al-Ghazali

CREDIT TO => Wan Muhd Ali

xoxo

Post a Comment

0 Comments