Sunday, July 21, 2019

DUBUYO KOREAN URBAN FOOD - REVIEW



Gaissss... dah agak lama weolls tak update berkenaan product review kannnn... okay, hari ni jom kita update sikit berkenaan product review... the spot that we went over was Dubuyo at iOi Mall... we were planning to go for a movie last night but was not having any ideas in mind on where would we want to dine... we strolled around the entire mall while searching out on stalls and boutiques which sell BTS merchandises... well, our eldest is so into k-Pop (most of the kids do... kannnn)... sambil jalan-jalan cari makan dan jalan-jalan cari barang tu, perut pun mulalah berkeroncong, berska, berheavy metal bagai... lapar sehhhh...


Dari TeAlive ke Mcdonalds ke Auntie Annie's ke Pizza Hut... last-last aku terfikir macam nak makan kat Nando's... dah lama bebeno rasanya tak pergi Nando's chuolls... last rasanya zaman sebelum ada anak wei... lamaaaa sungguh tu... it was like 10 years back... so, all of us went over to the ground floor dengan penuh bersemangat... finally masa sampai kat depan Nando's tu, Kaisah ternampak Dubuyo dan terus suggest untuk weolls makan kat situ... aku pergi kat kaunter yang biasa diorang letak menu tu dan go through la menu yang ada... and guess what gaissss, harganya nampak agak berpatutan untuk set yang aku fikirkan sesuai untuk kami sekeluarga iaitu set for 3-4 dengan harga RM98++ kot kalau tak silap...


Yang pasti, ia bertentangan dengan Nando's dan bersebelahan dengan Seoul Garden... anyhow, jom sambung celoteh okay... aku pun order la set untuk 3-4 orang... memula tu tak pasti cukup ke tak sebab kami sekeluarga berjumlah 6 orang... however, sebab baru nak try kan, so aku try je set yang tu... dengan 4 lauk-pauk, 4 nasi, 4 sup yang ditambah dengan 3 banchan juga dessert plus air teh barli atau green tea... aku tambah nasi lagi 2 dan air kosong 3...





Lebih kurang ginilah set yang ada kat dalam buku menu tu... masa order tu aku memang tanpa segan-silu tanya je kat waitress yang amik order dan guess what gaissss, she was so helpful... sangat bagus chuolls waiters and waitresses kat situ... senyuman manis sentiasa lekat di bibir... kita yang tak faham bahasa Korea ni dok tanya itu-ini pun dilayan dengan sangat mesra... seriously thumbs up for the entire team of Dubuyo iOi Mall... memang confirm kami akan datang lagi insyaAllah... my hubby yang merupakan pengguna tegar delivery food services pun terus bersemangat cari macam mana kalau nak order for the delivery to be made straight to our home sweet home... and this is what we found out...


Untuk chuolls yang nak makanan ini dihantar straight ke pintu rumah, bolehlah gunakan perkhidmatan ini tau... only that Food Valet hanya available di Kuantan sahaja tau... yang lain tu chuolls boleh check it out di apps tu sendiri ya...


Kat belah kanan tu ada Dragon-i (chinese cuisine) dan kat sebelah kiri tu adalah Nando's ye... sementara menunggu makanan sampai, macam biasalah, selfie dan wefie je lah kerjanya kannnn... hihihihi... tapi kan, takde la lama sangat pun makanannya nak sampai... selfie sekejap, dah sampai makanannya... ni makanan yang kami order ya... spicy topokki, chicken bulgogi, pa-jeon, dakbogi yang lain tak ingat namanya... hahahaha...


Jeng jeng jeng... ini antara makanannya ya gaisss... alhamdulillah sedap dan tidak rugi dicuba... when we were looking into the price memang okay sangat sebab untuk satu keluarga 6 orang yang memang masa datang tu agak kelaparan sangatssss for me it worth it... jumlah keseluruhan selepas ditambah dengan harga additional item tu together with the service charge was RM107.00... kiranya kalau dibahagi dengan 6 orang, harga untuk seorang adalah RM17.83... berbaloi ke berbaloi?... 


Ni lagi haaaa... memang nampak macam sikit ye chuolls tapi ya Allah hai... siap boleh bungkus bawak balik ye... tak habis kami berenam makan... anak-anak memang suka sangat lah spicy topokki tu... order yang less spicy kalau ada bawa anak-anak ya... well, kalau dah biasa makan pedas, okay je kalau nak normal spiciness taste... weolls haritu semua kami minta less spicy, untuk parents kalau nak lagi power ke'spicy'annya boleh minta chilli paste... bertambah umpphhhh rasanya... well, most of the foods taste are actually quite similar to our cuisine... kira lebih-kurang je tapi yang membezakannya ialah penggunaan bahan di dalam resepi tersebut... contohnya macam spicy topokki tu, guna fish cake dan rice cake... thus, ada difference in the taste lorrrr... kannnn... basic ingredient macam bawang merah, bawang putih, halia, cili tu of course terasa within each of every recipe tu... kiranya masakan masing-masing memang ada suatu rasa yang membezakan suatu cuisine dengan cuisine yang lain...


Muka puas hati lepas makan... hahahaha... next time, insyaAllah boleh pergi lagi kat Dubuyo ni... waktu tu kami nak amik set untuk 2-3 orang je disebabkan takut nanti tak habis makan macam semalam... so, chuolls peminat makanan Korea, bolehlah cuba makan kat Dubuyo okay... ni kat bawah ni ada list location restoran tersebut ya...


Ni link untuk ke website diorang ye chuolls...

So, gaissss, jangan lupa untuk pergi try makan tau kat Dubuyo...
annyeonghaseyo ;)

Nota kaki: dah nama pun review, kompomla tak keluar RM pun... direimburse semula ya... memang ayat atas tu macam hamboi hamboi hamboi... makan kat luar sokmo ye... bukan gitu... diberi pilihan untuk makan di mana (kira macam projek la) ala-ala kerja part-time gitu... haaa... jadik tukang review... gitu kekdahnya... pastu diberi siap-siap wangnya... balance bagi balik selepas ditolak part-time fee yang diberi...

xoxo

26 comments on "DUBUYO KOREAN URBAN FOOD - REVIEW"

Fadima Mooneira on September 13, 2019 at 10:31 PM said...

Yah-Huu-huu!!!!!!!!! Me also love dining at Dubuyo. Serving dia memang matshida-licious. Thank you for sharing. Have a good weekend and Salam hari Malaysia.

Cik Min on September 13, 2019 at 11:34 PM said...

Pernah makan kat Dubuyo tapi tekak tak berapa nak kena sbb maybe pernah rasa makanan korea yg lebih sedap. Tp ok la hehehe

adlinatasya on September 14, 2019 at 1:43 AM said...

Enjoynuaa weekend tuu. Nice, i pun memang suka makan dekat dubuyo! Faveret tiap kali nak makan topokki

budakbandunglaici on September 14, 2019 at 7:15 AM said...

dah lama BBL tak pergi makan kat Dubuyo.. eh ada promosi sekarang eh.. cuti weekend panjang ni boleh la ajak si housemate datang makan sini. tetiba craving pulak dah haha

Aerill Hassan on September 14, 2019 at 8:37 AM said...

Tak pernah lagi makan dkt Dubuyo. Teringin juga tapi belum ada rezeki nk singgah. In shaa Allah suatu hari nnti nk cuba lah. Terima kasih share yaa

Qaseh Dalia on September 14, 2019 at 10:30 AM said...

Pernah makan sini, sedap tapi husband tak minat sangat

aliah syafiqah on September 14, 2019 at 11:14 PM said...

hari tu nak try, tapi tak jadi, tapi tula, kena cari kawan yang minat makanan korea, baru syok makan sama. Dah banyak dah kedai makanan korea kat malaysia ni. Harga pun reasonable. Gonna try soon ajak family makan sekali.

Mahamahu on September 15, 2019 at 8:22 AM said...

Banyak makanan kat Dubuyo ni memang best dan menarik makanan Korea lak tu kita tak pernah makan lagi kat sini. Semua memang best lah kalau dapat semua ini hehehe nanti nak pergi juga lah...

mek yunie on September 15, 2019 at 10:27 PM said...

nampak sedap je semuanya. rasa macam ada jugak je kedai ni kat kelantan tapi mek tak pernah try. elok jugak ni ajak kawan kawan makan.

Red Linda on September 25, 2019 at 9:59 PM said...

makanan korea, pedas x?nmpak dlm menu tu mcm pedas.

sarat dengan bijan.terbayang kuih bom yg ada bijan tu, leh geng skali la kot.hehe

Nuna Abdullah on September 25, 2019 at 11:55 PM said...

sedapnya,memang best dubuyo.nuna memang suka dan peminat makanan korea.lepas ni boleh cuba

Muhammad Naim Abdullah on September 26, 2019 at 1:11 AM said...

Wah macam menarik ja semua makanan di atas ini. Semua nampak tak sabar nak nikmati semua makanan hehe

Farhana Jafri on September 26, 2019 at 2:37 AM said...

tak berapa suka sangat dubuyo ni sebab dobukki dia tak sedap. Ada certain dish yang sedap tapi tak tahu la semua tempat ada ataupun tak. Lepasni try la mr dakgalbi

Dilah on September 26, 2019 at 8:45 AM said...

Tak pernah lagi try makan kat Dubuyo.. maybe next time boleh try.. anak dara saya pun suka sangat kpop.. budak2 skrg yg kecik2 pun dah minat kpop kan.. haha

apekinahdotcom on September 26, 2019 at 10:40 AM said...

Tak pernah lagi makan kat Dubuyo ni. Ada keinginan tapi tekak suami tak boleh nak go makanan korea. Kena cari geng baru boleh makan kat sini huhu. Sedapnya....

Ann Noura on September 26, 2019 at 6:26 PM said...

Tulah haritu pun bwk anak2 buah jalan2 order set lunch yg harga rm8+ kot. Xsure ada lagi tak promo tu. Murahh n sedap mmg berbaloi sgt2!

adianiez AIDA on September 26, 2019 at 6:36 PM said...

seriously, aida x pernah lagi masuk restoran korea tau :) ha ha ha ha
kolot kan?
teringin. tapi mcm tak reti nak oder apa hu hu hu hu...
lagipun kat melaka ni, tak byk restoran korea yg berdekatan.
tapi ok la.
dlm ni pun ada contoh makanan yg best utk dioder. tq for sharing.

Marina Bashah on September 26, 2019 at 6:57 PM said...

Tak pernah lagi cuba dubuyoni. Macam best je. Nanti bolehla cuba

Fadzi Razak on September 26, 2019 at 8:01 PM said...

Tak pernah lagi try dubuyo ni. Padahal ramai dah kawan kawan yang share pasal dubuyo. Not bad jugak makanan diaorang offer tu.

Slumber Lady on September 26, 2019 at 11:48 PM said...

dah lama tak makan dubuyo. makanan dia memang boleh tahan. dan memang waitress diorang sangat membantu. yelah, makanan korea ni bukan makanan harian kita, nak memilih tu kena tahu juga apa benda sebenarnya. hehe. ish, terasa nak ajak suami makan dubuyo pulak. haha

Rubiah Kadir on September 27, 2019 at 7:17 AM said...

Di IOI Puchong, dekat juga dgn Ruby. Ruby pun di Puchong, tapi tak pernah merasa lagi makanan di dubuyo ni. Hehehe

Ok harganya, boleh makan ramai²

Faridah Daik on September 27, 2019 at 7:43 AM said...

tak pernah lagi makan kt Dubuyo ni..actually tak pernah hayat lagilah masuk kedai makanan korea. ntah boleh masuk tekak tak makanan korea ni.hihi.

Decamellia on September 27, 2019 at 2:23 PM said...

Sedapnyaaa tengok menu tu semua. Nur belum pernah makan kat Dubuyo lagi. Paling2 pun makanan Korea pernah makan dkat K-Fry tu jela. Maklumlah suami kita bukan seleranya kat situ. Boleh laaa ajak kawan2 makan 🤣

Aerill Hassan on September 28, 2019 at 7:14 AM said...

Setakat ni belum pernah lgi ke dubuyo ni. Selalu jugak nmpak dekat mall2 besar. Tapi tulah, selalu makan dkt tempat yg familiar. Lepas baca review ni, bolehlah try nnti. Hehhe

Wan Syahida on September 28, 2019 at 9:33 AM said...

Sejujurnya saya tak pernah langsung merasa apa2 makanan korea kecuali kimchi je lah. Takut rasa nak terjah masuk restoran korea. Takut tak halal. Kahkah. Kimchi je saya pernah rasa bila kakak bawa balik drpd Korea. Sedap , memang sedap. By d way, good review on Dubuyo! One day leh la cuba!

AyuArjuna BiGoshh on September 28, 2019 at 4:08 PM said...

sedapnya makanan kat sini..pernah cuba sekali mmg puas hati...tapi satu masa dululah..sekarang lama dah tak terjah restoran korea...alamak tba2 rindu kimchi huhuhu

weolls @ connected

weolls @ popular posts

weolls @ world

weolls @ labels

 

All About Us Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates