Teringat zaman kat USM masa dok ralit layan novel-novel yang cenggini... memang best novel Kau Yang Satu karya Nia Azalea ni... novel ni adalah antara novel yang 'don't judge a book by it's cover'... seriously, bila tengok cover buku ni mungkin tak ada feel yang ceritanya akan se'catchy' mana...
Kisah bermula masa my better half and myself time tu masih dalam zaman eh, tolong la jangan asyik nak call hari-hari boleh?... kiranya macam fasa masih belum ada kuch kuch hota hai gitu... then, he had bought this novel and so called hadiahkanlah kat aku yang bergaya tom-boy nih...
Alkisah, Datuk Mustaza telah ditimpa bencana di tengah lautan ketika memancing di Laut China Selatan... dek bencana itu, beliau kemudiannya telah diselamatkan oleh seorang nelayan bernama Sulaiman... keikhlasan dan kebaikan Sulaiman sekeluarga telah menambat hati kecil Datuk Mustaza... sikap Salina, anak Sulaiman yang berbudi-bahasa dan bersopan-santun telah benar-benar mencuit hati Datuk Mustaza... beliau berhasrat untuk menjodohkannya dengan Taufik bagi membalas budi mereka kepadanya...
Setelah Datuk Mustaza menyuarakan hasrat murninya, Taufik telah menentang keras tindakan ayahnya kerana dia sudahpun mempunyai kekasih iaitu seorang model terkenal bernama Isabella... pada masa yang sama, Salina juga sudah mempunyai teman lelaki bernama Zulkifli yang merupakan anak ketua kampung di kawasan kediamannya...
Benarlah
kata pujangga, kalau dah jodoh tak ke mana... tiada siapa yang dapat menghalang
jodoh di antara mereka dan mereka disatukan juga walaupun masing-masing
bergelojak amukan tentangan di dalam hati dan perasaan... setelah
disatukan, mereka hidup ibarat orang asing, seperti ajnabi di dalam ruang masa
dan emosi masing-masing...
Setelah
sekian lama tinggal serumah, akhirnya Taufik kecundang dalam egonya sendiri...
bibit-bibit kasih dan sayang tumbuh tanpa disedari oleh kedua-duanya... keadaan
bertambah tegang dengan kehadiran Zulkifli yang berkerja di syarikat milik
Taufik yang mana telah menyemarakkan api cemburunya... hal ini telah
menyebabkan Taufik mencuba sehabis-baik untuk menambat hati Salina agar
isterinya hanya akan mahukan dia walau apa keadaan sekalipun...
Sememangnya mereka telah ditakdirkan untuk hidup sebagai sepasang suami-isteri... apabila telah bersedia, Salina pun menerima cinta suci Taufik... maka mereka pun melayarilah bahtera cinta yang baru terbina dengan bahagia dan gembiranya... hari-hari yang dilalui terus meninggalkan kenangan terindah dalam hidup kedua-duanya bak mempelai yang baru disatukan...
Namun,
panas yang diharapkan hingga ke petang rupanya telah mengundang hujan di tengah
hari... dalam hangat menyemai kasih-sayang yang tidak terperi, Isabella telah
muncul dalam kehidupan mereka... musibah yang dibawanya amat berat untuk
dipikul oleh Salina mahupun Taufik... Isabella telah membuat onar dengan
mengatakan bahawa dia hamil dan ia merupakan hasil kasih-sayang Taufik bersamanya...
hal ini telah memberikan tamparan hebat kepada pasangan suami-isteri yang
sedang hangat memadu kasih ini... Isabella sedia maklum bahawa Taufik tidak
pernah menyentuhnya ketika mereka bersama dahulu, namun niatnya untuk
menyaksikan rumahtangga behagia ini berantakan telah mendorongnya untuk
melalukan perkara yang amat memalukan ini...
Seluruh keluarga menyalahkan Taufik dan meminta penjelasan terbaik bagi kekecohan ini... Taufik berasa amat tertekan... dia buntu apabila isteri tercinta juga sudah tidak mempercayainya lagi... tiada siapa yang mempercayainya termasuk seluruh keluarga... Taufik berasa keseorangan kerana tiada langsung peluang yang diberikan kepadanya untuk membela diri daripada penipuan yang telah dilakukan oleh Isabella ini...
Lalu, dengan lara di hati... bersama rasa kecewa yang teramat, Taufik membawa diri ke luar negeri... biarlah dia sendiri memujuk hati... tiada siapa yang sudi memahaminya kini... tiada siapa pun yang ingin mengubat laranya yang telah difitnah tanpa usul-periksa...
Akhirnya, dengan kesabaran... kebenaran yang diingini pun terungkai... dengan
kekesalan yang membuak-buak, Salina sedar kini akan keterlanjurannya yang
menuduh Taufik tanpa usul-periksa... dia telah termakan fitnah yang sememangnya
ditujukan kepada suaminya yang telah berubah menjadi seorang suami yang
setia... Salina yang berasa kesal terus berusaha untuk menjejaki suami
tercinta...
Walaupun
Salina akhirnya berjaya menemui suami tercinta, namun, bukanlah semudah itu untuk
memujuk hati Taufik untuk memaafkan keterlanjurannya yang menuduh tanpa
usul-periksa... Salina yang sarat mengandung berusaha sedaya-upaya memenangi
hati suaminya walaupun Taufik tetap mempertahankan egonya... walau
bagaimanapun, rasa kasih dan belas sorang suami telah melembutkan hati Taufik
untuk memafkan isterinya... maka, Taufik pun menepis egonya demi kebahagiaan
mereka di masa hadapan...
0 Comments