PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEJARAH MALAYSIA 2017 - 31/10/2017

<Credit to Persatuan Sejarah Malaysia> Pertandingan ini mula dijalankan sejak tahun 70-an lagi sebagai salah satu aktiviti Persatuan Sejarah Malaysia. Ia pernah menjadi sebahagian aktiviti Kementerian Pelajaran khususnya Bahagian Sekolah yang menjadi urus setianya dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia. Walaupun demikian pertandingan ini ada masanya terhenti disebabkan ketiadaan sumber kewangan.
 
Pada awal 1990-an Persatuan Sejarah Malaysia diberi peruntukan khusus oleh Jabatan Perdana Menteri hinggalah sekarang. Sejak itu pertandingan ini dapat dijalankan setiap tahun. Dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, PSM menguruskan pertandingan ini dengan menghantar terus brosur pertandingan ke sekolah, menerima hasil karya dan menguruskan pemeriksaan serta menyediakan laporan berkaitan pertandingan ini. Brosur pertandingan akan diedar pada awal bulan April. Dengan kerjasama Jabatan Pelajaran dan pihak sekolah pemenang dari seluruh negara dijemput hadir menerima hadiah yang disampaikan dalam Majlis Perasmian Mesyarat Tahunan Persatuan Sejarah Malaysia.
 
 
 
Jom sertai selagi masih berkesempatan untuk menunjukkan rasa cinta kita terhadap sejarah tokoh juga tanah tumpah darah kita...
 
xoxo
 


3 Comments

  1. Sejarah is one of my favourite subjects back in high school times!!! Sense of nostalgia..

    ReplyDelete
  2. For this december ada x? Nak join kalau ada😆😅

    ReplyDelete
  3. Mable Maeve Seah => it was one of my favourite subject as well back then... an engineer who loves to read through Sulalatus Salatin... ;)

    Zulaika Hazirah => I am waiting for the information daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai... once dapat maklumat I will surely update ya... ;)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post