TAHFIZ DARUL QURAN IFTIFAQIYAH - KEBAKARAN


Pada mulanya, pada pagi Khamis 14/09/2017, aku dok sibuk dengan reports yang berlambak nak disiapkan untuk customers juga untuk further discussion... those kaki borak yang duduk within a radius close to me dok sok-sek sana sok-sek sini... well, sambil menunjukkan handphone memasing kepada satu sama lain sambil bising-bising... havoc okay, macam pasar...

Dek kerana aku very the busy... (dan sememangnya aku memang tak ambik port gossip-gossip murahan ni) aku teruskan sahaja dengan apa yang sedang aku lakukan... then, apabila dah tiba waktu untuk makan tengah-hari... sambil makan dan ON WhatsApp baru aku tahu pasal kejadian kebakaran nih... ya Allah... terkejut dan aku tak tahu nak gambarkan macam-mana perasaan aku pada waktu tu sebab ada antara mangsa yang berusia hampir sebaya dengan Thaqif... sedih, sayu dan pilu juga tidak dapat membayangkan bagaimana kesemua mangsa berhadapan dengan situasi tersebut... innalillahiwainnailaihirrojiun... 


Berikut adalah senarai nama mangsa yang terkorban dalam kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Dato Keramat, pada 14/09/2017 yang lalu:
1. Muhammad Danieal Md Amin, 14 
 2. Ahmad Rijal Mohammad Rodzi, 13 
 3. Muhammad Hasrullah Ismaik, 14 
 4. Muhammad Haikal Abdullah, 12 
 5. Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10 
 6. Muhammaf Fahmie Abdullah, 11 
 7. Muhammad Afiq Haqimie Hairulizwan, 11 
 8. Muhammad Aiman Ramzanudin, 12 
 9. Azkar Dariemi F. Zaska, 8 
 10. Nik Muhammad Ridzuan Bin Nik Azlan 
 11. Azkar Abiedi F. Zaska, 11 
 12. Umar Al Khatab Helmi, 6 
 13. Amiel Asyraaf Abd Rasid, 11 
 14. Muhammad Nizammudin Nasrun, 13 
15. Muhammad Hafiz Iskandar Sulaiman, 11 
 16. Muhammad Harris Ikhwan Mohd Sulaiman, 10 
17. Muhammad Taufik Hidayat Norazizan, 16 
 18. Ahmad Harith Adam Mohd Nor Hadi, 12 
 19. Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13 
 20. Muhammad Syafik Haikal Abdullah, 13 
 21. Muhammad Zattulah Roslan, 11 
 22. Mohd Yusuf Md, 26 (guru) 
 23. Mohd Amrul Nizam Sakarno, 25 (guru)

Di sini, aku ingin menyeru kepada semua agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan peristiwa sedih ini... sebaliknya, biarlah pihak berkuasa menyelesaikan siasatan dalam keadaan yang terkawal... sebarang anggapan akan hanya menyulitkan lagi keadaan...

Semoga perkara ini dapat dirungkaikan sebaik mungkin...

xoxo

Post a Comment

Previous Post Next Post