Assalamualaikum dan hai hai hai everything... kini kita kembali ke ruangan segmen ya... sambil makcik scroll ke atas, scroll ke bawah baca komen-komen, nah, makcik came across komen dari tuan punya blog berkenaan segmen ni... yeay, tau je makcik memang suka berukhuwah fillah together-gather dengan semua waima secara live mahupun di alam maya dengan tagline BERKAWAN BIAR BERIBU, BERKASIH BIAR SATU gitchewwww... betul ke betul gaissss?... hehehehe...
Dalam hidup ni, tiada siapa yang bisa lari dari keinginan untuk bersahabat betul tak?... yang membezakan hanyalah pendekatan, sikap juga cara masing-masing... sifat introvert dan extrovert juga mempengaruhi pergaulan kita sebagai manusia... memang ada beza gaissss... so, kalau korang tengok ada individu yang pendiam atau mungkin very outgoing, jangan cepat menilai tau... bukankah TAK KENAL MAKA TAK CINTA?... jadi, berkenal-kenalanlah dulu antara satu sama lain ya... dah kenal, barulah tau rupa-rupanya sama-sama masuk air, sama-sama perangai gila-gila... kan seronok... tak gitu?...
Okay, dalam proses nak mengenali hati-budi ni, pelbagai pengalaman yang akan kita lalui tau... jadi, kita perlulah berlapang dada dan menerima segalanya dengan hati yang terbuka... sekiranya kita berjaya melepasi segala cabaran dalam persahabatan, insyaAllah, SAHABAT SEJATI yang kita cari-cari dan dambakan selama ini telah ditemui... pengalaman makcik sendiri, kadangkala tidak semestinya seseorang itu perlu menjadi orang yang paling lama kita kenali, cukuplah sekadar dia merupakan seorang yang memahami, boleh bertolak-ansur dengan kita, menasihati kita sekiranya kita tersasar dari landasanNya dan menerima kita seadanya... itu pun dah cukup membahagiakan...
Eh, dok membebel pulak makcik ni... jom lah kita ramai-ramai meriahkan lagi segmen sahabat maya kita ini ya... syarat-syaratnya mudah sahaja, seperti di bawah ni ya:
1) Buat 1 entry bertajuk 'Segmen Bloglist PKPP at aziankhalildotcom'.
2) Letakkan gambar 'screenshot' blog aziankhalil.com ni dalam entri anda dan backlink ke entri ini.
3) Follow blog ini .
4) LIKE facebook page ini.
5) Letakkan link penyertaan anda dalam ruangan komen di entri ini.
Hadiahnya pun menarik gaissss:
5 peserta pertama komen link penyertaan akan masuk ke bloglist PKPP secara automatik sehingga 31 Ogos 2020.
5 peserta segmen lagi akan dipilih secara rawak untuk berada dalam blog list pada 1 Julai 2020
1 peserta akan dipilih secara rawak untuk memenangi 1 botol ' Mary Kay Eye Make Up Remover' yang bernilai RM64.
Apa tunggu lagi tu? Ajommmm join sama-sama jom... all the best ya semua...
xoxo
0 Comments