NAK TAHU KENAPA TAQABBALALLAHU MINNA WA MINKUM DISEBUTKAN?

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... sementelah kita berada dalam mood raya ni, makcik nak barsama-sama share dengan korang tentang kalimat yang seeloknya kita ucapkan apabila berjumpa atau berkunjung ke teratak keluarga juga sahabat-handai kita... dalam pada kita merayakan HARI RAYA AIDIFITRI PKP 3.0 ni, pertemuan yang berlaku di alam maya pun bolehlah diambil-kira sekali ya... maklumlah, kita semua kan tak dapat nak merentas daerah, inikan pula negeri tak gitu?... jangan buat main-main ya gaissss, seboleh-bolehnya, janganlah merentas daerah atau negeri selagi keperluan tu tidak emergency ya... kalau dah memang tak boleh nak elak, antara hidup dan mati tu memang kenalah juga pi ke balai polis untuk minta surat kebenaran kan...

Ini tidak, yang makcik tengok, tak yah tengok jauhlah, last week masa kita semua excited nak sambut Hari Kemenangan pada Aidilfitri yang mulia haritu, yang bujang trang-tang-tang pulak yang sibuk dok rentas negeri bukan rentas daerah ya, balik beraya kat rumah parents padahal masa sebelum COVID-19 menjelma sejak tahun lepas, masa time off day, takde pulak nak balik rumah parents selalu... dalam setahun ada la sekali dua... laaa nih, dok guna alasan kerja untuk travel tu... acaner?... memang kena tahan masa kat SJR suruh patah balik... pastu pakat la ramai-ramai dok pi mintak surat kerja dari majikan bagai... apply surat MITI bagai... seriously, tak faham apa yang mereka ni tak faham sebenarnya...tolonglah #kitajagakita... kalau dah semua dok ke hulu ke hilir guna tiket kerja... semua orang lain pun boleh lah guna tiket kerja untuk ke sana ke mari... kelonggaran yang diberikan telah diabused... sedih makcik tengok...

Kami yang duduk ontok-ontok tak ke mana-mana, raya pun dengan keluarga kecil kami, akur dengan SOP ni macam mana?.. dah la depa ni lepas balik kampung halaman, pastu balik untuk kembali bertugas, ada je berkeliaran di sekeliling kami... kalau depa ni pembawa macam mana?.. irresponsible dan selfish sangat kannnn... tu belum cakap part tidak mematuhi SOP lagi tu... tolong la buka mata hati sikit ya wahai manusia sekalian...


Orait, enough membebel, now let's move on to the real topic that we are focusing on ya... taqabbalallahu minna wa minkum adalah kalimat yang diucapkan sahabat Nabi ketika bertemu sahabat Nabi lainnya saat hari raya terutamanya semasa Aidilfitri...

Ertinya: Semoga Allah menerima (puasa dan amal) dari kami dan (puasa dan amal) dari kalian... 
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ 

 Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Fathul Bari menjelaskan, “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila bertemu di hari raya, mereka mengucapkan kepada sebahagian lainnya: taqabbalallahu minna wa minka.” Dari Habib bin Umar Al Anshari, ayahnya bercerita kepadanya bahawa beliau bertemu dengan Watsilah radhiallahu ‘anhu ketika hari raya, maka ketika ia mengucapkan kepada Watsilah, “Taqabbalallahu minna wa minkum,” Watsilah menjawab, “Taqabbalallahu minna wa minkum.” (HR. Ad-Daruquthni dalam Mu’jam Al Kabir)


Dari Syu’bah bin Al-Hajjaj, ia berkata, “Saya bertemu dengan Yunus bin Ubaid, dan saya sampaikan, ‘Taqabbalallahu minna wa minka.’ Kemudian ia menjawab dengan ucapan yang sama.” (HR. Ad-Daruquthni dalam Ad Du’a)

Demikianlah jawapan sahabat dan salafus shalih, ketika menerima ucapan taqabbalallahu minna wa minkum yang mana jawapan ini bersamaan seperti perintah Allah dalam Al Qur’an, “Jika kalian diberi salam dalam bentuk apa pun maka balaslah dengan salam yang lebih baik atau jawablah dengan yang semisal” (QS. An Nisa’: 86) Ucapan ini adalah doa, justeru itu, boleh sahaja jawapan diberikan ke atasnya dengan ucapan aamiin atau aamiin ya Rabb, boleh juga taqabbal ya karim (Kabulkanlah wahai Yang Maha Mulia).

 “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila bertemu di hari raya, mereka mengucapkan kepada sebahagian lainnya: taqabbalallahu minna wa minka,” tulis Ibnu Hajar Al Asqalani dalam kitab Fathul Baari. Sayyid Sabiq dalam Fiqih Sunnah juga menjelaskan hal serupa. Bahkan tidak hanya untuk Aidilfitri, namun untuk Aidiladha... perkara ini didasarkan pada riwayat dari Jubair bin Nafir, ia mengatakan, “Apabila sahabat-sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertemu pada hari raya, mereka saling mengucapkan taqabbalallahu minna wa minkum.”

Sahabatku sekalian, marilah kita bersama-sama mengamalkan ucapan yang dianjurkan dalam kita bersama-sama meraikan kemenangan selepas berjaya mengharungi cabaran berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia... sesungguhnya, segala amalan yang baik insyaAllah akan membibitkan terlahirnya akhlak yang mulia dalam diri kita... till then, makcik nak pi sambung beraya kat bilik sebelah jap ya, haaa, ni dalam satu rumah ya... see you when I see you... pesanan makcik sebelum sign off...

Best betul lagu-lagu Ahmad Nawab,
Syahdu, merdu bukan picisan,
Jadilah rakyat yang bertanggungjawab,
Stoplah merentas kalau tiada kecemasan.

xoxo

Post a Comment

0 Comments