Di suatu pagi yang indah, sambil bersarapan, Makcik Kiah dan anaknya Timah telah berbual kosong... biasalah kan, takkan nak duduk saja je kan... at least, kenalah beramah-mesra bersama ahli keluarga kan kan kannnn... sementelah pula, Makcik Kiah memang tinggal berdua je dengan dak Timah... pusing kanan pusing kiri, itulah racun itulah penawar...

Makcik Kiah: Timah, macam mana dengan permohonan kerja yang kau hantar haritu?... dah dapat jawapan?...

Timah: Belum lagi ibu...

Makcik Kiah: Sekarang ni dah hampir sama dengan zaman kemelesetan ekonomi masa tahun 1998 dulu... ramai yang kena buang kerja, gaji dipotong, dari bekerja secara tetap ditukar ke kontrak... iskkkk, sedih la bila ibu mengenangkannya semula... masa tu Timah kecil lagi...

Timah: Ya ibu, Timah ada tebaca juga berkenaan apa yang berlaku tu dalam kelas opsyen Perdagangan Timah... memang mencabar waktu tu... eh, ibu, ibu (sambil tangan scroll kat handphone tengah tengok e-maillah katakan)...

Makcik Kiah: Ya, dah kenapa kau ni Timah?... terjerit-jerit... ibu ada kat depan kau ni je kan... iskkkk, Timah, Timah...

Timah: Ada dapat e-mail reply ni ibu... kejap Timah nak buka (sambil tersenyum sampai ke telinga TAPI tiba-tiba muncung itik pula yang kelihatan)...

Makcik Kiah: Haa, macam mana?...

Timah: Jawatan yang Timah pohon tu terpaksa dibekukan pengambilan la ibu... aduh, pening kepala nak fikit ni... mana nak cari kerja...

Makcik Kiah: Sabarlah Timah... bukan kau je yang berada dalam situasi ini... ramai juga orang lain di luar sana yang sama-sama terkesan dengan pandemik COVID-19 ni... dah, tak usah sedih-sedih sangat...

Timah: Baiklah ibu... jomlah kita makan croissant ni dulu (amboiiii, sarapan makan croissant kau...)

Makcik Kiah: Hmpppp, sedap roti yang kau buat ni Timah...

Timah: Croissant la ibu...

Makcik Kiah: Ha, yelah yelah... 'kerosain' ni sedap ni... ibu ada idea... apa kata Timah berniaga online je dulu... ala sambil-sambil Timah update status kat FB dengan IG tu, pasarkanlah sekali produk Timah ni...

Timah: Ala ibu, Timah tak tau lah nak pasarkan macam mana... apa yang perlu dilakukan... nak mula kat mana semua tu...



Haaaa, mesti ada yang macam Timah kan kan kan... kalau korang pandai dan suka masak atau suka buat kuih, kek, roti dan sebagainya, aku nak bagi idea ni, sama macam idea Makcik Kiah tadi... kenapa tidak korang jadikan aktiviti tersebut sebagai sesuatu yang boleh menambahkan pendapatan?.. buat bisnes orang kata... bisnes bakeri atau bisnes kuih-muih atau bisnes kek dan roti gitu...

Bisnes buat kuih ni agak mudah dilakukan.. boleh start dari rumah dan gunakan peralatan-peralatan yang selalunya memang sudah sedia ada di rumah kan... modal untuk beli bahan-bahan pun tak besar sangat... lebih kurang dalam RM20-30 je untuk hasilkan sebuah kek atau sebarang kuih... nak jual pun tak susah sangat... buat kuih tu cantik-cantik.. ambil gambar.. upload kat facebook atau instagram... nah, kan dah dipromote tu... kalau gambar kuih tu cantik dan nampak sedap, mesti berduyun-duyunlah orang akan PM nak order!

Amacam? Rasa-rasanya berminat nak buat bisnes bakeri ni?

Kalau berminat dan nak tahu lebih lanjut macam mana nak buat bisnes bakeri ni BOLEH KLIK DI SINI...


xoxo