MAKCIK MENANG SEGMEN : UCAPAN BUAT FRONTLINERS COVID-19

Korang, baru-baru ni makcik ada join satu segmen ni, SEGMEN : UCAPAN BUAT FRONTLINERS COVID-19 anjuran Ejulz dan rakan-rakan blogger yang lain sebagai sponsor...... korang boleh baca kat sini... sepanjang PKP, PKPB dan PKPP ni makcik memang sungguh beremosi apabila melihatkan perjuangan para frontliners (including backliners) kita yang tidak mengenal erti penat-lelah dalam menabur bakti kepada semua rakyat Malaysia termasuklah bukan warganegara yang dijaga dengan penuh tertib bersandarkan SOP terbaik...

Lagi satu perkara yang membuatkan makcik rasa sayu adalah kerana pada 18/03/2020, makcik telah diberitahu bahawasanya seorang pekerja yang berada di dalam bilik yang sama dengan makcik (kebetulan pulak hari tu makcik dok check equipment dan chemical usage kat bilik tu, hari lain tak pergi check pulak kan...) telah disahkan sebagai PUI COVID-19 gaissss!!!! PUI bermaksud Patient Under Investigation ya... kiranya belum disahkan positif ke negatif ke TAPI since we were in a centralized air-conditioned room, I was advised to quarantine myself... huhuhuhu... 

For 2 weeks makcik kuarantinkan diri ya gaissss, hari-hari dihubungi oleh Klinik Kesihatan dan Pejabat Kesihatan Daerah... but the best part was that makan-minum dan segala keperluan semuanya dihandlekan oleh  runner... TERASA DIRIKU BEGITU BERHARGA gitu... hehehehe... anyway, nantilah makcik buat entri khas untuk kisah tu ya... korang tunggu tau...

Sebenarnya, entri kali ni, makcik nak menyuarakan betapa gumbiranya makcik sebab telah menjadi antara salah seorang pemenang dalam SEGMEN : UCAPAN BUAT FRONTLINERS COVID-19 ni gaissss... alhamdulillah... terima kasih ya... makcik yang nombor 15 tu... hehehehe...


Under penyertaan yang ke-15 ya gaissss...


Ini pulak apabila blog makcik divideo-shot oleh Ejulz... 


Terima kasih daun keladi kepada penganjur dan penaja... lain kali buatlah lagi segmen yang macam ni ya... makcik nak ajak ramai-ramai untuk meriahkan segmen tu nanti... insyaAllah...

Till then, jumpa lagi di entri yang lain ya... jaga diri, hiasi peribadi...

xoxo

Post a Comment

8 Comments