TIPS MAKEUP CEPAT DAN RINGKAS KE PEJABAT DENGAN SENTUHAN SLAÉ COSMETICS

| TIPS MAKEUP CEPAT DAN RINGKAS KE PEJABAT DENGAN SENTUHAN SLAÉ COSMETICS | Assalamualaikum dan hai hai hai everything. Tengah buat apa tu? Semenjak anak-anak dah tukar sekolah ni, memang sibuk sangat rutin harian makcik tau. Lepas Subuh tu memang kelam-kelibut la nak siapkan sarapan dan bekal anak-anak untuk ke sekolah. Apabila anak-anak dah siap, terus la bergegas untuk menghantar mereka ke sekolah pula. Memang tak sempat nak bersiap bagaikan puteri, kisah khayalan yang hidupnya suci dan sempurna.

Selalunya, lepas dah selesai urusan hantar anak-anak pergi ke sekolah, barulah makcik bersiap untuk ke pejabat. Alhamdulillahlah office dekat je dengan rumah. Tak sampai setengah jam, zas, makcik boleh bersiap seadanya. Walaupun selalunya, makcik sorang je yang duduk kat dalam office besar tu, takdelah makcik pergi dengan bare-faced je. Yelah, along the way sambil ride motor nanti kan akan terserempak dengan ramai orang. So, normally, makcik akan apply basic make-up, of course yang natural, so that, takdelah muka ni nampak pucat-lesi kan.


Kalau nak diikutkan, makcik ni memang ada anemia. Jadi, apabila makcik tak apply apa-apa di wajah, memang akan nampak pucat. Kulit makcik ni cerah yang bukanlah putih kemerah-merah tetapi putih pucat. Jadi, simple make-up dapat la cover sikit appearance makcik agar tampak ceria dan sihat. Kulit makcik pula memang satu hal juga, dah la sensitif, silap letak produk, memang menangis la. Sejak usia masuk 30-an sebelum ni, apabila produk tu tak kena dengan kulit, memang macam-macam la yang keluar. Seriously, rasa suffer sangat.

Justeru itu, makcik memang berhati-hati apabila memilih produk untuk digunakan. Nak dijadikan cerita, masa makcik dok pilih-pilih brand apa yang sesuai untuk makcik guna, makcik came across produk SLAÉ Cosmetics. I was excited to see that apabila digunakan dengan gaya natural, nampak sweet je model tu. Makcik pun apa lagi, terus la recce dan dapatkan produk SLAÉ Cosmetics.


PENGASAS SLAÉ COSMETICS


Pengasas SLAÉ Cosmetics, Datin Dr. Nik Sarina Hashim, pernah menjadi peguam, majistret dan Timbalan Pendakwa Raya dengan Jabatan Peguam Negara. Beliau menjadi seorang usahawan e-dagang dan kini telah menceburi dunia kosmetik kerana beliau sentiasa meminati kecantikan dan persembahan. Pengalamannya dalam pengedaran produk tempatan melalui e-dagang dan peruncitan membuahkan keinginan untuk memiliki jenama kosmetik sendiri yang mampu membawa mesej positif kepada wanita di luar sana, khususnya kepada wanita muda bandar yang mungkin menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan.

“Jika seorang wanita yakin dengan penampilan dan pengetahuannya, maka dia boleh mencapai apa sahaja yang dicita-citakannya” – Datin Nik Sarina


MENGENAI SLAÉ COSMETICS


SLAÉ bermakna anda melangkah keluar dengan yakin dalam kosmetik warna kami. Yakin bahawa kecantikan anda yang dipertingkatkan seperti yang diilhamkan oleh alam semula jadi, selamat dan baik untuk kulit anda; yakin bahawa anda boleh menjadi versi terbaik diri anda dengan SLAE.

SLAÉ, 'Nature Inspiring Beauty' ialah falsafah jenama yang memacu penawarannya untuk rangkaian kosmetik dengan garisan warna menakjubkan yang dibuat dengan bahan-bahan yang diperoleh secara semula jadi dan formulasi selamat yang diilhamkan oleh alam semula jadi.

SLAÉ menawarkan produk solekan untuk muka, bibir dan mata yang menggabungkan kebaikan bahan semula jadi melalui Teknologi Ultra-Colour-Natural untuk memberikan warna berpigmen yang kaya dengan keamatan tinggi dan ketahanan.

SLAÉ memberikan anda penyelesaian solekan yang bergaya dan bertenaga dengan formulasi Care4You yang BEBAS daripada Paraben, Alkohol, Minyak Mineral dan Pewangi.

SLAÉ direka untuk memenuhi keperluan anda untuk penyelesaian solekan pembaikan cepat yang memberi inspirasi dan menjaga anda.

SLAÉ, Kecantikan Menginspirasikan Alam Semula Jadi!


KANDUNGAN PRODUK SLAÉ COSMETICS


✅ Mempunyai sijil halal dari JAKIM.
✅ 100% organik.
✅ Mesra wuduk.
❌ Tiada paraben.
❌ Tiada alkohol.
❌ Tiada wangian.
❌ Tiada minyak mineral.
✅ Jenama rangkaian kosmetik dengan warna menakjubkan.
✅ Diperbuat daripada bahan-bahan yang diperoleh secara semula jadi dan formulasi selamat.
✅ Menawarkan produk solekan untuk muka, bibir dan mata yang menggabungkan kebaikan bahan semula jadi melalui Teknologi Ultra-Colour-Natural untuk memberikan warna berpigmen yang kaya dengan keamatan dan ketahanan yang tinggi.
✅ Formulasi Care4You maka tiada bahan-bahan yang berbahaya.

Makcik memang fall in love at first sight la masa gunakan produk SLAÉ Cosmetics ni. Automatik fefeeling muda dan rasa cun je. Hahahaha. Bukannya apa gais, dah la selalu kelam-kabut nak bersiap ke tempat kerja, kali ni dapat siap sepantas kilat, tak ke best? Nah makcik share dengan korang produk yang makcik gunakan:
1) Bare & Boujee Cushion Foundation (Natural Beige).
2) Bare & Boujee Liquid Foundation (Light Beige).
3) Bare & Boujee Compact Powder (Natural Beige).
4) Summerkiss Liquid Lipmatte (Tropical Pink).
5) Bloom This Way Powder Matte Lipstick (Classy Camelia).
6) Feline Triple Threat Mascara.


BARE & BOUJEE SERIES YANG MAKCIK GUNA


BARE & BOUJEE CUSHION FOUNDATION (RM68.90)


1) Sesuai digunakan untuk pelbagai jenis kulit, walaupun kulit sensitif.
2) Diformulasi dengan pegaga yang mampu merawat sambil mencantikkan kulit muka.
3) Mengandungi SPF 50 PA++ yang dapat melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB.
4) HOT SELLING sebab pakai formula Korea.
5) Mempunyai 3 tona warna iaitu Light Beige, Natural Beige dan Coco Beige. 
6) Tidak bercapuk jika berpeluh.


BARE & BOUJEE LIQUID FOUNDATION (49.90)


1) Menyerap minyak.
2) Mempunyai 4 tona warna iaitu Light Beige, Natural Beige, Coco Beige dan Light Tan.


BARE & BOUJEE COMPACT POWDER (RM44.90)


1) Dirumus dengan Silika Sfera dengan fungsi menyerap minyak.
2) Mempunyai 3 tona warna iaitu Light Beige, Natural Beige dan Coco Beige. 


SUMMER KISS LIQUID LIPMATTE (RM33.90)


1) Mengandungi minyak evening primrose yang digabungkan dengan teknologi inovatif untuk melembapkan bibir dengan warna yang sangat pekat sambil kalis pemindahan.
2) Mempunyai 6 warna iaitu  Sandy beach, Suntanned, Strawberry colada, Tropical Pink, Sea Coral dan Hot Babe.


BLOOM THIS WAY POWDER MATTE LIPSTICK (RM29.90)


1) Kemasan matte berkrim serbuk mewah yang ringan.
2) Dirumus dengan resin elastomer, ia mempunyai daya tahan yang baik, serta rintangan air dan pemindahan.
3) Mempunyai 6 warna iaitu  Classy Camelia, Dusty Peony, Coral Daisy, Sakura Blossom, Pink Tulip dan Rosy Red.


FELINE TRIPLE THREAT MASCARA (RM38.90)



1) Berus kecil membantu penggunaan maskara bulu mata atas dan bawah yang tepat.
2) Bulu mata lebat dan lentik dengan hanya sapuan mudah.
3) Maskara dengan formula berpigmen tinggi.

Jom hidupkan boujee korang dan hadapi dunia dengan sempurna!

REVIEW PENGGUNAAN BARE & BOUJEE CUSHION FOUNDATION (NATURAL BEIGE)


Masa makcik oleskan pada wajah, keyakinan diri terus meningkat sebab coveragenya yang sangat superb. Semua flaws including jeragat dan parut jerawat habis dilitupinya. Makcik tak guna tebal pun, light-light je tapi tetap rasa ringan dan selesa. The best part is that daun pegaga dijadikan antara ingredient dalam Bare & Boujee Cushion Foundation ni untuk merawat kulit muka. Lagipun produk ni kan berformulasi Korea. Teksturnya sangat lembut pada kulit muka dan tak berminyak. Coverage medium to full. Serious, boleh oles je kat keseluruhan wajah.

REVIEW PENGGUNAAN BARE & BOUJEE LIQUID FOUNDATION (LIGHT BEIGE)

Makcik gunakan Bare & Boujee Liquid Foundation as a concealer jugak. Maklumlah, dalam usia yang semakin meningkat ni, makcik nak sembunyikan lingkaran hitam di bawah mata, bintik-bintik penuaan, jeragat dan banyak lagi dengan cara menggabungkan ketidaksempurnaan ini ke dalam kulit. Nah, sekarang dah ada Bare & Boujee Liquid Foundation, makin mudah lah makcik nak merias wajah. Warnanya yang Light Beige memang kena dengan minat makcik. Tampil natural gitu. Walaupun makcik gunakan Bare & Boujee Liquid Foundation ni untuk menutup segala cela tu, makcik tak guna banyak pun sebab sekali oles je dah cover gais.

REVIEW PENGGUNAAN BARE & BOUJEE COMPACT POWDER (NATURAL BEIGE)


Selepas menggunakan Bare & Boujee Cushion Foundation dan Bare & Boujee Liquid Foundation, makcik sapukan pula Bare & Boujee Compact Powder untuk membuatkan kulit kelihatan smooth selain menyeimbangkan minyak pada muka. Almaklumlah, kulit sensitif dan kombinasi. Sekejap je dah rasa berkilat-kilat je muka ni. Tapi kan, lepas makcik guna Bare & Boujee Compact Powder, nampak elok je kulit tak mengeluarkan minyak berlebihan. Dah la dapat menutup cela pada wajah, ia juga tak cracky langsung.

REVIEW PENGGUNAAN SUMMER KISS LIQUID LIPMATTE (TROPICAL PINK)

    
Okay, yang ni memang paling mengujakan. Since zaman sekolah lagi, makcik memang menggilai lipmatte. Siap buat collection gitu. So, this time around, seriously, memang makcik bagi 5 bintang kat Summer Kiss Liquid Lipmatte sebab fefeeling best gila masa pakai tu. The best part is, bukan hanya boleh dioleskan di bibir, Summer Kiss Summer Kiss Liquid Lipmatte ni boleh juga dijadikan sebagai eyeshadow dan blusher. Dah la warnanya sweet, bibir pun tak rasa kering, fefeeling mungil gitu. Hehehehe. Greatly pigmented tapi tidak meninggalkan kesan di mug pun. Power kan!

REVIEW PENGGUNAAN BLOOM THIS WAY POWDER MATTE LIPSTICK (CLASSY CAMELIA)


Masa makcik pegang powder Bloom This Way Powder Matte Lipstick ni, terasa macam pegang bedak je. Serious gais. Nak sapu kat bibir pun mudah je, just oles dengan jari. Makcik ada juga letak sikit as eyeshadow dan blusher. Perghhhh, nampak sweet terus wajah makcik. Hehehehe. Bibir makcik agak gelap sebab dulu zaman sekolah kan selalu berjemur tengah panas dengan aktiviti bagai. Jadinya, apabila makcik gunakan Bloom This Way Powder Matte Lipstick n, dapatlah selindungkan kegelapan itu di samping melembapkan bibir. Warnanya yang berpigmen memang makcik suka, nampak berseri je tapi tak meninggalkan kesan pada mask agitchew.

REVIEW PENGGUNAAN FELINE TRIPLE THREAT MASCARA


Makcik dan mascara memang tak pernah sebulu. Mana taknya, makcik ni sejenis yang takut nak pakai mascara sebab selalunya, payah na nak dapatkan hasil yang memuaskan hanya dengan penggunaan yang ringkas. Yelah, kita ni dah kelam-kabut nak pergi kerja, dok nak pakai mascara jadi lambat pulak kan. Tapi, beza, memang berbeza masa makcik gunakan Feline Triple Threat Mascara ni. Senang je nak pakai rupanya. Bulu mata jadi lentik terletak. Nak apply kat lower lash pun mudah. Bulu mata makcik yang kontot-kontot macam cucur atap ni automatik nampak panjang gitu. Apabila terkena air pun tak smudged. Walaupun begitu, time nak solat, ia tidak menggusarkan sebab lap sikit je mascara pun tanggal. Memang recommended kalau korang nak lebatkan dan panjangkan bulu mata. Hat ni memang all time favourite and hot selling tau. Cepat pi grab.

MAKCIK BERSIAP UNTUK KE OFFICE PADA PUKUL 8 PAGI, LEPAS LUNCH PUKUL 2 PETANG PUN MAKE-UP MASIH TAHAN LAMA GAIS. I LOIKE!

SLAÉ COSMETICS TIPS & HACKS


Nak makeup cepat, takut terlambat? Fret not, SLAÉ Cosmetics kan ada.

Jom join dan jadilah yang terawal untuk dapatkan KOD DISKAUN serta FREE GIFT menarik dari SLAÉ Cosmetics!

Kalau korang risau dan ragu-ragu untuk memilih produk yang sesuai dengan kulit korang, jangan risau, korang boleh terus wassap Beauty Consultant SLAÉ Cosmetics dan mereka akan membantu pilih warna-warna yang sesuai dengan tekstur dan warna kulit semua.


Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk SLAE Cosmetics ni, korang boleh guna code diskaun yang tertera di bawah. Dapat 10% diskaun bagi pembelian SLAE Cosmetics tau.

WEBSITE | KUPON DISKAUN 10% OFF: HARTINI [Bagi pertama kali pembelian akan dapat extra 15%]

 SHOPEE | KUPON DISKAUN 10% OFF: SLAETini

SLAÉ Cosmetics ialah jenama tempatan yang komited untuk memperkasakan wanita bekerja dan wanita sibuk, juga 100% berinspirasikan alam semula jadi dan bebas kekejaman!

Korang, cuba jangan tak cuba tau! See you around. Daaaa.

#'SLAECosmetic #SLAECosmetics #SLAE #OrganicMakeUp #KosmetikViral #MakeUpMesraWuduk #MakeUpOrganik #MakeUpMalaysia #MakeUpMampuMilik #KosmetikOrganikMalaysia #KosmetikMesraWudukMalaysia #LipstikTerbaik #LipstikTahanLama #CushionFoundationTahanLama #MakeUpUntukOffice #MakeUpUntukKerja #MakeUpTahanLama #Watsons #Sephora #Shopee #Malaysia #TutorialMakeUpPergiOffice #TutorialMakeUpPergiKerja #TheMakeupForWork

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

2 Comments

  1. mencari pondesen dan bedak yang sesuai dengan tone dan jenis kulit memang susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan MY. Nak-nak pulak bila kulit jenis sensitif. Memang jenuh nak cari yang sesuai.

      Delete
Previous Post Next Post