| TIPS BUAT KONTEN TIKTOK UNTUK BEGINNER | Assalamualaikum dan hai hai hai everything. Alhamdulillah. First time dapat FYP cenggini.
Masih sok-sek sok-sek lagi tak berapa sihat. Tadi, saja-saja je buka TikTok, tergezut bila tengok angka view tu. Yelah, masa buat video ni pun, ambil sekali take, voiceover je yang berkali-kali, itupun buat masa tengah tunggu anak balik sekolah. Masa buat video ni pun, badan masih belum fully recover. Syukur Allah permudah.
Thank you for the support gais. InsyaAllah, makcik akan teruskan membuat content yang bermanfaat. Makcik masih dok cari lagi apa yang menarik, lain dari yang lain dan sesuai untuk dijadikan content yang berfaedah sebenarnya ni.
Sebelum makcik mulakan, kita kena faham dulu kenapa kita berada di dalam dunia TitkTok. Basically, ada banyak sebab yang boleh kita huraikan, antaranya adalah seperti berikut:
1) Pengaruh rakan sebaya.
2) Ingin berdakwah mesej yang Islamik.
3) Ingin mencuba sesuatu yang baru.
4) Ingin mengikuti trend, maklumlah, tak nak ketinggalan zaman.
5) Ingin berkongsi bakat, ilmu dan kemahiran.
6) Ingin mencari hiburan.
7) Ingin menyampaikan mesej dan konten yang positif.
8) Ingin berniaga.
9) Ingin mencari kenalan baru.
10) Ingin menjadi terkenal.
TIPS MEMBUAT KONTEN TIKTOK UNTUK BEGINNER
1) Tentukan ciri-ciri kandungan mengikut minat dan kemahiran kita.
2) Konsisten untuk terus meningkatkan kualiti kandungan.
3) Mulakan dan cuba gaya yang berbeza.
JENIS-JENIS KONTEN TIKTOK YANG BOLEH DIKETENGAHKAN
1) Unboxing.
2) Loop.
3) Transition.
4) Tips @ tutorial.
5) DIY @ how to.
6) Bakat.
7) CGI.
8) Drama @ sketsa pendek - komedi, parodi.
9) Lip sync.
10) Animasi.
11) Motivasi, ceramah, pendidikan.
12) Vlog @ lifestyle.
13) Quotes.
14) Duet @ stitch dengan pengguna lain.
MASA OPTIMUM UNTUK UPLOAD VIDEO TIKTOK
Kalau nak diikutkan, TikTok ni masa mula-mula tu lebih-kurang macam Instagram, dia ada masa-masa tertentu yang apabila korang upload video, memang mencanak-canak viewnya. Namun begitu, lama-kelamaan, ia turut menukar algorithmnya. Macam masa first time makcik buat LIVE sebelum ni, viewer dalam 1300 kalau tak silap. Serious aaaa, berbunga-bunga rasa hati. Masa tu makcik LIVE kat unit jualan. Then, slowly view tu drop and drop. Ni, makcik tengah cuba fikir apa yang menarik untuk makcik jadikan konten sewaktu LIVE
Okay, berbalik kepada masa optimum, untuk makcik sendiri, yang makcik perhatikan, kalau makcik upload video selepas pukul 12 tengah hari hinggalah kira-kira 6 petang, insyaAllah, ada la view. But again, korang kena analyze video-video korang yang sebelum ni, then, baru korang boleh tahu bila masanya video korang good to be published based on jumlah view yang ada. Lebih kurang gitulah citer dia.
Eleh, baru satu video FYP dah nak bagi tips. Bukan, bukan begitu gais. Makcik saja nak share dengan korang untuk kita sama-sama maju ke hadapan. Itu je. Lagipun, mackik banyak buat try and error untuk hasilkan konten dengan mengaplikasikan tips yang makcik baca di pelbagai blog, website dan forum.
#sharingiscaring gitu.
Jom cuba gais, usaha tangga kejayaan. Cuba, jangan tak cuba tau.
Masyaallah Tabarakallah. Alhamdulillahi Ala Kulli Hal.
Semoga kita semua sentiasa berusaha untuk membuat content yang berguna untuk tatapan masyarakat. Amiiiin.
Oh ya, masih ada lagi slot untuk kerja-kerja penulisan tau. Sekiranya ada di antara korang atau kenalan korang yang berminat atau nak cuba perkhidmatan makcik, wassap terus ya.
JENIS PENULISAN
1. Penulisan artikel.
2. Copywriting.
3. Translation.
4. Autobiografi.
5. Manuskrip.
6. Resume.
7. Company profile.
8. Dan lain-lain.
Muah ciked.
Hartini The Ghostwriter
360 creativity at your utmost priority
#engagement #media #copywritingservices #copywriter #copywriterforhire #content #startnow #connections #connectingpeople #ghostwriter #ghostwritermalaysia #kbba9 #penulisupahan #servismenulis #penuliskonten #penulishantu #kelabbloggerbenashaari #hartinighostwriter #ghostwriterforhire #jomkahfi
xoxo
0 Comments