HIASI MAULIDUR RASUL DENGAN MENYELAMI BIODATA NABI MUHAMMAD ﷺ

| HIASI MAULIDUR RASUL DENGAN MENYELAMI BIODATA NABI MUHAMMAD  | Assalamualaikum dan hai hai hai everything. Alhamdulillah, hari ini merupakan hari kelahiran Nabi Muhammad ﷺ. Jom kita selusuri biodata nabi kesayangan kita.


BIODATA RASULULLAH ﷺ


🖌 Nama: Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hashim.
🖌 Tarikh lahir: Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; karena peristiwa tentara bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’bah)
🖌 Tempat lahi : Di rumah Abu Thalib, Makkah Al-Mukarramah.
🖌 Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim.
🖌 Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf.
🖌 Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapak Rasulullah ﷺ).
🖌 Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
🖌 Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah, suaminya bernama Abu Kabsyah).


USIA 5 TAHUN


💓 Peristiwa pembelahan dada Rasulullah ﷺ yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN


💓 Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘ (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah ﷺ) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muththalib.

USIA 8 TAHUN


💓 Datuknya, Abdul Muththalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Thalib. 
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
💓 Bersama bapa saudaranya, Abu Thalib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
💓 Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN


💓 Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’, jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad ﷺ ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
💓 Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang didzalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN


💓 Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
💓 Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
💓 Baginda ﷺ bersama-sama Abu Thalib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
💓 Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN


💓 Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Ka’bah.
💓 Pembinaan semula Ka’bah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
💓 Rasulullah ﷺ diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN


💓 Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN


💓 Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.
💓 Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN


💓 Kewafatan Rasulullah ﷺ di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah / 8 Juni 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH ﷺ


💚 Khadijah Binti Khuwailid.
💚 Saudah Binti Zam’ah.
💚 Aisyah Binti Abu Bakar (anak Sayyidina Abu Bakar).
💚 Hafsah binti ‘Umar (anak Sayyidina ‘Umar bin Al-Khattab).
💚 Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
💚 Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
💚 Zainab Binti Jahsy.
💚 Maimunah Binti Harith.
💚 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
💚 Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’, Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH ﷺ


QASIM

Putera pertama Rasulullah ﷺ dan isteri baginda Khadijah RA. Lahir dan meninggal sebelum Rasulullah ﷺ menerima wahyu ketika berusia 2 tahun.
.
ABDULLAH

Putera kedua Rasulullah ﷺ dan isteri baginda Khadijah RA. Juga dipanggil dengan ath-Thaiyyib atau ath-Thahir. Dilahirkan setelah kenabian Rasulullah dan meninggal ketika masih kecil.
.
IBRAHIM

Putera ketiga dan juga merupakan anak bongsu Rasulullah ﷺ dan isteri baginda Mariah al-Qibthiyyah. Dilahirkan pada tahun 8H di Kota Madinah. Meninggal dunia ketika berusia 17 atau 18 bulan. Baginda bersabda; 
“Sesungguhnya mata ini menitikkan air mata dan hati ini bersedih, namun kami tidak mengatakan sesuatu yang tidak diridhai Rab kami. Sesungguhnya kami bersedih dengan kepergianmu wahai Ibrahim.” (HR. Bukhari).
.
ZAINAB

Puteri pertama Rasulullah ﷺ dan isteri baginda Khadijah RA. Bernikah dengan Abu al-Ash bin al-Rabi’ sebelum Rasulullah ﷺ diangkat menjadi rasul. Zainab dan ketiga saudarinya masuk Islam sebagaimana ibunya Khadijah menerima Islam, akan tetapi suaminya, Abu al-Ash, tetap dalam agama jahiliyah menyebabkan Zainab tidak ikut hijrah ke Madinah bersama ayah dan saudari-saudarinya, karena ikatannya perkahwinannya.

Beberapa lama kemudian, barulah Zainab hijrah dari Mekah ke Madinah menyelamatkan agamanya dan berjumpa dengan Rasulullah ﷺ, lalu menyusullah suaminya, Abu al-Ash. Abu al-Ash pun mengucapkan dua kalimah syahadah dan memeluk Islam. Pada tahun 8 H, Zainab wafat meninggalkan Abu al-Ash dan puteri mereka Umamah.  
.
RUQAYYAH

Puteri kedua Rasulullah ﷺ dan isteri baginda Khadijah RA. Dinikahkan oleh Rasulullah ﷺ dengan sahabatnya, Uthman bin Affan. Dianugerahi seorang putera bernama Abdullah ketika di Habshah. Ketika tinggal di Madinah mereka dihadapkan dengan ujian wafatnya putera tunggal mereka yang sudah berusia 6 tahun.
.
Tidak lama kemudian, Ruqayyah juga menderita sakit demam yang tinggi. Uthman bin Affan setia merawat isterinya dan senantiasa mengawasi keadaannya. Saat itu bersamaan dengan terjadinya Perang Badar, atas permintaan Rasulullah untuk mejaga putrinya, Uthman pun tidak bisa turut serta dalam perang ini. Wafatlah Ruqayyah bersamaan dengan kedatangan Zaid bin Haritsah yang mengabarkan kemenangan umat Islam di Badar.
.
UMMU KULTHUM

Puteri ketiga Rasulullah ﷺ dan isteri baginda Khadijah RA. Setelah Ruqayyah wafat, Rasulullah ﷺ menikahkan Uthman dengan Ummu Kulthum. Oleh karena itulah Uthman dijuluki dzu nurain (pemilik dua cahaya) karena menikahi dua putri Rasulullah, sebuah keistimewaan yang tidak dimiliki sahabat lainnya.
.
Uthman dan Ummu Kultsum bersama-sama membangun rumah tangga hingga wafatnya Ummu Kultsum pada bulan Sya’ban tahun 9 H. Keduanya tidak dianugerahi putera ataupun puteri. Ummu Kultsum dimakamkan bersebelahan dengan saudarinya Ruqayyah RA.
.
FATIMAH

Puteri bongsu Rasulullah ﷺ dan isteri baginda Khadijah RA dan merupakan puteri yang paling disayangi Rasulullah ﷺ. Dinikahkan oleh Rasulullah ﷺ dengan Ali bin Abi Thalib RA dan dikurniakan putera pertama (Hassan) pada tahun ke-3 H. kemudian putera kedua (Hussin) lahir pada bula Rejab setahun berikutnya. Anak ketiga (Zainab) mereka lahir pada tahun ke-4 H dan dua tahun kemudian lahirlah anak keempat bernama Ummu Kulthum.
.
Fatimah adalah anak yang paling mirip dengan Rasulullah ﷺ daripada gaya bicara dan gaya berjalannya. Apabila Fatimah datang ke rumah Rasullullah ﷺ, baginda selalu menyambutnya dengan menciumnya dan duduk bersamanya. Kecintaan Rasulullah ﷺ terhadap Fatimah tergambar dalam sabdanya;
.
“Fatimah adalah bagian dariku. Barangsiapa membuatnya marah, maka dia juga telah membuatku marah.” (HR. Bukhari)
Baginda juga bersabda;
“Sebaik-baik wanita penduduk syurga adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran, Asiah bin Muzahim, isteri Firaun.” (HR. Ahmad).
.
Satu-satunya anak Rasulullah ﷺ yang hidup ketika baginda wafat adalah Fatimah, kemudian beliau pula keluarga Rasulullah yang pertama yang menyusul baginda. Fatimah RA wafat enam bulan setelah sang ayah tercinta wafat iaitu pada 2 Ramadhan tahun 11 H dan dimakamkan di Baqi’.

Wallahualam.

xoxo

Post a Comment

0 Comments