| USAH MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN | Assalamualaikum dan hai hai hai everything. Berlalu sudah episod pilih-memilih. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat.
Makcik sendiri ada beberapa kenalan rapat yang memang bertanding dan mewakili pelbagai warna blok bendera.
Ada yang biru kekunigan,
Ada yang biru terang,
Ada yang biru muda,
Ada yang merah
Ada yang putih.
Apa-apapun, biarpun berlainan fahaman politik, raikanlah perbezaan dengan berlapang dada. Tetaplah menjaga ukhuwah fillah. Itulah yang kami terapkan demi persahabatan yang telah terjalin sekian lama.
Sahabatku,
Usah merasa diri kita baik walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.
Usah merasa diri kita baik walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.
Usah merasa diri kita baik walaupun hari hari kita nasihat dan tegur orang lain yang buat silap.
Usah merasa diri kita baik walaupun kita sudah pakai jubah, berserban, bertutup litup menutup aurat dengan sempurna.
Usah merasa diri kita baik walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat yang lain.
Usah merasa diri kita baik walaupun hari hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.
Usah merasa diri kita baik walaupun setiap saat kita kemaskini status berunsur nasihat dan dakwah.
Usah merasa diri kita baik walaupun setiap masa kita menolong orang lain.
Baca ini juga: Sedekah Subuh
Allah berfirman di dalam Al-Quran Surah an-Najm ayat 32:-
Janganlah kamu menganggap diri kamu suci (orang baik) kerana Allah yang lebih mengetahui siapa yang benar benar bertaqwa.
Sayyidatina Aisyah (RA) ditanya seseorang "Siapakah orang yang buruk?" dijawab olehnya "iaitu orang yang merasa dirinya baik". Beliau ditanya lagi "Siapakah orang yang baik?", maka dijawab "Iaitu orang yang merasa dirinya buruk".
Hasan al Basri Rahimahullah tiba-tiba terjaga dari tidur malam dan menangis sepuas-puasnya. Apabila ditanya mengapa dia menangis, dia menjawab, "Saya menangis kerana saya tiba-tiba teringat dosa." (Al-Buka'min Khasyatillah, Asbabuhu wa Mawani'uhu wa Thuruq Tahshilih).
MasyaAllah, seorang Hasan al Basri Rahimahullah yang begitu banyak ilmu dan amalnya, rupa-rupanya tidak terasa dirinya suci. Justeru dia menangis kerana teringat satu dosa. Begitulah benarnya seorang mukmin, menganggap dirinya kecil kerana dosanya, seperti Hasan al Basri Rahimahullah yang menangis kerana mengingati satu dosa.
Imam Ibnu Hazm Rahimahullah berkata,“Barangsiapa yang ditimpa musibah berupa bangga diri, maka fikirkanlah aibnya sendiri. Jika semua aibnya tidak kelihatan sehingga dia menyangka dia tidak ada aib sama sekali dan merasa suci, maka ketahuilah bahawa musibah tersebut akan menimpa dirinya selama-lamanya. Sesungguhnya dialah yang paling lemah, paling lengkap kekurangan dan paling besar cacatnya. (Al-Akhlaq wa as-Siyar fii Mudawah an-Nufus, dipetik daripada Ma'alim fii Thoriq Thalab al-Ilmi)
USAH MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN
Kita takkan pernah tahu di mana dan bilakah saat HATI kita IKHLAS melakukan amalan-amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى.
Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.
Selalu letakkan diri kita dalam keadaan:
Aku banyak kekurangan dan kelemahan, semua orang lain lebih baik dari aku kerana hati manusia masing masing hanya diketahui Allah. Akulah yang paling buruk dikalangan manusia. Aku sedang perbaiki diriku dan cuba membantu orang lain untuk menjadi lebih baik.
Kerana,
Allah hanya memandang tepat pada hati hambaNya. Tidak merasa diri sebagai orang baik hendaklah ada sehingga dia menghembuskan nafas yang terakhir.
So, everyone. Kita doakan semoga Malaysia yang disayangi kekal aman, damai dan terus maju melakar kejayaan dan kegemilangan buat kita amnya, demi generasi akan datang khasnya.
Team possible, chill okay. Aja aja fighting.
Muah ciked.
Hartini The Ghostwriter
360 creativity at your utmost priority
#engagement #media #copywritingservices #copywriter #copywriterforhire #content #startnow #connections #connectingpeople #ghostwriter #ghostwritermalaysia #kbba9 #penulisupahan #servismenulis #penuliskonten #penulishantu #kelabbloggerbenashaari #hartinighostwriter #ghostwriterforhire #jomkahfi #team #creativity
xoxo
0 Comments