REHAT DULU JIKA HATIMU SUDAH LELAH

| REHAT DULU JIKA HATIMU SUDAH LELAH | Assalamualaikum dan hai hai hai everything.

Setiap insan mengharungi jalan hidup yang berlainan corak dan ragam.

Kemahiran yang berbeza,
Kepandaian yang berbeza,
Dugaan yang berbeza.

Rezeki datang dalam perlbagai bentuk.

Keluarga yang bahagia,
Isteri atau suami yang soleh dan solehah,
Anak-anak yang taat,
Kesihatan yang berpanjangan,
Ketenangan yang mendamaikan,
Hidayah dan ilmu yang bermanfaat,
Peluang untuk menghela nafas setiap detik.

Fabiayyi alaa`i rabbikumaa tukaddzdzibaan
“Maka nikmat Tuhan yang manakah kamu dustakan?” - Surah Ar Rahman.


Usah bandingkan hidup kita antara satu sama lain. Sedangkan matahari dan bulanpun  tidak dapat dibandingkan, inikan pula kita. Dalam apa jua keadaan pun, kedua-duanya akan bersinar apabila tiba masanya.


Setiap orang mempunyai garis masa pencapaian yang berbeza.
Ada yang berumur 20-an telah berumahtangga.
Ada yang ebrumut 30-an telah memiliki kestabilan hidup.
Ada yang berumur 40-an masih mencari jodoh.
Ada yang berumur 50-an telah menjadi usahawan yang berjaya.
Ada yang berumur 60-an baru memulakan perniagaan sendiri.

Tidak mengapa,
Tidak ada salahnya.

Jangan bandingkan diri kita dengan orang lain kerana kita tidak tahu apa yang mereka lalui untuk sampai ke sesuatu tahap. Nikmatilah kehidupan seadanya, di landasan yang dianjurkan olehNya.

Sekiranya lelah, berehatlah seketika.

Usaplah hatimu agar bisa melalui perjalanan yang penuh liku ini,
Hidup ini keras,
Hadapilah dengan kental,
Hadapilah dengan semangat,
Hadapilah dengan iltizam.
InsyaAllah, kejayaan pasti menjadi milimu,
Sekalipun bukan hari ini, esok atau nanti, ia pasti akan menjengah tiba.

Yakin!

Team possible, aja aja fighting.

Muah ciked.

Hartini The Ghostwriter
360 creativity at your utmost priority

#engagement #media #copywritingservices #copywriter #copywriterforhire #content #startnow #connections #connectingpeople #ghostwriter #ghostwritermalaysia #kbba9 #penulisupahan #servismenulis #penuliskonten #penulishantu #kelabbloggerbenashaari #hartinighostwriter #ghostwriterforhire #jomkahfi #team #creativity

xoxo

Post a Comment

0 Comments