SALAM AIDILFITRI 2023

| SALAM AIDILFITRI 2023 | Assalamualaikum dan hai hai hai everything.

Gigih betul la buat juga kad digital sempena Hari Raya Aidilfitri yang baru sahaja melabuhkan tirainya. Tak apa, the thought that counts kan.

Basically, raya tahun ini berubah 360 darjah usai pemergian ayahanda mertua tersayang. Jujur, tidak pernah dapat kami bayangkan peri keadaannya tatkala melihat pengalaman ini dilalui oleh insan lain. Sungguh, ia benar-benar meragut seluruh jiwa kami seolah-olah turut pergi dibawa kenangan.

Namun, alhamdulillah, kami bersyukur masih (sentiasa) dikelilingi insan-insan penyayang dan penuh keikhlasan membuatkan hati yang terusik beransur pulih. Walaupun begitu, tidak pernah satu detik pun kami lupa untuk mendoakan kesejahteraan buat semua, baik yang masih hidup ataupun telah meninggalkan kita.


Ayah yang telah pergi namun kekal dalam ingatan,
Segala kenangan kami simpan kemas di lubuk hati,
Mak yang sentiasa bersedia menunjukkan jalan,
Segala tunjuk-ajar kami jadikan pedoman buat masa hadapan,
Ayahku yang setia menyelusuri usia,
Segala apa yang telah dicurahkan ku syukuri sehingga ke akhir hayat,
Ibuku yang meniti kematangan diri,
Segala harapan tetap menjadi obor lestari kehidupan.

Semoga penutup Syawal pada tahun ini memberikan kita semua 1001 kemanisan, kejayaan dan kesejahteraan berpanjangan dalam kasih-sayangNya.

Salam Aidilfitri.
Maaf zahir dan batin.

Team possible, aja aja fighting.

Muah ciked.

Hartini The Ghostwriter
360 creativity at your utmost priority

#aidilfitri #syawal #raya #selamathariraya #eid #eidmubarak #creativity #team #digital

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

Post a Comment

Previous Post Next Post