Tengah buat apa tu? Makcik macam biasalah, dok
MEMERAH IDEA
untuk
Menulis Artikel
dan
Copywriting Engaging
buat tatapan warga maya. Hehehehe. Cakap macam famous giler eh.
Tidak, bukan begitu. Makcik ni suka menulis (menaip). Walaupun merupakan seorang introvert pada dasarnya, namun, kegilaan makcik untuk menulis telah merubah makcik menjadi seorang ambivert dan kadang-kadang menjadi seorang extrovert di tempat dan suasana yang memerlukan makcik untuk bersikap sedemikian.
See, hanya dengan menulis, ia mampu mengubah seorang makcik menjadi 360 darjah mengikut keperluan.
Satu lagi, makcik ni memang suka
MENULIS CANTIK-CANTIK
walaupun di
Buku Nota
Bukanlah nak kata yang tulisan makcik ni cantik. Sekarang ni, apabila jari-jemari asyik bermain-main di papan kekunci, tulisan pun dah jadi semakin merudum kualitinya. Makcik suka menulis di buku nota dengan gaya penulisan
Mind Mapping
ada some
Graphics (Drawing)
walaupun tak berapa nak smooth lukisannya sebab makcik suka tengok balik dan selalunya akan mencari semula nota-nota tersebut apabila mula menulis, merangka dokumen dan sebagainya.
Yelah, kita nak tengok, of courselah nak yang cantik-cantik,
Berwarna-warni
dan
Kreatif
tak gitu? Dulu, makcik sampai bawa 2 pencil cases kalau pergi meeting gais. Masuk je meeting room, semua coloured pen makcik keluarkan coz I love to blend all of the info straight during meetings to my buku ajaib. Nanti, senang la nak cari balik. Makcik akan ingat warna dan visual untuk cari semula notes yang makcik dah jot down tu.
Allah, panjang pula. Dah OOT ni. So, let us get back to the topic yang nak dibicarakan.
Begini. Pernah tak korang bangun pagi-pagi lepas tu auto terasa down sebab hidup tengah struggle?
Baca ni gais: Mengubah pagi menjadi malam saja Allah mampu, apalagi hanya merubah nasibmu.
Kadang-kadang, ayat ringkas macam ni boleh jadi
KATA-KATA SEMANGAT
untuk mengingatkan kita bahawa segala apa pun boleh berubah sekiranya Allah izinkan.
Sebelum kita start merungut tentang duri pada tangkai bunga, cuba tengok betapa cantiknya bunga itu. Sebelum kita complaint tentang panasnya sinaran matahari, cuba kita enjoy dulu sinar terang yang diberikan. Sebelum kita mengomel pasal malam yang gelap, ingatlah tentang ketenangan dan kesejukan yang ada dalam kegelapan itu.
Manusia sebenarnya, memang susah nak puas dengan apa yang ada. Selalu ade je benda yang nak kita keluhkan. Tapi yang peliknya, jarang kita nak bersyukur dengan semua benda baik yang kita dah dapat.
Contoh paling mudah, apabila hujan turun, kita merungut. Tapi, bila musim panas tiba, kita mengomel pula. Semuanya tak kena. Betul ke betul?
Sebenarnya, dalam semua perkara, ada baik dan buruknya. Tapi sekiranya kita
Pandang Daripada Sudut Yang Baik
semua benda nampak cantik dan berkilau. Namun, sekiranya kita
Pandang Daripada Sudut Yang Buruk
memang nampak buruk dan tak best lah. Diri kita sendiri pun ada sisi baik dan buruk tak gitu?
Jadi, marilah kita sama-sama
Teruskan Usaha
Istiqamah
Kekal Yakin
dengan janji Allah,
Berdoa
dan
Bertawakkal
ya. InsyaAllah, Allah akan beri apa yang kita perlu pada waktu yang tepat.
Oh ya, sambil-sambil tu, makcik nak bagitahu yang makcik ada menawarkan khidmat penulisan. Sekiranya ada di antara korang yang berminat untuk menggunakan service makcik, boleh terus message ya. Nak WhatsApp pun boleh. Tekan je kat sini.
JENIS PENULISAN
1. Penulisan artikel.
2. Copywriting.
3. Translation.
4. Autobiografi.
5. Manuskrip.
6. Resume.
7. Company profile.
8. Dan lain-lain.
Team possible, aja aja fighting.
Muah ciked.
Hartini The Ghostwriter
360 creativity at your utmost priority
#engagement #media #copywritingservices #copywriter #copywriterforhire #content #startnow #connections #connectingpeople #ghostwriter #ghostwritermalaysia #kbba9 #penulisupahan #servismenulis #penuliskonten #penulishantu #kelabbloggerbenashaari #hartinighostwriter #ghostwriterforhire
xoxo
0 Comments