Makcik suka makan Nasi Lemak. Siapa kat sini yang suka makan Nasi Lemak? High-5! Korang ingat tak tarikh 31 Januari 2019? Makcik masih ingat. Masa tu, excited je sebab masa search, ada icon Nasi Lemak menari-nari di kanvas laman sesawang. Hari tu, Google letak gambar animasi Nasi Lemak kat laman diorang, sebab makanan ni dah jadi sangat famous, bukan hanya kat Malaysia tapi kat seluruh dunia!
Kat Malaysia, semua orang suka
NASI LEMAK
Tak kisahlah Melayu, Cina, India atau lain-lain, semua makan. Biasanya, kita makan Nasi Lemak pagi-pagi sambil minum teh tarik sekali. Tapi ada orang cakap makanan ni tak sihat, ada orang cakap baik. Nak tahu lebih lanjut? Ajom, teruskan pembacaan okay.
Apa Itu Nasi Lemak?
Nasi Lemak tu sebenarnya nasi yang dimasak dengan santan kelapa dan daun pandan. Ia merupakan makanan tradisional orang Melayu kat Malaysia. Tapi sebenarnya, makanan ni popular bukan hanya kat Malaysia, tapi juga kat negara jiran macam Singapura, Brunei, Thailand Selatan. Kat Indonesia pun ada, terutama kat Riau dan Medan. Nak lagi mengejutkan, hidangan ni ada jugak kat tempat lain macam Filipina!
Kredit sumber: Freepik
Asal-Usul Nasi Lemak
Semasa makcik dok mencari maklumat tentang Nasi Lemak, makcik terjumpa sebuah kisah mengenai Seri dan Mak Kuntum, yang dipercayai sebagai pencipta hidangan ini. Menurut lagenda, pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511), terdapat seorang gadis bernama Seri yang tinggal bersama ibunya, Mak Kuntum. Suatu hari, Seri berasa bosan dengan hidangan yang sama setiap hari.
Rasa bosan ini memotivasikan Seri untuk mencuba resepi baru. Dia pun memasukkan lengkuas ke dalam nasi dan mencampurkan daun pandan untuk memberi rasa dan aroma yang lebih sedap, dengan harapan dapat meransang selera ibunya.
Kredit gambar: Freepik
Walaupun dia sibuk dengan proses memasak nasi, Seri tanpa sengaja mencurahkan santan ke dalam nasi, memberi nasi itu tekstur yang lebih berkrim dan berperisa. Apabila Mak Kuntum pulang daripada mengurut, dia bertanya kepada Seri, "Apa yang kau masak, Seri?"
Seri menjawab, "Nasi le! Mak!" (Ini nasi-lah, Mak!)
Dia mengulang jawapan ini beberapa kali, mungkin kerana Mak Kuntum terus bertanya dan kagum dengan resepi yang baru ini. Sejak saat itu, hidangan ini dikenali sebagai Nasi Lemak. Cerita menarik, walaupun keasliannya masih diperdebatkan. Namun, kisah ini telah tersebar luas dan menjadi terkenal sepanjang masa.
Catatan Dalam The Circumstances of Malay Life
Walau pun asal-usul sejarah Nasi Lemak masih diperdebatkan, hidangan ini telah disebut dalam buku bertajuk "The Circumstances of Malay Life" pada tahun 1909 oleh Sir Richard Oloft Winstedt. Beliau merupakan seorang pegawai British yang amat tertarik dengan budaya dan masakan Malaysia, dan telah meluangkan banyak masa untuk mengkaji pelbagai hidangan Melayu, termasuk Nasi Lemak. Menurut catatan beliau, nama "Nasi Lemak" diberikan kepada hidangan ini kerana teksturnya yang berkrim dan berperisa, hasil daripada penggunaan santan.
Kredit sumber: Google
“Dia (tukang masak Melayu) akan menanak nasi bersama dengan rempah seperti jintan, cengkih, pala dan halia dan bawang putih, dalam titisan atau minyak kelapa; atau dia akan menanaknya dengan santan dan bukannya air…” – R.O. Winstedt (1909), dipetik dari ‘The Circumstances of Malay Life’, muka surat 62.
Nasi lemak ialah satu hidangan yang ringkas dan mudah. Hidangannya terdiri daripada nasi yang dihasilkan daripada santan kelapa yang kaya, disajikan dengan sambal pedas, ikan bilis yang rangup, telur rebus yang keras, dan disertai dengan kelezatan timun. Walau bagaimanapun, pada mulanya nasi lemak bukanlah pilihan sarapan harian yang popular dalam budaya masyarakat Melayu di Malaysia.
Amalan makan nasi lemak sebenarnya adalah satu bentuk bekalan hidangan atau bungkusan makanan kepada para pesawah padi atau individu yang terlibat dalam penanaman getah, kelapa sawit, sayur-sayuran, dan lain-lain.
Kredit sumber: Freepik
Oleh kerana nasi lemak mengandungi jumlah kalori dan tenaga yang tinggi, serta mempunyai komposisi lemak yang signifikan untuk memberikan tenaga yang lebih baik berbanding karbohidrat, majoriti masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, Selatan Thailand, Brunei, dan Singapura menjadikan nasi lemak sebagai pilihan harian untuk mendapatkan tenaga selepas melakukan kerja keras.
Nasi Lemak: Makanan Kita
Orang Malaysia memang tak boleh lari daripada Nasi Lemak. Makanan ni dah jadi sebahagian hidup kita. Tapi ada orang kata makanan ni tak bagus, ada banyak kolesterol. Ada pula yang cakap ia boleh jadi pilihan sihat. Mana yang betul ni?
Semasa Persidangan Kesihatan Kedua Perak 2007, Datuk Dr Ramlee Rahmat, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Malaysia, menggolongkan nasi lemak sebagai makanan segera kerana ia tinggi kalori dan mudah dihidangkan. Pada 2011, cadangan dibuat untuk hadkan jualan nasi lemak kepada dua kali seminggu bagi menangani obesiti dan diabetes, terutama di kalangan kanak-kanak. (Sumber: Wikipedia)
Pada 22 Mac 2016, majalah terkenal TIME memilih nasi lemak sebagai salah satu daripada 10 hidangan sarapan antarabangsa yang paling sihat di dunia. Walaupun nasi lemak dianggap berlemak, ia kaya dengan nutrisi seperti manganese, protein, dan karbohidrat yang penting untuk tubuh. Kandungan cili dalam sambal nasi lemak juga dikatakan dapat meningkatkan metabolisme badan. (Sumber: Wikipedia)
Kredit sumber: Google
Apa Ada Dalam Nasi Lemak?
Biasanya, Nasi Lemak tu ada nasi (tentu la!), sambal, ikan bilis, telur rebus, kacang. Tapi kalau kita suka, boleh tambah lauk lain macam ayam goreng, rendang daging, sambal sotong, sambal kerang, atau telur mata kerbau. Yang bestnya, Nasi Lemak ni memang pedas, sebab tu ramai orang Malaysia suka pedas. Kalau ada kawan dari luar negara nak cuba, pastikan korang sediakan air okay!
Dalam hal kalori, sepinggan hidangan tradisional ini yang dihidangkan bersama pelbagai lauk-pauk mengandungi kira-kira 800 hingga 1,000 kalori. Jumlah ini setara dengan pengambilan kalori dalam 4 burger di restoran makanan segera. Dengan kata lain, hidangan ini sudah mencukupi keperluan kalori harian seseorang.
Kredit sumber: Sis Norey Yusof
Nasi
Nasi, yang menjadi bahan utama dalam hidangan ini, dimasak dengan santan kelapa dan daun pandan yang wangi. Ia membawa bersama kira-kira 300 hingga 100 gram, dengan kandungan mangan, zat besi, fosforus, serta vitamin B5 dan B6 yang baik untuk kesihatan.
Timun
Timun, dengan kandungan air sebanyak 95%, mengandungi kira-kira 16 kalori setiap 100 gram. Selain memberikan rasa segar, timun juga adalah sumber yang baik untuk vitamin K.
Kacang
Kacang, yang tidak boleh tidak ada dalam hidangan ini, menyumbang 25 kalori setiap 5 gram. Ia mengandungi lemak, serat, vitamin B2, magnesium, dan pelbagai mineral lain yang diperlukan oleh tubuh.
Sambal Nasi Lemak
Sambal nasi lemak yang diperbuat daripada cili, udang, atau ikan, dicampurkan dengan pelbagai herba seperti bawang putih, bawang merah, halia, asam jawa, jus limau, cuka, gula, dan garam. Meskipun perlu diambil perhatian kandungan gula dalam sambal, unsur-unsur ini memberikan hidangan kepelbagaian rasa yang unik.
Pemilihan minyak dan kaedah memasak sambal perlu diberi perhatian. Kandungan kapsaikin dalam cili tidak hanya memberikan rasa pedas, tetapi juga membantu mengawal kolesterol. Ikan bilis, yang juga disertakan dalam hidangan ini, adalah sumber protein dan asid lemak Omega-3 yang penting.
Dalam satu hidangan, terdapat sekitar 15 hingga 30 gram sambal yang memberikan sekitar 70 hingga 140 kalori. Oleh itu, nikmatilah keunikan dan kelazatan sambal yang menjadikan hidangan ini berbeza.
Kredit sumber: Google
Telur
Jangan lupa tentang telur, yang boleh menjadi pilihan tambahan dalam hidangan ini. Telur yang direbus atau digoreng menambahkan kalori, dengan biji telur menyumbang sekitar 55 hingga 70 kalori, dan mengandungi vitamin A, vitamin B2, vitamin D, iodin, fosforus, kalsium, dan thiamine. Jika digoreng, kalori akan meningkat sebanyak 35%.
Ayam Goreng
Ayam goreng, yang selalu menjadi pilihan, mengandungi sekitar 250 kalori untuk setiap 100 gram. Ia adalah sumber protein yang baik, potasium, magnesium, zat besi, dan vitamin B6. Namun, penggunaan minyak dalam proses memasak ayam boleh meningkatkan kandungan lemak. Oleh itu, pemilihan minyak berkualiti adalah penting.
Resepi Nasi Lemak Sedap dan Tahan Lama
Nasi Lemak
Bahan bahan
Beras - basuh dan tos
1 helai daun pandan - carik dan simpul
Garam
1 - 2 inci halia - hiris
1 cawan santan pekat
Cara cara
1) Masak nasi dengan air secukupnya. Sukatan air bergantung kepada beras seperti memasak nasi biasa. Biasanya paras air dalam kurang 1 inci atau satu paras garisan di jari.
2) Masukkan garam dan juga daun pandan. Masukkan dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
3) Bila mendidih dan air hampir kering, masukkan hirisan halia dan santan pekat tadi. Kacau rata.
4) Sambung hingga nasi masak. Siap untuk dihidangkan.
Kredit sumber: Facebook Resepi Orang Kampung
Sambal Tumis Ikan Bilis
Bahan bahan
1 mangkuk ikan bilis - basuh dan tos
3-4 biji bawang besar
3 ulas bawang putih - jangan banyak
1/2 mangkuk cili kisar
Air asam jawa - 1 sudu kecil pes asam jawa
Garam
3 sudu besar gula - kena ada rasa manis
Sedikit gula Melaka - supaya rasa lemak
Baca ini juga: RESEPI RENDANG HITAM
Baca ini juga: KERANG MASAK KAM HEONG
Cara cara
1) Kisar bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak yang agak banyak untuk memastikan bahan tumisan masak dan garing sempurna. Dah masak, boleh diceduk keluar.
2) Tumis bahan kisar dan cili kisar sehingga cili dan bawang benar benar masak dan garing dengan api perlahan. Proses yang sangat penting untuk memastikan keenakan dan juga ketahanan sambal.
3) Setelah garing, masukkan sedikit gula dan kacau rata bertujuan untuk menjadikan warna sambal yang merah cantik.
4) Kemudian masukkan air asam jawa dan ikan bilis. Biarkan masak dengan api perlahan.
5) Akhir sekali masukkan gula selebihnya dan garam secukup rasa. Jika suka, boleh juga diletakkan bawang besar hiris. Bolehlah angkat dan dihidangkan.
Nah, makcik nak bagi bonus sikit. Berikut adalah senarai jenis-jenis nasi lemak yang telah dan semakin mendapat tempat di hati penggemar nasi lemak seantero dunia.
Nasi Lemak HalbaNasi Lemak Ayam BerempahNasi Lemak Sambal SotongNasi Lemak PandanNasi Lemak Ayam Goreng BerempahNasi Lemak NiagaNasi Lemak KunyitNasi Lemak Tanpa SantanNasi Lemak StrawberiNasi Lemak Bunga Telang/Kelantan
So, korang jangan lupa untuk cuba resepi yang makcik dah bagi tu tau. Bolehlah hidangkan buat keluarga tersayang kan. till then, see you when I see you. Daaaa.
xoxo
0 Comments