CARA BUAT IMEJ SENDIRI DENGAN BING IMAGE CREATOR, PASTI JATUH CINTA!

Kak Tini dah terjebak gais! Dok gian buat AI images dah ni ha. Ketagih dok mereka image yang comel, cantik dan mengujakan gituh.

Hari ni, Kak Tini memang excited betul masa cuba

BING IMAGE CREATOR

untuk hasilkan gambar AI. Seriyes, memang teruja bebeno. Kalau nak diikutkan, sebelum ni, Kak Tini pernah la guna ChatGPT tapi, bila dah ada benda baru yang kita boleh buat kat Google Bing, why not kan? Tu yang Kak Tini gigih try and error dok buat prompt tu. Memang exciting, memang seronok bila prompt yang ditaip menghasilkan imej memukau. Sebenarnya, Kak Tini try and error je, maklumlah, belum terror bebeno lah katakan.


Gambar ni Kak Tini buat guna Bing Image Creator.

Prompt

A sweet room with study table which is suitable for writing and playing game for teenage girl.

Sweet je kan? Kak Tini ni nampak je brutal, tapi sebenarnya, dalam hati ada taman gituh! Hehe. Kak Tini suka dengan benda-benda yang simple and with pastel colour background. Fefeeling sweet camtu.  Rasa tenang je tengok.

Apa yang Kak Tini perasan, lepas taip prompt dan tekan button Create, Bing Image Creator akan design as in reka la imej yang dikehendaki berdasarkan prompt yang Kak Tini taip tadi. Basically, prompt yang kita taip pun kenalah lengkap agar memudahkan algorithm AI Bing Image Creator ni bekerja. Buat masa ni, prompt yang Kak Tini taip masih prompt yang simple-simple je.

Hasil Prompt


Prompt: Paddy field with the background of rolling hills and calm flowing river water.

Kira okaylah kan untuk first try tak gitu? Lepas ni, kalau nak update blog tapi takde gambar, takyah pening-pening kepala nak tanya pakcik Google. Buka je Bing Image Creator, buat gambar sendiri. Lagi bagus, tak payah nak kredit owner gambar. Sebab kalau ambil dari Google, kena la mention sumber gambar. Kalau tak, boleh kena saman, owner gambar tak puas hati. Atau lebih teruk, kena marah sebab guna gambar diorang tanpa izin.

So, korang dah cuba Bing Image Creator? Cop, sebelum tu, korang dah tahu ke belum pasal Bing Image Creator nih?

Apakah Bing Image Creator?

Bing Image Creator merupakan suatu alat untuk membuat kandungan visual dengan cepat dan mudah. Ia membolehkan pengguna menghasilkan kandungan tulisan dan visual di satu tempat, secara langsung daripada enjin carian Bing. Alat ini sangat berguna bagi mereka yang perlu membuat kandungan visual tetapi tidak mempunyai masa atau sumber untuk melakukannya sendiri.

Bagaimana Bing Image Creator Berfungsi?

Bing Image Creator berfungsi dengan menggunakan rangkaian neural untuk memahami makna penerangan teks dan menghasilkan imej yang sepadan. Rangkaian neural dilatih dengan dataset besar imej dan teks, membolehkannya memahami hubungan di antara kedua-duanya. Model DALL∙E adalah rangkaian neural yang boleh menghasilkan imej dari penerangan teks. Ia berfungsi dengan belajar mengaitkan penerangan teks dengan imej yang sepadan dan kemudian mencipta imej baru berdasarkan hubungan tersebut.


Prompt: Panaromic diorama of houses on a prairie with loving families staying there.

Ciri-Ciri Utama Bing Image Creator

Bing Image Creator mempunyai beberapa ciri, termasuk:

Penerbitan Imej

Bing Image Creator menggunakan algoritma dan teknologi teks-ke-imej untuk menghasilkan imej berdasarkan arahan pengguna.

Penyesuaian

Pengguna boleh menyesuaikan imej mereka dengan menggunakan perkataan sendiri untuk menerangkan gambar yang mereka ingin lihat.

Pelbagai

Bing Image Creator boleh menghasilkan beberapa imej berdasarkan satu arahan, memberikan pengguna pelbagai pilihan untuk dipilih.

Nisbah Aspek

Bing Image Creator membolehkan pengguna menentukan nisbah aspek imej mereka, memastikan saiz dan bentuk yang betul untuk kegunaan yang dikehendaki.

Fungsi Lanjutan

Bing Image Creator termasuk ciri-ciri lanjutan seperti berat imej dan arahan negatif, yang membolehkan pengguna menyesuaikan proses penghasilan imej mereka.

Cara Menggunakan Bing Image Creator

1) Untuk mengakses Bing Image Creator, korang hanya perlu memiliki akaun Microsoft.

2) Untuk menggunakan Bing Image Creator, korang boleh pergi ke laman web Bing Image Creator (https://www.bing.com/create) atau menggunakan ciri Bing Chat di Microsoft Edge.

3) Sekiranya korang menggunakan laman web, masukkan penerangan teks imej yang korang nak cipta dan klik butang Create.Korang akan diberikan 15 kredit setiap hari. Jadi korang memang boleh cuba pelbagai jenis prompt yang korang ingini. Masuk hari seterusnya, kredit korang akan jadi 15 balik.

4) Bing Image Creator akan menghasilkan imej dan memaparkannya di skrin.

5) Kalau korang menggunakan Bing Chat, cukup dengan menaip penerangan teks imej yang korang nak cipta dan Bing Chat akan menghasilkan imej dan menghantarnya kat korang.

6) Korang juga boleh kumpul Microsoft Rewards. Ada soalan ringkas yang korang boleh jawab, puzzlelah, gamelah dan korang akan diberikan points. Bila dah sampai satu tahap, korang boleh guna points tu untuk tebus rewards tu untuk guna kat Roblox la, Diablo la, kiranya, ada hasillah jugak gituh.


Prompt: A writer's workstation with writing materials, books, laptop, a cup of hot coffee and dessert.

Aplikasi Berpotensi Bing Image Creator

Bing Image Creator mempunyai potensi aplikasi yang pelbagai di pelbagai domain, termasuk:

Pendidikan

Mencipta bahan pendidikan seperti gambarajah, ilustrasi, dan visualisasi konsep.

Reka Bentuk

Menghasilkan reka bentuk untuk produk, laman web, dan projek kreatif.

Pemasaran

Mencipta aset pemasaran seperti visual produk, kiriman media sosial, dan kempen e-mel.

Seni

Mencetuskan ungkapan seni termasuk lukisan, patung, dan ilustrasi digital.

Had Bing Image Creator

Setiap applikasi atau sistem pasti ada hadnya betul tak? Begitu jugalah dengan Bing Image Creator yang datang dengan beberapa had penting.

1) Ia menetapkan had aksara sebanyak 380 aksara untuk arahan, walaupun pengguna boleh menggunakan ciri chat untuk penerangan yang lebih terperinci.
2) Alat ini tidak mempunyai pilihan penyuntingan, bermakna pengguna tidak dapat membuat perubahan kepada imej yang dihasilkan.
3) Bing Image Creator juga tidak mempunyai pilihan arahan pra-tetap, yang boleh menyebabkan kesukaran dalam merumuskan penerangan yang sesuai.
4) Ia juga menawarkan perlindungan terhadap creator, bergantung terutamanya pada aduan untuk menyekat akses kepada hasil kerja mereka.


Prompt: An anime image of a teenager studying late at night while looking out through her room window.

Harga Penggunaan Bing Image Creator

Bing Image Creator pada masa ini boleh digunakan secara percuma dengan menggunakan akaun Microsoft. Seperti generatorAI lain, ia juga menggunakan kredit peningkatan, menjamin pengguna untuk menghasilkan imej dengan cepat. Tanpa peningkatan, Bing Image Creator masih boleh mencipta imej tetapi akan mengambil masa yang lebih lama.

Jom Cipta Imej Sendiri

So, lepas ni, takyah nak ambil gambar orang lain. Buat sendiri je guna Bing Image Creator. Kak Tini dah cuba  dan memang dah addicted dah sekarang ni. Seriyes, Bing Image Creator ni memang betul-betul menyeronokkan! Ia bantu kita buat gambar sendiri tanpa penat mencari daripada sumber lain. Bing Image Creator membuka pintu untuk kreativiti tanpa had, membolehkan Kak Tini bereksperimen dengan pelbagai idea visual.

Bagi sesiapa yang belum cuba, Kak Tini cadangkan korang untuk try Bing Image Creator ni. Mungkin alat ni boleh jadi kawan baik korang dalam menghasilkan gambar menarik untuk blog, projek kreatif, atau apa-apa sahaja yang korang minat. Selamat mencuba, dan jangan lupa share pengalaman korang dengan Kak Tini! Kalau ada soalan atau nak berkongsi apa-apa jangan segan-silu, diyem atau komen je. Nanti Kak Tini cekidaut. Till then, see you when I see you. Daaaa.


FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE

xoxo


Post a Comment

6 Comments

  1. cantik, suka tengok orang melukis guna apps ni. kalau kita pula memang tak rajin nak explore benda ni sekarang.

    ReplyDelete
  2. Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    ReplyDelete
  3. terima kasih berkongsi. betul tu boleh guna untuk jadi gambar di blog bila takde gambar sesuai untuk diletak

    ReplyDelete
  4. bagus AI ni... Tapi geng 'visualizer' akan kurang job la lepas ni.....

    ReplyDelete
  5. yeahhhhh Ana pun terjebakkk jugak dgn Bing Image Creator ni.
    best & terujaaaa betol sbb memudahkan kerjaaa hehehe

    ReplyDelete
  6. saya pon jatuh cinta juga try AI ni hehe

    ReplyDelete