Korang ada anak-anak yang suka makan nugget ayam? Atau korang sendiri yang memang hantu nugget? Kalau ya, korang kena cuba resepi nugget ayam homemade ni! Bukan je senang, tapi lebih sihat dan jimat. Jom kita belajar cara buat nugget ayam homemade dengan bahan-bahan mudah yang boleh korang dapatkan di kedai runcit berdekatan.
NUGGET AYAM HOMEMADE
Resepi ni tak ada sukatan yang ketat sebab kita guna konsep agak-agak je. Seronok kan? Korang boleh adjust ikut selera masing-masing!Bahan-Bahan yang Diperlukan
1) Isi Ayam (ayam bahagian dada lebih sedap dan berprotein tinggi). Beli kat sini.2) Bawang Besar (untuk aroma dan rasa manis). Beli kat sini.
3) Bawang Putih (untuk menambah aroma). Beli kat sini.
4) Telur (untuk kelembutan dan sebagai pengikat)
5) Serbuk Hilal (optional, tapi best kalau ada)
6) Serbuk Perasa (penyedap rasa yang wajib ada)
7) Sedikit Garam (tak perlu banyak sebab cukup rasa dah ada)
8) Serbuk Lada Hitam (untuk rasa pedas sikit)
9) Sedikit Air (supaya bahan senang diblend)
10) Tepung Jagung (untuk tekstur nugget yang kenyal)
11) Tepung Serbaguna (yang ni beli kat kedai ECO je, murah dan senang dapat)
Cara-Cara Penyediaan
Sekarang kita masuk part yang paling best — cara nak buat nugget ni. Tak susah pun, sesuai untuk yang baru belajar masak atau yang nak buat aktiviti seronok bersama anak-anak kat rumah.
Langkah 1: Sediakan Bahan dan Blender
Masukkan semua bahan kecuali tepung serbaguna ke dalam blender. Pastikan korang potong kecil-kecil dulu bahan-bahan seperti bawang dan ayam tu supaya senang blend. Tambah sedikit air kalau perlu supaya bahan semua boleh berpusing dengan baik dalam blender. Blend sampai semua bahan sebati dan jadi macam pes yang halus.
Langkah 2: Sediakan Loyang dan Kukus
Sapukan minyak atau butter pada loyang supaya pes nugget kita tak melekat nanti. Tuangkan pes nugget yang dah diblend tadi ke dalam loyang. Kukus pes nugget selama 30 minit atau sehingga masak. Nak tahu dah masak ke belum? Cungkil sikit kat tengah-tengah, kalau dah tak melekat, maknanya dah siap!Langkah 3: Potong dan Goreng Nugget
Setelah siap dikukus, angkat nugget tu dan biarkan sejuk sikit. Lepas tu, potong ikut bentuk dan saiz yang korang suka. Nak bentuk bintang, hati, atau bulat? Terpulang! Bancuh tepung serbaguna dengan air. Jangan terlalu likat atau cair sangat. Bancuhan ni untuk salut nugget kita nanti.Celup potongan nugget dalam bancuhan tepung, pastikan semua bahagian terbalut elok.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng nugget sehingga keemasan. Jangan lupa balik-balikkan nugget supaya masak sekata.
Siap! Nugget Ayam Homemade Sedia Dinikmati
Itulah dia, nugget ayam homemade yang simple dan sedap! Resepi ni bukan je sesuai untuk dimakan begitu saja, tapi boleh juga dijadikan bekal anak-anak ke sekolah atau hidangan ringan untuk minum petang. Lagi best, korang boleh tambah sayur-sayuran macam carrot atau bayam dalam adunan nugget tu. Dah la sihat, anak-anak pun tak perasan makan sayur!Selamat mencuba resepi nugget ayam homemade ni, korang! Kalau korang ada tips atau idea lain untuk resepi ni, jangan lupa share dengan Kak Tini. Happy cooking!
Kredit resepi dan gambar: Che Ros
Till then, thanks for reading everyone. See you when I see you.
2 Comments
Buat sendiri lagi sihat.
ReplyDeleteeh nak try lah..mcm senang je...
ReplyDelete