STEM VS SENI: PILIHAN MANA YANG PALING SESUAI UNTUK MASA DEPAN?

Selepas tamat SPM, korang mungkin akan berdepan dengan dilema besar dalam menentukan hala tuju pengajian dan kerjaya. Adakah korang nak pilih bidang STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik) atau bidang seni? Kedua-dua bidang ni ada kelebihan dan cabarannya tersendiri. Hari ni, Kak Tini akan kupas kelebihan dan kekurangan kedua-dua bidang ni serta bagaimana korang boleh buat pilihan yang terbaik untuk masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang gituh.


STEM VS SENI

Apa Itu Bidang STEM?

Kelebihan Bidang STEM

STEM ni merangkumi empat bidang utama: Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik. Kalau korang minat bidang-bidang ni, ada banyak kelebihan yang menanti korang. Jom tengok apa korang boleh dapat kalau pilih STEM:

1) Peluang Kerjaya yang Luas dan Dinamik:
Bidang STEM ni macam pintu yang buka banyak peluang kerja dalam pelbagai sektor, contohnya teknologi, perubatan, kejuruteraan, dan banyak lagi. Korang boleh explore macam-macam industri yang sentiasa berkembang, dan yang paling best, korang boleh kumpul pengalaman yang berharga dalam pelbagai bidang.

2) Kemahiran Teknikal yang Mantap:
Dalam dunia STEM, korang bukan je belajar teori. Korang akan diasah dengan kemahiran teknikal dan analitikal yang tinggi. Korang akan dilatih untuk selesaikan masalah secara sistematik dan berfikir secara kritikal dalam apa jua situasi. Kemahiran ni memang berharga, tak kira dalam kerja atau kehidupan seharian.

3) Sumbangan Besar kepada Masyarakat:
Kerja dalam bidang STEM ni bukan pasal teknologi atau mesin je. Korang sebenarnya ada peluang untuk menyumbang kepada masyarakat dan dunia. Bayangkan korang terlibat dalam kajian yang boleh ubah hidup orang, macam buat teknologi baru atau cari penyelesaian untuk masalah kesihatan. Bangga, kan?

Jadi, kalau korang rasa korang ada minat dan potensi dalam bidang ni, STEM mungkin pilihan yang tepat untuk masa depan korang. Dengan semua kelebihan ni, tak mustahil korang boleh cemerlang dan buat impak yang besar dalam dunia ni!


Kekurangan Bidang STEM

Namun, bidang STEM ni juga ada beberapa cabaran yang korang kena sedia hadapi:

1) Keperluan Akademik yang Tinggi:
Dalam STEM, korang perlu kuasai konsep-konsep yang agak kompleks, terutamanya dalam mata pelajaran matematik, sains, dan teknologi. Ini mungkin memerlukan usaha yang lebih dan dedikasi yang tinggi. Kalau tak kuat semangat, korang mungkin akan rasa susah nak capai kejayaan. Tapi, alah biasa tegal biasa, kalau minat, apapun boleh maaa.

2) Beban Kerja yang Berat:
Kadang-kadang, kerja dalam bidang STEM boleh jadi sangat intensif dan memerlukan masa yang panjang. Korang mungkin perlu bekerja dalam tempoh yang lama, hadap masalah yang rumit, dan sentiasa kena alert. Ini boleh jadi cabaran besar, terutamanya kalau korang tak biasa dengan beban kerja yang berat.

Jadi, walaupun STEM ni penuh dengan peluang, korang kena bersedia mental dan fizikal untuk hadapi cabaran-cabaran ni.



Apa Itu Bidang Seni dan Kemanusiaan?

Kelebihan Bidang Seni dan Kemanusiaan

Bidang seni dan kemanusiaan memang luas, merangkumi kreativiti, pemikiran kritikal, dan pemahaman budaya yang mendalam. Kalau korang minat bidang ni, ada beberapa kelebihan menarik yang mungkin akan buat korang lebih yakin dengan pilihan korang:

1) Ekspresi Kreatif Tanpa Batas:
Dalam bidang seni, korang bebas ekspresikan diri korang dengan cara yang paling korang suka, tak kira melalui lukisan, muzik, penulisan, atau apa saja bentuk seni yang lain. Inilah peluang untuk korang asah bakat kreatif, cipta karya yang unik, dan explore idea-idea baru tanpa batasan. Bayangkan karya korang jadi inspirasi pada orang lain, betapa puas hatinya lah. Kan?

2) Memahami Manusia dan Dunia di Sekeliling:
Bidang kemanusiaan ni bukan setakat belajar pasal sejarah atau budaya, tapi lebih kepada memahami manusia dan dunia di sekeliling kita. Dengan ilmu ni, korang boleh jadi individu yang lebih berempati, dan memahami kenapa orang berfikir dan bertindak seperti mana yang mereka lakukan. Ini semua membantu korang untuk berinteraksi dengan lebih baik dalam kehidupan seharian.

3) Pilihan Kerjaya yang Luas dan Fleksibel:
Kelebihan besar bagi graduan seni dan kemanusiaan ialah korang tak terikat pada satu jenis kerja je. Korang boleh explore pelbagai kerjaya yang sesuai dengan minat korang, daripada bekerja dalam bidang media, jadi pendidik, atau mungkin terlibat dalam pengurusan seni. Pilihan tu ada di tangan korang, dan korang boleh pilih laluan kerjaya yang paling memenuhi jiwa dan minat korang.

Seni dan kemanusiaan ni memang tak boleh dipandang sebelah mata. Walaupun nampak macam tak seglamor bidang lain, tapi ia beri korang ruang untuk jadi diri sendiri, sambil belajar dan memahami dunia dengan lebih mendalam. Kalau korang rasa minat dan jiwa korang ada kat sini, jangan takut untuk teruskan!


Kekurangan Bidang Seni dan Kemanusiaan

Walaupun bidang seni dan kemanusiaan ada banyak kelebihan, tak dinafikan ada juga cabaran yang korang kena sedia hadapi:

1) Persaingan yang Sengit:
Dalam bidang seni, persaingan untuk mendapatkan peluang memang sengit. Ramai yang berbakat dan korang perlu cari cara untuk menonjol di tengah-tengah orang lain yang mungkin sama hebat atau lebih hebat. Ini memerlukan usaha, kreativiti, dan kadang-kadang, sedikit nasib untuk benar-benar menyerlah.

2) Kepuasan Kerjaya yang Tidak Selalu Konsisten:
Walaupun kerjaya dalam seni boleh berikan korang kepuasan kreatif, ia mungkin tak selalu stabil daripada segi pendapatan dan peluang. Ada masanya korang mungkin akan dapat banyak projek, tapi ada juga masanya kerja susah nak datang. Ini boleh jadi cabaran besar terutamanya kalau korang bergantung sepenuhnya pada bidang ni untuk sumber pendapatan. Korang mungkin kena bersedia dengan pelan B untuk kekalkan kestabilan kewangan.

Bidang seni dan kemanusiaan ni memang penuh dengan peluang, tapi juga datang dengan cabarannya sendiri. Kalau korang betul-betul minat dan sanggup hadapi cabaran ni, tak ada sebab untuk korang tak teruskan. Yang penting, korang kena bersedia dan sentiasa kreatif dalam mencari jalan untuk berjaya!



Gabungan Minat STEM dan Seni

Kadang-kadang, tak perlu terhad pada satu bidang sahaja. Kak Tini sendiri bermula dengan belajar dalam bidang STEM. Namun, Kak Tini juga sangat menyukai seni penulisan.

Masa tengah study dalam bidang STEM, Kak Tini sempat join kursus pendek dalam seni dan penulisan. Sambil-sambil tu, Kak Tini buat kerja-kerja freelance macam terjemah kuliah dan tolong buat bahan pengajaran. Ada jugak ambil upah tulis artikel, buat poster, dan logo. Waktu tu, media sosial tak macam sekarang, tapi bidang grafik dah start berkembang.

Bayangkan, Kak Tini kena baca dan faham Sulalatus Salatin untuk buat bahan pengajaran! Bila dah baca, memang terus melekat kat kepala. Akhirnya, Kak Tini dapat A dalam subjek TITAS, sebab ilmu tu memang dah lekat untuk jawab exam. Hehe.

Dengan gabungkan dua minat ni, Kak Tini bukan je berjaya dalam bidang STEM, tapi juga terus aktif berkarya dalam seni penulisan. Jadi, korang tak perlu pilih satu je. Kalau ada dua minat, cuba gabungkan dua-dua macam Kak Tini buat. Siapa tahu, korang pun boleh berjaya dalam kedua-dua bidang yang korang suka!



Bagaimana Nak Buat Pilihan?

Kenali Minat dan Kebolehan Korang

Langkah pertama untuk memilih bidang yang sesuai adalah dengan mengenali apa yang korang benar-benar minati dan di mana kebolehan korang terletak. Tanya diri sendiri, apa yang korang suka buat? Adakah korang suka matematik dan sains? Kalau ya, mungkin bidang STEM adalah pilihan yang baik untuk korang. Sebaliknya, jika korang lebih suka menulis, melukis, atau bermain muzik, mungkin korang akan lebih puas dalam bidang seni.

Fikirkan Matlamat Jangka Panjang

Setelah korang kenal pasti minat dan kebolehan, fikirkan tentang matlamat jangka panjang korang. Apa yang korang ingin capai dalam kerjaya? Jika korang bercita-cita untuk menjadi jurutera, saintis, atau bekerja dalam teknologi, maka bidang STEM adalah pilihan yang tepat. Namun, jika korang mahu menggunakan kreativiti dalam penulisan, muzik, atau seni visual, maka bidang seni mungkin lebih sesuai.



Pertimbangkan Peluang Kerjaya dan Pasaran Kerja

Ketika membuat keputusan tentang bidang yang sesuai, sangat penting untuk pertimbangkan peluang kerjaya dan pasaran kerja dalam bidang tersebut.

Bidang STEM sering kali menawarkan banyak peluang pekerjaan, terutama dalam sektor yang sedang berkembang pesat seperti teknologi, kejuruteraan, dan perubatan. Dengan kemajuan teknologi yang pesat, permintaan untuk profesional dalam bidang STEM sentiasa tinggi. Ini bermakna, korang mungkin akan mempunyai banyak pilihan kerjaya dan peluang untuk berkembang dalam industri yang sentiasa berubah dan berinovasi.

Bidang seni dan kemanusiaan pula menawarkan peluang dalam bidang kreatif dan kebudayaan. Walaupun persaingan mungkin lebih sengit dan peluang kerja mungkin tidak sebanyak dalam bidang STEM, kerjaya dalam seni boleh memberikan kepuasan kreatif dan peluang untuk bekerja dalam pelbagai bidang seperti media, pendidikan, dan pengurusan seni. Jika korang suka mengekspresikan diri dan berinteraksi dengan budaya serta masyarakat, bidang ini mungkin sesuai untuk korang.

Apa yang penting, buatlah keputusan yang seimbang antara minat, kebolehan, dan peluang kerjaya yang ada. Setiap bidang mempunyai kelebihan dan cabaran tersendiri. Pilihlah jalan yang paling sesuai dengan diri korang, impian korang, dan apa yang korang suka buat. Dengan pertimbangan yang bijak, korang boleh mencapai kejayaan dan kepuasan dalam kerjaya yang dipilih.



Memilih antara bidang STEM dan seni memang cabaran yang tak mudah. Tapi, ini adalah peluang untuk korang kejar apa yang korang minat dan mungkin akan beri kesan besar pada masa depan korang. Bidang STEM biasanya menawarkan banyak peluang kerja yang stabil dan gaji yang baik, manakala bidang seni pula memberi ruang untuk korang berkreativiti dan ekspresikan diri dengan lebih bebas.

Paling penting, korang kena faham apa yang korang minat dan apa kebolehan korang, lepas tu buat keputusan berdasarkan apa yang korang nak capai dalam hidup. Ingat, tak ada satu jawapan yang sesuai untuk semua orang. Pilihlah jalan yang paling sesuai dengan diri korang, dan jangan takut untuk kejar impian, sama ada dalam bidang STEM, seni, atau kedua-duanya sekali. Dengan usaha dan kesungguhan, korang pasti boleh capai kejayaan yang memuaskan dalam kerjaya dan kehidupan korang.

Thanks for reading everyone. Till then, see you when I see you.

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE

xoxo


Post a Comment

1 Comments

  1. Perkongsian yg baik... Jauh lagi anak2 nak menghadapi SPM ni.. namun kena letak arah tuju dari skrg supaya mereka boleh hala tuju masing2..

    ReplyDelete