KENAPA FAIZAL TAHIR & ALIF SATAR PILIH PAKEJ HAJI MKM TRAVEL? KORANG PUN KENA TAHU SEBABNYA

Pernah tak korang rasa macam ada satu panggilan dalam hati untuk tunaikan haji, tapi pada masa yang sama rasa serba-serbi risau – cukup ke duit, macam mana nak uruskan visa, hotel, makanan, dan semua benda yang korang tak pernah buat sebelum ni? Haa, Kak Tini faham sangat perasaan ni. Haji ni bukan sekadar perjalanan biasa, tapi satu panggilan istimewa yang setiap umat Islam nantikan. Bila Allah dah jemput, kita nak pastikan semua yang kita rancang berjalan dengan baik, kan?

Masa Kak Tini tengah cari info pasal pakej haji, Kak Tini terjumpa cerita menarik tentang dua selebriti kesayangan ramai, Faizal Tahir dan Alif Satar, yang berjaya tunaikan haji baru-baru ni. Apa yang buat Kak Tini teruja, dorang pilih pakej dari MKM Travel, sebab dorang kata servis yang diberikan memang kelas A! Walaupun dorang ni sibuk dengan jadual kerja yang padat, MKM Travel berjaya mudahkan semua urusan dorang dari A sampai Z. Korang rasa, kalau Faizal dan Alif puas hati, takkanlah kita nak lepaskan peluang untuk join pakej ni jugak, kan?

Haji bukan sekadar satu kewajipan, tapi ia adalah peluang untuk korang dapatkan "reset" dalam hidup. Setiap langkah di Tanah Suci bukan sahaja penuh ganjaran, tapi juga membawa makna yang mendalam untuk diri sendiri. Bayangkan korang melangkah di padang Arafah, bermunajat di hadapan Kaabah, atau melontar jamrah dengan penuh rasa keinsafan. Setiap ibadah yang korang buat di sana sebenarnya adalah hadiah untuk diri sendiri – hati yang tenang, jiwa yang bersih, dan azam baru untuk terus jadi hamba yang lebih baik.

KENAPA MKM TRAVEL MENJADI PILIHAN RAMAI?

Okay, ni sebab utama kenapa ramai sangat orang pilih MKM Travel untuk urusan haji dorang:

Pengalaman Bertahun-Tahun

MKM Travel ni dah ada 13 tahun pengalaman dalam menguruskan perjalanan haji. Dorang dah uruskan ribuan jemaah sebelum ni, jadi dorang tahu selok-belok macam mana nak pastikan semua berjalan lancar.



Layanan Mesra & Profesional

Apa yang buat Kak Tini impressed, semua staf di MKM Travel sangat mesra dan sabar layan soalan jemaah. Tak kisahlah korang tanya soalan basic sekalipun, dorang akan explain sampai korang betul-betul faham.



Pakej Lengkap & Pelbagai Pilihan

Dari bajet sederhana hingga pakej premium, semuanya ada. Korang boleh pilih ikut kemampuan dan keselesaan korang. Paling penting, semua pakej ni lengkap dengan bimbingan mutawif, makanan halal, dan hotel yang dekat dengan Masjidil Haram.



Pakej Haji Yang Ditawarkan

1) Pakej Salam

Tempoh: 40 hari – cukup untuk korang betul-betul rasa nikmat beribadah dan melawat tempat-tempat penuh barakah di Mekah dan Madinah.
Hotel Mekah: Rayannah Hotel – hanya 400 meter dari Masjidil Haram. Dekat sangat, boleh jalan kaki dengan tenang.
Hotel Madinah: Millenium Al-Aqeeq – 50 meter je dari Masjid Nabawi. Memang strategik.
Harga: RM54,900 untuk 5 pax – sesuai untuk jemaah yang nak ibadah tenang dengan bajet sederhana.
Pengalaman Best: Mutawif yang berpengalaman akan bimbing setiap langkah korang . Sesuai sangat untuk yang pertama kali nak menunaikan haji. Lokasi hotel pun strategik, jadi tak perlu risau nak ulang-alik ke masjid!

2) Pakej Salam Plus

Tempoh: 40-45 hari – masa lebih panjang untuk korang buat ibadah dengan tenang.
Hotel Mekah: Maysan Al-Mashaer – 430 meter dari Masjidil Haram, tak jauh untuk ulang-alik.
Hotel Madinah: Worth Peninsula – 300 meter dari Masjid Nabawi. Dekat, mudah, dan selesa.
Harga: RM58,000 untuk 5 pax – lebih sedikit dari Salam, tapi dengan kemudahan tambahan.
Pengalaman Best: Hotel di Aziziya dan khemah di Mina disediakan untuk keselesaan korang. Tambahan pula, lokasi dekat membantu memudahkan pergerakan antara ibadah.

3) Pakej Menara Jam

Tempoh: 40 hari – ibadah tanpa tergesa-gesa.
Hotel Mekah: Movenpick Hajar Tower – literally sebelah Masjidil Haram! Nak turun solat pun senang, jalan kaki je beberapa langkah.
Hotel Madinah: Millenium Al-Aqeeq – cuma 50 meter dari Masjid Nabawi. Memang dekat sangat!
Harga: RM75,900 untuk 4 pax – berbaloi untuk korang yang nak kombinasi keselesaan dan kemewahan sederhana.
Apa yang Best: Tak perlu fikir transport sebab semuanya dekat. Hotel pun sangat selesa, sesuai untuk recharge tenaga antara ibadah. Jemaah yang mahukan pengalaman lebih eksklusif pasti suka pakej ni.


4) Pakej Safa

Tempoh: 20 hari – ideal untuk yang ada jadual ketat tapi tetap nak buat haji.
Hotel Mekah: Marwa Rayhaan Rotana – hanya 50 meter dari Masjidil Haram. Dekat, mudah, dan sangat selesa.
Hotel Madinah: Millenium Al-Aqeeq – lokasi premium hanya 50 meter dari Masjid Nabawi.
Harga: RM115,000 untuk 4 pax – pengalaman eksklusif dengan tempoh yang lebih singkat.
Pengalaman Best: Hotel premium dengan kemudahan terbaik. Sesuai untuk jemaah yang sibuk tetapi tetap mahu keselesaan maksimum sepanjang ibadah.

5) Pakej Firdaus

Tempoh: 18 hari – pilihan premium untuk mereka yang mahukan perjalanan yang efisien dan eksklusif.
Hotel Mekah: Dar Tawhid Intercontinental – literally 10 meter je dari Masjidil Haram. Korang boleh turun dan terus masuk masjid!
Hotel Madinah: Oberoi Medina – juga 10 meter dari Masjid Nabawi. Memang premium habis!
Harga: RM275,000 untuk 2 pax – pakej mewah untuk pengalaman haji yang luar biasa.
Apa yang Best: Penginapan bertaraf lima bintang. Fokus utama adalah keselesaan dan masa berharga untuk ibadah. Memang lain macam level eksklusifnya!


Highlight Utama:

Semua urusan – daripada makan minum hingga ziarah – diuruskan dengan sangat teliti. Korang cuma perlu fokus pada ibadah dan nikmati pengalaman eksklusif ni. Semua pakej ni direka untuk memastikan korang dapat laksanakan ibadah dengan tenang, selesa, dan penuh makna. Boleh pilih ikut keperluan dan bajet korang. Apa pun pilihan korang, semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah Azzawajalla.



APA KATA FAIZAL TAHIR DAN ALIF SATAR?

Ni part paling menarik, korang. Faizal Tahir cerita yang dia paling puas hati dengan pengurusan masa dan perjalanan. Katanya, setiap itinerary yang MKM Travel sediakan sangat well-organized. Semua aktiviti ikut jadual, tak ada rushing atau rasa lost.



Menurut Alif Satar, dengan MKM Travel, korang bukan setakat dapat peluang menunaikan ibadah haji, tapi korang juga akan sentiasa dibimbing oleh ilmuwan agama dan ustaz yang berpengalaman. Setiap hari, ada sesi pengisian rohani, tazkirah, dan motivasi untuk pastikan jiwa korang sentiasa terisi dengan ilmu baru.


Testimonial Lagi



KELEBIHAN LAIN YANG KORANG TAK BOLEH LEPASKAN

Kalau korang masih ragu-ragu, ni beberapa lagi sebab kenapa korang kena consider MKM Travel:

1) Mutawif Berpengalaman: Dorang tak hanya tahu bab ibadah, tapi juga pandai handle jemaah supaya semua rasa selesa dan tenang sepanjang perjalanan.



2) Hadiah Eksklusif: Siap dapat beg haji, kain ihram/telekung, dan kelengkapan lain. Barang-barang ni semua berkualiti tinggi tau!



3) Makan 3 Kali Sehari: Buffet dengan pelbagai menu, confirm korang takkan rasa lapar. Semua makanan halal dan lazat.

4) Kursus Intensif Sebelum Berangkat: Untuk yang risau tak tahu nak buat apa bila sampai sana nanti, jangan risau. MKM Travel sediakan kursus lengkap supaya korang yakin dan ready.


JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA – SLOT CEPAT HABIS!

Musim haji 2025 dah tak lama lagi, korang. Slot untuk Pakej Haji 2025 sama ada Pakej Haji Premium atau Pakej Haji Swasta yang standard dah semakin menyusut. Kalau korang betul-betul ada niat, jangan tunggu lama-lama sebab slot ni memang cepat habis. Kalau berminat, korang boleh terus WhatsApp atau call MKM Travel di talian ini +6011-1121 4188.

Semoga kita semua dipermudahkan untuk menjadi tetamu Allah. Kak Tini doakan korang semua dapat pergi menunaikan haji dengan hati yang tenang dan jiwa yang bersedia. Amiiiin amiiiin allahumma amiiiin. Semoga Allah permudah.

Laman Web | +603 7831 6740 | WhatsApp | Star Avenue Commercial Centre B-29, Jalan Zuhal U5, 179, Seksyen U5, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor.

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE

xoxo


Post a Comment

0 Comments