HATI TERLUKA – RAWATLAH SEBELUM TERLAMBAT

Pernah tak korang rasa… hati ni macam dah tak ada ruang lagi untuk rasa sakit? Sebab selama ni, dah terlalu banyak yang kita telan. Kata-kata orang yang menghiris, janji yang tak ditepati, kepercayaan yang dikhianati, kehilangan yang tak sempat kita ucap “selamat tinggal”… semua bercampur-campur jadi satu beban dalam dada.

Kadang-kadang, kita berjalan sambil senyum, tapi hakikatnya hati sedang menangis. Kita bercakap seperti biasa, tapi dalam hati hanya Allah yang tahu betapa rapuhnya kita. Itulah luka hati — tak berdarah, tapi peritnya menusuk jiwa.


Kak Tini faham… sebab Kak Tini pun tengah cuba merawat luka sendiri. Ada hari yang rasa kuat, tapi ada juga hari yang rasa macam nak rebah. Kadang-kadang, bila penat sangat simpan dalam hati, Kak Tini menangis je. Menangis tu bukan sebab lemah, tapi sebab nak lepaskan rasa berat yang terpendam. Lepas menangis, walaupun sikit, hati rasa lapang.

HATI TERLUKA – RAWATLAH SEBELUM TERLAMBAT

Akui Luka Tu Ada

Ramai orang cuba ‘lari’ daripada rasa sakit. Kita cuba sibukkan diri dengan kerja, dengan aktiviti, dengan hiburan. Tapi bila malam datang dan semuanya sunyi, luka tu datang semula, segar seperti baru berlaku. Sebab tu langkah pertama adalah mengaku pada diri sendiri yang kita memang sedang terluka. Tak salah untuk mengaku kita tak okay. Tak salah untuk menangis. Menangis bukan tanda kita lemah — ia tanda kita manusia. Bila kita cuba pura-pura kuat, luka tu akan kekal di situ, membusuk perlahan-lahan. Tapi bila kita mengaku, kita bagi peluang untuk diri sendiri mula sembuh.



Beri Masa Pada Diri Sendiri

Hati bukan mesin. Dia tak boleh diperbaiki dalam masa satu malam. Proses sembuh tu macam tanam pokok — mula-mula kena siram dengan air sabar, kena beri cahaya redha, dan kena lindungi dari racun kata-kata negatif. Akan ada hari yang kita rasa dah okay, tapi esoknya jatuh balik. Akan ada hari kita rasa kuat, tapi tiba-tiba satu lagu atau satu tempat mengingatkan kita pada luka lama. Itu normal. Proses healing ni bukan jalan lurus, dia berliku-liku. Yang penting, jangan berhenti melangkah, walaupun perlahan.


Isi Hati Dengan Benda Baik

Hati yang kosong mudah terisi dengan rasa sedih, marah, dan kecewa. Sebab tu kita kena isi dia dengan perkara yang baik-baik. Dekatkan diri dengan Allah. Baca Al-Quran walaupun satu ayat sehari. Dengar bacaan yang menenangkan. Hadirkan diri di majlis ilmu. Sebab hati ni… Dia yang pegang. Kalau kita serahkan pada Dia, insyaAllah akan ada jalan keluar yang tak kita sangka. Selain tu, isi masa dengan hobi yang membahagiakan. Masak resepi baru, menulis diari, berkebun, atau sekadar berjalan di taman dan hirup udara segar. Bila kita sibuk dengan perkara yang memberi rasa tenang, luka tu perlahan-lahan akan sembuh.



Luka Masih Ada Tapi Belajar Untuk Jalan Terus

Kak Tini tak nak tipu – sakit tu masih ada. Ada hari yang rasa kuat, ada hari yang rasa macam semua runtuh lagi. Ada masa Kak Tini boleh senyum macam tak ada apa-apa, tapi bila sorang-sorang, rasa sebak tu datang balik.

Tapi… Kak Tini belajar untuk terima yang luka ni takkan hilang sekelip mata. Ia ambil masa. Setiap hari, walaupun perlahan, Kak Tini cuba untuk uruskan rasa sakit ni. Cuba untuk redha, cuba untuk lepaskan, dan cuba untuk isi hati dengan perkara baik-baik. Mungkin parutnya nanti akan kekal, tapi itu juga tanda yang Kak Tini pernah berjuang. Pernah jatuh, pernah hancur… tapi tak berhenti cuba untuk bangun semula.

Wanna be the next TikTok LIVE Star? Click here.

Kalau hari ini korang pun sedang rasa luka, percayalah – kita sama. Pelan-pelan kayuh, kita jalan sama-sama. Tak perlu paksa untuk sembuh hari ini, cukup sekadar bernafas dan percaya… Allah sedang susun sesuatu yang lebih baik di hujung jalan ini.

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE

xoxo


Post a Comment

0 Comments