Assalamualaikum dan hai hai hai everything... tengah buat apa tu? Makcik baru je lepas settle buat daily report dan menjenguk artwork anak-anak... balik kerja tadi, makcik sekeluarga plan untuk ke bandar Kota Tinggi sebab nak cari laptop untuk pembelajaran anak-anak secara digital ni... tapi, we changed our mind and just went over to area berdekatan sebab jauh bebeno la pulak rasanya kalau nak ke bandar Kota Tinggi tu (padahal tak le jauh sangat, exagerate pulak kami ni kan kan kan)... lagi satu sebab kami tak pasti kedai-kedai kat sana tutup pada pukul berapa time-time PKP ni...
Basically, makcik dan pakcik plan macam nak tukarkan persekolahan anak-anak secara sementara di negeri Johor ni sementara keadaan menjadi reda semula... tapi, apabila memikirkan (makcik pun dah contact PPD) tentang prosedurnya, tak jadilah, cancel... bukan apa, prosedurnya sama je macam kalau kita nak buat pertukaran sekolah yang biasa tu... makanya, tak jadilah anak-anak ditukarkan untuk bersekolah di selatan tanah air ni...
Tadi juga bermulanya hapembelajaran secara bersemuka di sekolah untuk murid-murid pra-sekolah, Tahun Satu dan Tahun Dua... namun begitu, buat masa ini, anak-anak makcik masih meneruskan persekolahan mereka secara atas talian buat sementara waktu... makcik dan pakcik masih lagi risau sebenarnya nak hantar anak-anak untuk bersekolah secara bersemuka ni sebab area sekolah anak-anak makcik masih merupakan kawasan merah di Selangor nun... takpelah, kita tengok macam mana keadaannya nanti ya... doa-doakanlah semoga keadaan menjadi lebih baik ya semua...
Okay, gaissss... laaa nih makcik nak join satu giveaway ni... dah letak dalam list dah haritu, ni baru makcik berkesempatan untuk up entri... so, here we go... unruk pengetahuan korang semua, makcik join Giveaway Vektor 2.0 anjuran Cuya... makcik memang suka join giveaway... kalau korang dah biasa ikuti blog WEOLLS ni, mesti korang tau kenapa makcik suka join giveaway kan kan kan... anyway, berikut adalah antara sebab-sebabnya:
1) Menaikkan trafik - contohnya apabila peserta segmen menulis berkenaan penganjuran Giveaway di dalam entry di blog mereka, secara tak langsung, sudah tentulah blog penganjur juga akan dipromosikan... gratis lagi tu...
2) Meningkatkan jumlah follower - contohnya apabila peserta land di blog kita, sekiranya mereka mendapati bahawa content blog adalah menarik, mereka akan follow blog tersebut...
3) Berkongsi rezeki - contohnya apabila memperoleh certain product atau item daripada brand atau syarikat tertentu, mungkin juga daripada orang perseorangan...
4) Berkenal-kenalan dengan rakan maya - contohnya menerusi ruangan komen daripada entri yang diikuti...
5) Membesarkan jaringan ukhuwah - contohnya dengan blogwalking pula ke blog-blog rakan blogger yang lain...
Baik, jom pergi ke syarat-syarat giveaway.
1) Follow blog Cuya, klik kat sini dan IG Cuya, klik kat sini.
2) Copy banner dan tulis entri bertajuk ' Giveaway Vektor 2.0 by Cuya'
3)Backlink banner dengan link blog Cuya.
4) Dah siap? Komen link di entri ini ya.
Hadiah?
Dua pemenang akan diberi hadiah vektor (digital drawing)
Bagi yang tak tahu vektor tu apa, boleh cek dekat google bentuk nya.
Bukan vektor karakter kartun,tapi vektor muka diri sendiri. tak pun boleh tengok dekat IG Cuya kat sini.
Hadiah akan bertambah kalau sambutan menggalakkan.
Harap akan lebih ramai lagi memeriahkan giveaway ini.
GIVEAWAY BERLANGSUNG DARIPADA
16 FEB 2021- 3 MAC 2021 (11:59 PM)
All the best gaisss!!! Jom sama-sama kita memeriahkan majlis ya... hehehehe...
xoxo
17 Comments
menarik gak giveaway ni, nak joinlah boleh dapat vektor, baru tau vektor tu apa hahahaha
ReplyDeleteDulu, masa mula-mula blogging memang suka sangat join GA, apalagi kalau menang. Wish you all the best !
ReplyDeleteSeriously kan mmg perlu dah laptop ni walau skolah bakal buka seperti biasa, sbb kita tatau bila lagi akan PKP nanti kan.. Vaccine punya process pun slow.. and good luck for the GA :)
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletesinggah selasa petang
harap semua dipermudahkan
good luck
good luck, semoga berjaya menjadi pemenang dan dapat hadiah vektor muka sendiri nanti!
ReplyDeleteAll the best! ;)
ReplyDeleteSis xpernah buat giveaway.. tak pandai hahahaha..
ReplyDeleteBtw good luck buat semua ya..
Goodluck! Dari giveaway yang sama hehe :)
ReplyDeleteall the best yea..moga ada rezeki
ReplyDeletehi. singgah daripada giveaway yg sama. hehe :)
ReplyDeletesemoga berjaya dalam giveaway ini! dah lama saya tak join giveaway mcm ni :)
ReplyDeleteWah... Giveaway yaa. Rajin Cuya! Kak nina dah berusia ni memang tak berapa reti giveaway gini. Nanti ajak kengkawan lain join. All the best
ReplyDeleteAll the best! Selamat bersegment. Dtg Dari giveaway yg Sama ni.🥰
ReplyDeleteWoow....so exciting & so unique the giveaway you're hosting here, all the best to all participants to win this lovely giveaway then :D cheers, siennylovesdrawing
ReplyDeleteBestnyaaa ada giveaway lagi! Yes! Best sbb dpt exposure &, hadiahhhh❤️
ReplyDeletePemenang yang dicari telah dijumpai! Jom kita tengok~
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/03/pemenang-giveaway-vektor-20-by-cuya.html
hi jom join GA menarik ni!
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html