AutoCAD memang sinonim dengan dunia kejuruteraan dan seni bina. Kalau sebut pasal drawing, hampir semua projek sama ada projek bangunan, jalan raya, loji air, ataupun sistem mekanikal mesti ada lukisan dalam AutoCAD. Tapi masalahnya, ramai yang baru nak mula belajar akan rasa serabut sebab aplikasi ni nampak penuh dengan ikon pelik dan command yang susah nak ingat. Jangan risau, sebenarnya AutoCAD boleh dipelajari step by step.

AUTOCAD ASAS UNTUK BEGINNER: PANDUAN LENGKAP STEP BY STEP
Kenali Interface AutoCAD
Sebelum nak lukis, perkara pertama yang wajib korang tahu ialah rupa bentuk workspace AutoCAD. Bayangkan macam kita baru dapat meja kerja kosong – mesti kena tahu mana tempat letak alat tulis, mana nak letak kertas. Begitu jugalah dengan AutoCAD. Kalau tak kenal interface, confirm korang akan tekan benda salah dan jadi kelam-kabut.
1) Ribbon: Bahagian atas yang dipenuhi tab-tab seperti Home, Insert, Annotate. Dalam tab Home, ada tools asas untuk melukis seperti Line, Circle, Offset, Trim.
2) Command Line: Kotak panjang di bawah. Ini sebenarnya otak AutoCAD – apa-apa arahan kita taip kat sini, contoh LINE untuk garisan, CIRCLE untuk bulatan.
3) Drawing Area: Kawasan hitam besar di tengah. Inilah kertas digital kita, semua benda akan dilukis di sini.
4) Navigation Tools: Kat bahagian tepi atau bawah, ada tools untuk zoom, pan (gerak kertas), dan orbit kalau kerja 3D.
👉 Untuk beginner, cukup fokus pada Ribbon (tab Home) dan Command Line sahaja dulu. Jangan gopoh nak explore semua, nanti jadi makin pening.
Setting Asas Lukisan (Units & Limits)
Bila dah tahu interface, langkah seterusnya ialah set unit lukisan. Ini sangat penting sebab kalau unit salah, lukisan akan jadi tak masuk akal. Contohnya, dinding 3 meter boleh jadi 3000 meter. Itu baru unit, belum lagi bila kita nak combine lukisan antara bidang lain – lagi bercelaru kalau tak seragam.
1) Units: Taip UNITS → pilih Decimal. Untuk projek civil dan struktur, unit biasanya dalam meter. Untuk projek mekanikal dan elektrik, kebiasaannya dalam millimeter.
2) Limits: Tetapkan keluasan drawing area. Contoh: dari 0,0 ke 100,100 untuk lukisan kecil. Tapi untuk projek besar, korang boleh zoom in/out tanpa had.
👉 Ingat ni: Civil & Struktur = meter, Mechanical & Electrical = millimeter. Kalau tak ikut, lukisan dari bidang berbeza takkan align bila digabungkan dalam satu fail.

Guna Command Asas untuk Melukis
AutoCAD memang ada beratus-ratus command, tapi untuk mula, korang tak perlu semua. Fokus pada beberapa command asas yang paling selalu digunakan. Setiap command ada fungsi khas, dan dengan kombinasi yang betul, korang boleh hasilkan lukisan projek penuh.
1) LINE (L) → Melukis garisan lurus. Contoh: dinding rumah atau paksi struktur.
2) CIRCLE (C) → Melukis bulatan. Contoh: lubang paip atau simbol tiang bulat.
3) OFFSET (O) → Gandakan garisan dengan jarak tertentu. Contoh: dinding tebal 230 mm.
4) TRIM (TR) → Buang lebihan garisan. Contoh: buat bukaan pintu pada dinding.
5) COPY (CO) dan MOVE (M) → Alih atau gandakan objek. Contoh: salin tingkap pada dinding panjang.
👉 Nak cuba? Lukis bilik 3m x 3m. Gunakan LINE untuk buat kotak, OFFSET untuk ketebalan dinding, TRIM untuk pintu. Hanya dengan command asas ni, korang dah boleh hasilkan bentuk bilik ringkas.
Warna & Layer dalam Projek Kejuruteraan
Ini bahagian penting yang selalu orang terlepas pandang. Dalam AutoCAD, warna pada layer bukan sekadar untuk cantik – tapi ada maksud teknikal ikut disiplin. Bila masuk projek sebenar, setiap bidang guna warna tersendiri supaya senang dibaca.
Civil Engineering (Awam)
1) Hitam / Putih → Garisan boundary tanah (lot / sempadan).
2) Merah → Jalan / alignment sedia ada, contour asal.
3) Hijau → Jalan / alignment proposed (baru).
4) Cyan → Drainage / longkang / parit.
5) Biru → Water supply (paip air bersih).
6) Kuning → Utility underground (elektrik TNB, telekom, fiber).
👉 Civil biasanya beza existing vs proposed dengan warna. Existing = merah, Proposed = hijau.
Structural Engineering (Struktur)
1) Merah → Column (turus utama).
2) Hijau → Beam (rasuk).
3) Cyan → Slab (lantai).
4) Magenta → Rebar / tetulang.
5) Biru gelap → Hidden line (footing / asas yang tertanam).
6) Kuning → Grid line, axis & dimensi.
👉 Struktur selalu strict – sebab bila print pakai CTB file, warna translate ke lineweight tertentu. Contoh: column line mesti lebih tebal daripada grid line.
Mechanical Engineering (Mekanikal – HVAC, Piping)
1) Biru → Chilled water pipe (sistem pendingin).
2) Merah → Hot water pipe (kalau ada heating system).
3) Hijau → Supply air duct (angin masuk).
4) Cyan → Return air duct (angin keluar balik).
5) Magenta → Exhaust / fresh air duct.
6) Kuning → Equipment outline (AC unit, AHU, fan coil).
👉 Untuk HVAC, warna ni penting supaya tak confuse antara duct dengan paip.
Electrical Engineering (EE)
Merah → Power line (kabel kuasa, soket, DB).
Biru → Lighting line (lampu, switch).
Hijau → Earthing / grounding.
Cyan → Fire alarm cabling.
Magenta → Telephone / data cable (ICT).
Kuning → Low voltage control (CCTV, PA system, access).
👉 Electrical drawings memang layer by system. Biasanya ikut standard IEEE/IEC atau JKR EE CAD Standard.
Architecture
1) Hitam tebal → Outline bangunan (dinding utama).
2) Merah → Pintu (door symbol).
3) Biru → Tingkap (window symbol).
4) Hijau → Landscaping / pokok / softscape.
5) Kelabu → Perabot / furniture layout.
6) Cyan → Text & dimension.
👉 Architecture selalunya paling colourful sebab kena asingkan elemen untuk client presentation.
Dengan layer & warna ni, sekali pandang orang dah tahu fungsi garisan tanpa perlu baca nota. Masa print, warna ni akan dikaitkan dengan lineweight (ketebalan garisan), contohnya: merah = 0.3mm, biru = 0.25mm.

Printing & Plotting
Dah siap lukisan, mestilah nak print atau submit pada client. Ramai newbie stuck kat sini sebab tak tahu nak scale atau setting layout. Dalam AutoCAD, proses ni dipanggil plotting.1) Layout Tab: Tukar dari Model ke Layout. Layout ibarat kertas A1 atau A3.
2) Viewport: Buat tingkap (viewport) untuk tunjuk lukisan daripada Model.
3) Scale: Set skala ikut standard, contohnya 1:100 untuk pelan bangunan.
4) Plot Styles (CTB file): Fail yang tetapkan ketebalan garisan berdasarkan warna layer. Contoh: Layer biru (struktur) = garisan tebal 0.35 mm, layer hijau (civil) = garisan nipis 0.18 mm.
Inilah sebab kenapa warna penting. Masa drawing nampak macam pelangi, tapi bila print, sistem CTB akan tukar ikut ketebalan line standard. Jadi client akan dapat drawing kemas dan mudah baca.
Nampak tak, AutoCAD ni sebenarnya bukanlah susah sangat kalau kita ikut step by step? Mula dengan kenal interface, set unit, guna command asas, kemudian belajar layer & warna, dan akhir sekali faham cara plotting. Yang penting, jangan terus lompat nak buat lukisan 3D atau lukisan advance tanpa kukuhkan asas ni dulu.
Kalau korang konsisten berlatih dengan projek kecil macam pelan bilik, lama-lama korang akan mahir dan boleh join projek besar. AutoCAD ni bukan sekadar software, tapi bahasa universal yang menyatukan civil, structural, mechanical, dan electrical dalam satu drawing.



0 Comments