@ Kaisah cirit-birit

Huhuhuhuhuhuhu... sedeynya... semalam Kaisah cirit-birit... aku dah risau gila masa ummi Kaisah called and informed that Kaisah tak berhenti-henti menangis... terus aku call ayah Kaisah ajak balik umah pada waktu itu jugak... dag dig dug... dag dig dug...

Alhamdulillah, masa sampai kat umah, Kaisah tengah tido and it seems that dia dah agak okay... ayah Kaisah terus angkat dan baringkan Kaisah kat pangku... lesu jek wajah Kaisah pada waktu itu... then, dia bukak mata... terjaga dari tido... aku pun terus amik dan susukan Kaisah coz dia dah sangat haus... selepas menetek for about half an hour... my hubby pun gerak ke Bangsar untuk tukar van dengan kereta (van hubby bawa untuk hantar barang hotel... our car pagi tadi my father-in-law bawa balik kampung masa weekend ari tuh... exchanged his car with us sekejap coz my father-in-law punya chevy air-condnye enggak ade... compressor rosak)... about half an hour later... 3.45pm, my hubby reached our home and terus kami siap-siap untuk pegi ke klinik...

Ayah pesan that we should not give any medicine to Kaisah coz baby kan perutnya masih sensitif... so we brought her to the pharmacy... well, the pharmacist also said the same thing but she mentioned that if ever the diarrhea become worst or Kaisah have any simptom on vomiting, we have to quickly rushed her to a nearby clinic... she also did mentioned that this might be a reaction of her body on lowering her weight... dia sekarang dah sebok dok memanjat grill, keluar dari walker ngan buai... maybe betul la gak that Kaisah nak ringankan badan... kaki pun dah syok dok ber'tatih'... alhamdulillah, after about 6 hours yang aku balik dari opis tuh, everything goes just fine... Kaisah pun okay jek... smiling with all her heart... dah sembuh la harapnye... hoping that everything will go smoothly...

=> Info tentang cirit-birit

Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya akan terhenti selapas rawatan simptomatik diberi serta merta. Pada dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, pada kanak-kanak dan orang tua, jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut.

Gejala – gejala:
- Peningkatan kekerapan membuang air besar.
- Najis yang berair dan cair, kadang-kadang didahului oleh atau terdapat kekejangan abdomen.
- Terdapat angin atau kentut yang melampau.
- Kehilangan selera makan.
- Adakalanya demam.
- Adakalanya terasa mual dan muntah.
- Sakit otot.

Komplikasi:
Komplikasi yang paling biasa adalah dehidrasi. Dehidrasi mungkin ringan atau teruk.
Terdapat dehidrasi yang ringan apabila pesakit mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
- Kehilangan 5-10% berat badan.
- Gelisah dan mudah tersinggung.
- Mata terbenam.
- Ketidakhadiran air mata.
- Mengalami kekeringan mulut dan lidah.
- Dahaga dan meminum dengan keinginan yang tinggi.
- Kulit kehilangan keanjalannya sedikit.

Pada dehidrasi yang teruk, pesakit mengalami gejala-gejala/tanda-tanda berikut:-
- Kehilangan lebih dari 10% berat badan.
- Keletihan dan mungkin hilang sedar.
- Mata adalah terlalu terbenam.
- Ketidakhadiran airmata.
- Mulut dan lidah adalah terlalu kering.
- Meminum hanya sedikit atau tidak meminum langsung.
- Kekenyalan kulit mengurang dengan nyata, iaitu apabila kulit dipicit ke atas, ia mengambil beberapa saat sebelum kulit menjadi rata kembali.
- Kekurangan jumlah air kencing.

Punca-punca cirit-birit:
- Meminum air yang tercemar.
- Memakan makanan yang tercemar.
- Intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa.
- Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan ameba.

Punca-punca kronik:
Apabila cirit –birit berlarutan melebihi 3-5 hari, ia mungkin disebabkan oleh punca-punca kronik seperti :
- Penyakit gastrogenus atau perut – contohnya anemia, kanser.
- Selepas pembedahan – contohnya, gastrektomi.
- Penyakit-penyakit usus.
- Jangkitan usus yang kronik – jangkitan bakteria seperti Salmonella, Shigella jangkitan-jangkitan virus, jangkitan-jangkitan protozoa
- Infestasi usus, contohnya oleh cacing kerawit
- Kecacatan penyerapan
- Fistula dalaman
- Keadaan kekurangan zat, contohnya Pelagra
- Penyakit ulser yang biasa, contohnya ulseratif kolitis.
- Kolonopati berfungsi, misalannya penggunaan ubat julab yang melampau.
- Kanser
- Ubat-ubatan toksik yang mengandungi merkuri atau arsenik.
- Penyakit-penyakit pankreas- contohnya tumor, pankreatitis kronik.
- Penyakit pundi hempedu dan salur hempedu, misalannya fistula di antaa salur hempedu dan salur gastrousus.

Apa yang dapat dilakukan oleh anda:
Cirit-birit yang mudah biasanya adalah untuk jangkamasa yang pendek selama 3 hari dan boleh terhenti dengan sendirinya, sekiranya dehidrasi yang dialami adalah dirawat dengan segera.
- Minum banyak air.
- Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.
- Ambil cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda)
- Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau pisang yang dimasak.
- Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk dihadam.
- Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, runding dengan doktor anda.
- Ambil ubat untuk cirit-birit selepas berunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.

Bayi:
- Teruskan penyusuan bayi.
- Jika memberi formula susu, cairkan formula tersebut dan berikan cecair rehidrasi oral selepas berunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.
- Elakkan penggunaan ubat cirit-birit untuk bayi atau kanak-kanak.
- Mantau keadaan bayi atau kanak-kanak dengan teliti.
- Runding dengan doktor anda jika cirit-birit tidak berhenti, atau kanak-kanak mula muntah, atau jika terdapat gejala-gejala dehidrasi, atau jika terdapat darah atau lender pada najis.

Apa yang doktor akan lakukan atau cadangkan:
- Memeriksa dan menyiasat untuk menentukan punca berlakunya cirit-birit. Ujian lanjutan mungkin perlu, contohnya pemeriksaan najis dan lain-lain.
- Mempreskripsi ubat-ubatan yang sesuai dan cecair rehidrasi oral.
- Antibiotik biasanya tidak dipreskripsi melainkan pada keadaan tertentu. Pada keadaan tertentu, penggunaan antibiotik mungkin menerukkan cirit-birit, melanjutkan jangkitan organisma-organisma tertentu yang menjurus kepada berlakunya rintangan.
- Ingatlah bahawa walaupun cirit-birt dianggap sebagai penyakit yang mudah dan biasa, ia tidak seharusnya diabaikan, terutamanya pada bayi-bayi.
- Tabiat kebersihan makanan yang baik.
- Cuci tangan anda dengan sempurnanya menggunakan sabun dan air sebelum menyediakan dan mengendalikan makanan.
- Basuh tangan anda dengan sabun dan air selepas menggunakan tandas.
- Sediakan makanan di kawasan yang bersih.
- Tudungkan makanan yang telah dimasak.
- Jangan menyentuh atau menggunakan papan pemotong yang sama untuk makanan yang telah dimasak dan yang belum dimasak semasa penyediaan makanan.
- Jangan batuk atau bersin berhampiran makanan yang telah dimasak.

=> originated from efarmasi
Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

Post a Comment

Previous Post Next Post