- Pusat Asuhan dan Penjagaan
- Pusat Pembelajaran dan Pendidikan
- Pusat Permainan dan Perkembangan Minda
Kajian membuktikan pertumbuhan otak manusia berkembang pesat pada peringkat 0-8 tahun. Oleh itu, MyHadhari Al Faz menganjurkan pembelajaran terancang untuk merangsang perkembangan IQ kanak-kanak (yang peringkat umurnya sering diabaikan) iaitu 3-5 tahun dengan pendidikan awal mengenal Al-Quran kerana Nur Al-Quran lah yang akan mencerna ketajaman akalnya.
Tadika Sepanjang Hari:
MyHadhari Al Faz memperkenalkan konsep pembelajaran sepanjang hari. Oleh itu, ibubapa tidak perlu kepada pengasuh kerana MyHadhari Al Faz menyediakan penjagaan dan aktiviti pembelajaran dari jam 9am - 5pm.
Pendidikan Holistik:
Menyediakan proses pembelajaran yang seimbang dengan penekanan terhadap tahfiz Al-Quran, Iqra' Akademik dan Fardhu Ain.
Kurikulum:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Arab
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Mandarin
- Hafazan Al-Quran
- Iqra' / Al-Quran
- Matematik
- Sains
- Thinking Skill / Kemahiran Berfikir
- Art & Craft
- Jawi
- Fardhu Ain (Aqidah & Ibadat)
- Kemahiran berfikiran kreatif
- Pengajaran bertema
- Pembelajaran bermultimedia
- One to One
Mencintai Nabimu, mencintai keluarga nabi dan cinta terhadap Al-Quran.
Objektif:
1. Mengasuh anak-anak melalui suasana Islam dan berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
2. Mendidik anak-anak ke arah peribadi soleh/solehah dan berjiwa besar untuk menghadapi alaf baru.
3. Membina perkembangan IQ, EQ dan SQ yang seimbang.
4. Melahirkan generasi Al-Quran dan para Huffaz dalam bidang Al-Quran dan Al-Hadith.
5. Membina kemantapan sosio emosi, fizikal dan mental yang seimbang dengan tuntukan Islam.
6. Melahirkan pelajar bestari yang tinggi daya intelektualnya dan berketerampilan dalam era informasi.
=> nak hantar Kaisah kat sini aarrr... macam bagus jek...
=> tahfiz An Nur... kat Bandar Kinrara...
0 Comments